Nak kasi anak anak bersarapan apa selain roti ?
Aku memang dah lama tak benarkan ada roti atas meja makan rumah aku. Kalau dulu, roti putih termasuklah roti berkrim ni wajib ada dan dibawa ke sekolah sebagai bekalan makanan. Kenapa aku tak kasi dah ? Korang boleh baca di BERHENTI bagi roti pada anak anak ini.
Dah tu nak kasi makan apa ? Laa... punya la banyak makanan ada atas dunia ni... tak tau nak kasi makan apa ? Kemonlahh ! Hahahah.. buku resepi ada. Tak pon google jer. Kalau dah malas sangat , tengok video video di Tik Tok. Ramai dah ajar tu.
Kalau masih malas macam aku ni , nah.. guna cara paling mudah. Almond , walnut dan telur jer. Rebus ketiga tiga ni ketika bangun solat subuh. Pastu buang kulit almond dan telur tu dan sajikan pada anak anak.
Air nak kasi apa ? Boleh kasi air dark coklat atau koko. Pastikan 100% asli yer. Ada yang 80% atau kurang dari tu. Yang tu , korang kena periksa dulu kandungan tambahan dia apa. Jangan lak tinggi gula ya. Kalau dah tinggi gula , baik kasi je air manis yang biasa.
Oh ya, kalau dapat susu lembu atau kambing yang segar dari ladang , memang sedap la kalau dicampur dengan dark coklat atau koko ni. Pun boleh dicampur dengan yogurt asli atau yogurt greek. Kasi sesudu dua pagi pagi. Mengandungi probiotik yang bagus untuk usus anak anak kita. Usus sihat , inshaAllah anak anak sihat. Penting jaga usus ni. Enjin utama sistem tubuh badan kita.
Boleh beli di SINI
Bagus makan pagi atau snack di malam hari jika kelaparan.
Campurkan je ketika merebus telur. Pastu buang kulitnya.
Mudah je kalau guna pemanas air elektrik
Pasti korang pun dah sedia maklum kebaikan telur ni pada anak anak kita kan ? Boleh je nak makan beberapa biji pun. Tak perlu nak buang kuning dia. Kolestrol ? Banyakkan lagi mencari fakta terkini ya. Jangan bergantung pada fakta lama jer. Dah berubah pun.
Almond merupakan jenis buah kering yang kaya akan mineral, vitamin, serat, dan protein. Antara kebaikan almond ialah dapat memperkuat tulang dan gigi anak di mana kandungan fosfor yang terdapat di dalam kacang almond dapat memperkuat tulang dan gigi merek dan seterusnya melindungi kerosakan gigi di kemudian hari.
Almond turut mengandung logam alkali yang berfungsi untuk meningkatkan kekebalan tubuh anak. Kacang almond pun juga memiliki sifat antioksidan mampu mencegah anak terserang berbagai penyakit.
Dengan adanya kandungan serat di dalam almond , ianya dapat membantu mengurangai risiko dari terkena kanser dan juga sembelit. Kandungan serat yang tinggi dapat bantu melancarkan sistem pencernaan dan pergerakan usus anak.
Almond juga memiliki kandungan vitamin E yang cukup tinggi , protein, dan potasium yang mampu memelihara kesihatan jantung. Selain itu, almond adalah sumber tenaga yang baik dan sihat untuk anak anak kita. Banyak lagi khasiatnya kalau korang rajin google. Amalkan setiap hari !
Gabungan almond ialah walnut ! Apakah kebaikan walnut ni pada anak anak kita ? Walnut dianggap kacang prehistoric. Senior dalam kalangan kacang lain. Untuk pengetahuan kita termasuk aku juga laa.. Pokok walnut ni boleh hidup sehingga 400 tahun dan walnut hanya dituai sekali sahaja dalam setahun.
Walnut ni dikenali sebagai makanan untuk otak. Perasan tak rupa dia camana ? Penelitian seorang penyelidik dari Sekolah perubatan Universiti California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat (AS) mendapati dengan hanya makan segenggam kacang walnut itu boleh meningkatkan kemampuan pemikiran dan prestasi otak.
Kacang walnut juga boleh melambatkan proses penuaan otak dan ia sangat baik untuk mengurangkan risiko menghidap Alzheimer dan demensia yang melemahkan fungsi otak serta ingatan.
Haa... Maka sebab itulah ianya bagus untuk anak anak kita dan juga kita. Apakah khasiat walnut ni selagi makanan untuk otak :
- Kaya Omega-3
- Metabolism Booster
- Mengurangkan keradangan
- Baik Untuk Tulang
- Baik Untuk OTAK
- Baik Untuk Kesuburan
- Mesra Usus & Rambut
- Rendahkan Kolesterol Dalam Darah
- Anti-Kanser
- Sokong Penuaan Sihat
- Mengalakkan usus sihat
Walnut ni geng supernuts. seperti Pistachio, almond , hazelnut, kuaci, flaxseeds. Walnut ada jumlah lemak poli tak tepu, mineral serta vitamin tinggi dan juga padat fiber dan antioksida.
0 comments