Dia baru 4 bulan , aku dah hampir 3 tahun tak makan nasi putih !

by - Ahad, Jun 23, 2024

Aku bukanlah nak ajak korang tak makan nasi ! Nasi tak bersalah. Betul. Ya..kurangkan kuantiti. Cuma jika kita ada masalah dengan kesihatan , kenalah tahu apa makanan yang perlu dielakkan dan dikurangkan. Macam aku sendiri la.. Ada masalah dengan perut dek kerana gaya hidup masa lalu. Salah sendiri. 

Nak ubah gaya hidup.. aku buat dah ! Tapi tak jadi. Kat mana salahnya ? Dah tentu melibatkan stress dan pemakanan. Stress yang melibatkan aku ialah , tak cukup tidur dan selalu tidur lewat. Ini tak bagus langsung. Kemudian pemakanan. Bila dah stress , mesti nak makan kan ? Bila nak makan.. mulalah amik makanan yang viral mengikut masa. Nah... kesudahannya , perut bertambah rosak. 

Alhamdulillah.. sekarang ni maklumat di hujung jari. Bersepah di media sosial. Antara kita nak membaca , menonton , mendengar atau tidak jer. Aku suka cari info bab kesihatan ni kemudian aku kongsikan bersama rakan rakan di platform aku seperti blog dan Facebook.


Dan menariknya ialah nasi putih ni. Dulu aku tak percaya la tapi selepas menonton beberapa video melibatkan pakar nutrisi mengenai nasi , aku pun cubalah. Mereka cuba mencadangkan kita mengurangkan nasi putih dan ada yang bagi tau kesan sampingan nasi putih di zaman ni. Nasi putih yang kita makan sekarang ni tak sama macam atuk nenek kita makan dulu. Beza ya... Sila buat sedikit kajian. Kurangkan jer kuantiti. Segenggam atau sesenduk je. 

Kalau korang takda masalah kesihatan , makan je.  

Berhenti terus ke ? Eh... ikutlah. Macam aku , aku dah selesa begini. Tanpa nasi putih. Aku tak rasa mengantuk di tengahari atau cepat penat. Paling best , perut aku pun tak kembung dan lemak bahagian pinggang pun dah menghilang. Dan badan lebih nampak lean berbanding sebu sebelum ni. Walaupun ramai kata dulu lebih ok tapi tidak bagi aku. 

Ramai dah aku baca , mereka behenti makan nasi atau kurangkan pengambilan nasi putih ni dan kesihatan mereka bertambah baik. Alhamdulillah.. Mereka lebih fokus pada pengambilan makanan yang lebih sihat. Dan kekerapan makan dalam sehari pun dah berkurangan kerana mereka lebih kenyang lama berbanding sebelum ni.. asyik nak makan jer ! 

Bukanlah aku tak nak mati tapi elakkan risiko sakit berat dan menyusahkan orang terutama ahli keluarga. 

Cubalah dalam seminggu. Mengigil tak makan nasi ? Sehari dua jer.. nanti ok. Fokus pada fiber dan protein bila makan tu. Jauhi makanan yang diproses berulangkali. Ada yang tak makan nasi tapi sibuk makan roti , biskut atau jajan. Adeh.. baik makan nasi jer ! 

Aku cuma kasi cadangan jer. 





 

You May Also Like

1 comments

  1. zaman dulu depa makan nasi kemudian banyak buat hard labor macam berkebun. orang mcm saya, makan nasi tiap hari tapi lifestyle tak aktif. Lepas accident and letak tulang palsu, langsung tak boleh jogging. maka banyak makan nasi jadi bahaya kepada kesihatan. now kena usaha kurangkan nasi sesuai dengan sedentary lifestyle.

    BalasPadam