Impian jadi kenyataan ? 9 tahun bergelar blogger.. aku kecapi pelbagai 'keindahan' yang tak disangkakan sama sekali. Berbaloi dengan pengorbanan ? Boleh dikatakan begitu la gak.. hehehe.. Sapa sangka kan ?
Apakah yang aku kecapi ? Bagi yang dah follow lama , dia mungkin tau la apa.. tapi yang baru jer.. ni aku kongsikan yer.. Ni cuma antaranya yer... banyak dah aku tak ingat ! Tapi memang best la ! Aku tak sangka blogger picisan cam aku ni berpeluang dijemput oleh syarikat syarika ternama.. yang aku idamkan sangat ketika awal awal berblog !
Dan wow ! Japan Airlines tuuu ! Bukan tempatan yer. Antarabangsa ! Mungkin ada yang kata aku tak layak.. tapi ada aku kisah ??? Kalau dah dipanggil tu , kira layak la kan ? Hahahaha.. Semua ni rezeki ye ! Rezeki !
Dan .. satu lagi jemputan tapi terpaksa aku tolak..
Alhamdulillah.. semua ni penguat semangat aku untuk terus menulis di dalam dunia blog walaupun ada yang kata blog makin kurang dapat sambutan tapi bagi aku , blog ni tak semua orang mampu tulis berbanding milik Facebook dan Instagram.. budak sekolah pun leh dapat ratusan ribu follower... tayang muka sambil jelir lidah dah dapat ribuan likes ! Kualiti ke ?