Genetik atau salah mak bapak anak anak jadi obes ?
Kita dok nampak anak anak tembam ni, cute giler ! Comel.. nak cubit cubit je pipi diorang, kan ? Nak gomel sampai diorang menangis.. baru nak stop ! Hahaha.. kan kan ? Dan biasanya mereka yang tembam ni akan semakin kurus bila mereka dah ke sekolah dek kerana aktif bergerak.
Tapi tidak lagi sekarang. Budak budak bawah 12 tahun makin ramai tak terkawal bentuk badan. Semakin berisi. Siang malam makan. Dan apa yang mereka makan tu , menakutkan. Nampak macam menyihatkan padahal !!!!
Itulah yang berlaku pada aku sekeluarga juga. Kesedaran mengenai pemakanan sihat ni rupanya terlalu skit je aku tau. Ingatkan aku faham dah tapi tidak sama sekali. Anak anak aku kelihatan berisi di perut termasuklah anak dara aku tu. Nampak buruk masing masing. Bila pakai baju. kelihatan perut terbonjol. Kecik kecil dah serupa boroi !
Apakah disebabkan genetik ?
Bila aku kenang kenang kembali.. masa aku sekolah dulu, aku kurus kering jer. Aku terlalu aktif bersukan. Maka badan aku kurus kering. Mak aku pun. Cuma arwah ayah aku boroi sedikit la. Aku rasa aku tahu kenapa. Dia suka makan roti putih cicah milo panas tanpa gula. Dia ada diabetis.
Bila masuk usia 20an , aku berhenti main bola dan sibuk dengan kerja. Masa ni badan mula naik. Penyakit pertama singgah, HYPERTENSION. Dalam seminggu , sehari mesti akan ada MC dek kerana sakit kepala. Punca ? Stress sudah pasti. Pastu makan tak betul. Kuat makanan segera satu hal. Pastu roti canai dan nasi kandar ! Siang malam. Haih.. menakutkan !
Baru baru ni aku ke sebuah pasaraya. Cari telur. Pastu ternampak la satu perempuan ni bersama anak dia. Anak dia cukup obes. Aku rasa dalam usia Zahra gitu. Mak dia pun kelihatan sedikit berisi. Di tangan dia.. ada satu plastik putih. Aku perhati betul betul dan aku geleng kepala. Camana la anak tu tak jadi macam tu. Dibelikan makanan yang.. hurm.. memang mengundang lemak lemak yang bakal memakan diri satu hari nanti.
Kesilapan yang sama pernah aku lakukan dulu pada anak anak aku. Setiap kali masuk pasaraya , beli macam macam makanan yang bukan makanan ! Aiskrim kotak , susu botol , biskut coklat dan macam macam lagi. Stok seminggu !
Kesudahannya.. anak anak , dalam sebulan memang wajib ke klinik untuk amik ubat batuk atau selsema. Demam sudah pasti. Bila tanya doktor, jawabnya mudah... MUSIM DEMAM ! Hurm... boleh pulak ada musim ya ? Heee..Macam macam kat Malaysia ni.
Mak ayah suka makan.. anak anak tengok dan ikut sama ! Inilah baru genetik !
Ubahlah sebelum terlambat. Di media sosial, banyak dah doktor doktor menurunkan ilmu kesihatan. Apa yang bagus dimakan untuk anak anak kita. Kita cuma perlu semangat untuk ikut dan ubah. Bermula dari mak ayah , anak anak akan ikut. Jangan tunggu diorang besar, baru nak ubah.
Nak ubah ni, kena mula dari kita sihat. Bukan dah jatuh sakit baru nak ubah. Bukanlah terlambat tapi bila kita sakit tu, disuruh terjun bangunan untuk sihat pun ramai je sanggup tapi bila dah sihat , mulalah lupa diri. Cari duit banyak banyak pun tak guna kalau duit tu akhirnya ke akaun bank doktor !
Sekarang ni musim Haji. Daging korban sana sini. Alhamdulillah.. wife aku pun ada buat korban. Maka dapatlah sedikit bahagian untuk kami. Dan tulang , wife buat sup tulang. Kalau dulu, bab sup ni memamng aku tengok dari jauh. Kalau tengok dari dekat , sah sah aku akan pening kepala dan tekannan darah naik..
Alhamdulillah... sekarang aku boleh je makan sup tulang. Tapi aku tak nak makan sup tulang yang dijual di luar sana. Aku tak berani. Hanya berani makan yang wife aku masak kerana aku tahu bahan apa yang dia masukkan dalam tu. Kalau makan di kedai. hurm....
Bila dah jaga kesihatan.. tubuh badan dapat impak positif.
Kesimpulan... jangan cepat salahkan genetik ! Kita tengok balik cara kita membesarkan anak anak. Kita sendiri menjadi contoh pada mereka. Mereka mencontohi kita dalam senyap. Nak makan tu , boleh. Tapi berpada padalah. Nak makan tu boleh , tapi carilah yang sihat. Kenapa nak memudaratkan perut kita dengan makanan yang takda khasiat ? Jangan percaya sangatlah pada label label yang tertera di plastik bungkusan tu.
Tepuk dada , tanya selera...
0 comments