Baru lepas rakam utk satu projek charity yg melibatkan peserta THE INFLUENCER di pejabat LowYat.Net . Apakah ?? Tu kena tunggu la yer ...hehehe...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Baru lepas rakam utk satu projek charity yg melibatkan peserta THE INFLUENCER di pejabat LowYat.Net . Apakah ?? Tu kena tunggu la yer ...hehehe...
Bila tgk sel yg menempatkan banduan , aku geleng kepala. Mampukah aku lalui kehidupan di penjara walaupun utk sehari saja ?? Terus terang , aku tak kan mampu .. Kalau disuruh tidur semalam pon lom tentu aku boleh .. huhu..
Kenapa ? Teruk sangatkah ? Tak .. serius tak teruk tetapi biliknya jauh berbeza dari bilik tidur aku yg biasa itu. Bayangkan sel blok yg aku gi tu dah ibarat 5 bintang .. camana yg 1 bintang ?
Ok .. semua pengalaman aku ni akan aku cerita nanti. Terima kasih tak terhingga buat Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Kajang atas pengalaman yg sangst menarik ini. Aku belajar banyak perkara walaupun utk 4 jam saja tour. Kesemua pegawai sangatlah peramah dan bekerjasama ! Terharu aku. Dilayan ibarat pelancong yg membawa wang 5 juta dollar utk di shopping di Pavillion. Heee..
Seperkara yg aku nak tanya korang laa .. Kalau korang punya jiran yg punya rekod jenayah seperti dadah dan dia baru dibebaskan dari penjara .. Dia nak bekerja dengan anda setelah mengetahui anda ada bisnis dan memerlukan pekerja , apakah anda akan mengambilnya bekerja .. Dia telah berubah 100% .. dan insaf pon.. Haaaa..
Alhamdulillah .. misi melawat Penjara Kajang tercapai. Aku rasa sangat sangat bersyukur akan kebebasan yg aku miliki sekarang ini. Bila melihat banduan banduan yg berada di dlm sana , terasa seperti burung yg berada di dlm sangkar..
Aku ada beli sesuatu di dlm sana. Kain lap kaki buatan tangan.. Ada kawan blogger terdengar banduan wanita berkata ..
" Syukur ada org nak beli juga .. " ..
Hurm . Terus terang , barangan yg mereka buat mmg cantik cantik dan kelihatan sangat bermutu .. Aku rambang mata dalam tu jap. Nasib baik duit cukup cukup je bawak.. hahaha..
Apakah tujuan kami ( bloggers ) ke sana ?? Tu nanti aku cerita dgn lebih lanjut. Ni aku nak tanya laa .. Kalau korang ada satu syarikat dan memerlukan tenaga mahir seperti pegawai IT , apakah kamu sanggup menerima bekas banduan yg punya kelayakkan sebagai salah seorang kakitangan ?
Balik dari tgk movie .. sampai rumah jam 12 lebih dan budak ni lom tidur ! Mak aku kata dia tidur kejap jer .. huhu. Bila nampak kitorang , terus nak keluar dari buaian .. huhu..
Dan dia berjaga hingga jam 4 pagi ! Adehhh..
Dah tgk ngan wife tadi kat Alamanda , Putrajaya .. Hurmm .. Dia bukan jenis minat filem filem gini .. Aku , mmg layan LORT dr dulu .. Tapi kenapa aku kata tak best ???
Huhuhu.. Nak tau ? Ke nak aku bgtau kenapa tak best ???? Betul ni ? Heheehe.. gi tengok sendiri kenapa aku kata tak best !
Tak sabar tunggu sambungannya .. Eh , sambung lagi ? Hahahahaa .. Potong stim..
Seronok dia dapat main kat luar. Dalam rumah , terkepung jer.. Tu , berpeluh peluh dia. Aku usung beg , dia tak kisah ponn.. huhu..
Aku balik , dia tak kisah punnnnn !! Huwaaaa.. Owh , leh dating ngan wife jap .. Huhu..
Ada rakan bertanya setelah aku up gambar scan kandungan wife terkini. Adakah kembar ?? Er , tak la pulak doktor bagi tau kembar . Tapi alhamdulillah , sihat dan normal ..
Tembam gak ke ? Kalau Qhaliff time ni , dia dah siap posing depan camera. Macam tau tau je nak diambil gambarnya .. hahahah .. Tengok dah kan scan Qhaliff waktu 5 bulan dulu ? Heee..
Jantina ? Nama ? Er.. aku tak pikir lagi nama dia dan jantina , aku tak kisah .. asalkan normal , sihat dan bijak. Semua ni saham untuk aku di hari akhirat kelak .. InshaAllah ..
Apakah akan jadi dengan Qhaliff nanti ? Apakah ceritanya akan terhenti atau aku yang terhenti bercerita ???? Gulp…
Sejak dua menjak dia tau apa itu TAK NAK , mmg kerap laaa keluar dari mulut dia ! Kalau paksa ? Perghhhhh .. Dia baring punya atas lantai ! Korang , yang punya anak pasti pernah merasai saat saat gini kan ? Bayangkan dia leh buat aksi gitu di depan orang ramai terutama di shopping mall ! Hahahaha ..
Skang ni , kalau suruh tidur pon dia akan kata Tak nak.. Makan pon gitu ! Tapi dia akan buat sendiri bila kita letak depan dia .. Cuma pastu .. kena bersihkan la..
Ok je bagi aku.. satu proses pembelajaran .. Cuma kebelakangan ni , ragam dia agak berlainan .. Apakah dia tau dia bakal tercabar tak lama lagi ? hurmm ..
Aku harap , aku mampu bahagikan kasih sayang dengan seadilnya nanti ..
-iklan-
Cantik dan berbaloi. Paling susah nak dapat part yang berbaloi tu...
Part cantik kat mana mana pun ada.. Janji sanggup mencari..
Bukan model dalam gambar yang cantik.. Tapi skirt tu..
Skirt cantik tu buat model yang plus size pun nampak cantik dan manis macam gula gula.. Bila tengok orang pakai skirt lawa lawa .Kita rasa mesti skirt tu mahal..
Tambah kalau skirt yang plus size.. Mula la peniaga kata..
" Kain lebih maaaaaa..harga kena lebih sikit la..." Kan..?
Kalau lah jumpa tempat yang nak buat sale dalam erti kata sale yang sebenar...
Kan best..! Biasanya diskaun 10%.. Diskaun 20% .. Diskaun 50%
Tapi untuk skirt yang cantik cantik...
Yang baru..
Yang terkini..
Nan hado diskaun..
Nak dapat 3 helai RM 100 untuk skirt yang cantik dan berkualiti..
hurrmmmmmm....
Berpinar pinar kejap mata bila tengok sale macam nih..
RM50 untuk dua helai skirt..?
Betul ke nih..?
Untuk plus size....?
Wahhhhhh...
Kena belek sendiri nih kan..kan..kan...
Jom klik https://www.facebook.com/bachonlineshop/photos_albums
atau lagi mudah klik sini https://www.facebook.com/bachonlineshop
Ini pasti berlaku ! Samsung Note 8.0 aku pasti jadi sasaran mereka untuk layan Ultraman ! Dan Qhaliff , tak padan paling kecik akan cuba menguasai tempat.. Dia sanggup panjat untuk dapat lokasi yang cantik bg menonton tanpa sempadan ! Hahahaha ..
Walhal .. dia dah tengok berkali kali dah ! Aku rasa , dah tiba masa aku nak delete semua citer Ultraman dan letak je video pelajaran dalam tu .. hehehe …
Tapi susah gak kalau nak gi umah mak aku dari Sepang ni kalau dok layan ABC tanpa ada citer katun .. uhuhuhu .
Eh ? Tu je tajuk dia ? Sebenarnya aku malas nak ‘usik’ dah drama petang petang kat TV3 tu .. Lantak depa laa .. Sapa nak tengok , tengok la.. Hak memasing la kan ? Hahahah .. Yolahh .
Entah petang tadi , aku tertonton sekejap sewaktu makan malam bersama keluarga aku di Cheras. Adik aku pasang. Aku tengok la satu babak tu.. Meeting kat pejabat kan ? Bersama Datuk tu.. Apa tah nama dia .. Pastu si Datuk tu dok mengedik dengan lidah terkeluar. Eh , laki kat sebelah perempuan tu , suami dia kan ? Apasal dia biar je ? Banyak benar persoalan aku yang tak pernah tonton drama ni . Sampaikan perempuan tu buat muka ala ala menyampah. Eh , ni meeting Pandu Puteri ke meeting projek juta juta ???
Pastu , bila abis meeting .. diorang kat luar bilik meeting . Si Datuk ni tak abis abis mengatal. Yang si laki ni , siap mintak diri untuk ke tandas dan membiarkan isterinya tu ( Datuk tu tak tau tu isteri laki tu ) pastu cuba mencabul kehormatan perempuan tu kat situ gak ! Aloooo .. Tu opis laaa dan laki tu , gi tandas je pon !! Takkan sempat nak wat keje kat situ gak ?? Aiyokk ! Ni cerita apa ni ??
Aku bukan nak ulas jalan cerita ni tapi lakonan serta babak yang tak masuk akal yang aku rasa pasti merosakkan cerita sebenar yang ada di dalam novel tu .. Eh , novel kan ?
Aku tak kisah la lakonan kayu ke apa .. sbb aku rasa banyak pelakon baru .. tapi pengarah tuuu haa.. takkan babak tu pon ok kot ? Aiyo.. Mana sesuai laa babak gitu ditayang pada waktu keluarga berkumpul ..
Dah ilang sensitiviti masyarakat kita ni .. Asal boleh.. Asal masyuk .. Asal syok sendiri !
Pengalaman baru buat aku dan juga mungkin rakan blogger yg lain. Aku dan blogger Que Achmad serta beberapa blogger lagi dijemput hadir ke Jabatan Penjara Malaysia di Kajang hari ini utk berbincang mengenai satu projek Jabatan Penjara yg mana bg aku sangat mencabar dan menarik.
Dan aku telah usulkan satu cadangan iaitu lawatan ke dlm penjara bg membantu kami memahami lagi projek ini dan Khamis ini , satu lg pengalaman bakal akan ditempuhi ... heheeh..
2 hari 1 malam di dalam penjara ? Gulp ..
Kesian .. bayi yang tak tau apa apa ini dibuang tepi longkang begitu saja ! Terdesak ? Itu bukan alasan untuk membuangnya .
Hurm.. kita ni manusia .. Sering buat kesilapan. Bila ada yang tersilap , patut ada yang membantu . Sayangnya masyarakat di negara kita ni , bila ada yang buat silap . ada pulak yang tolong menambahkan lagi beban seperti kes mengandung luar nikah .. si perempuan dipandang sinis , perli .. hingga hilang arah tujuan hidup .
Akhirnya , untuk elakkan malu .. jadilah kes kes begini .. Aku kata gini bukanlah bertujuan untuk galakan lagi kes kes zina tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan , punya agama sebagai pegangan .. kita sama sama membantu. Bukan menolak mereka jauh jauh..
Hurm.. entah la.. Tak tau nak kata apa dah ..
-iklan-
Buku Islamik Santai sesuai untuk pembacaan remaja dan dewasa. Harga RM19.90 termasuk kos penghantaran.
Beli terus dari penulis:
sms 019-6745742
pm facebook "Nasiroh Omar"
pm fanpage "A Priceless Princess"
Ada sesiapa yang anda ingin hadiahkan? Kami menyediakan penghantaran dedikasi bagi pihak anda. Sila berikan nama dan alamat lengkap orang yang anda pilih!
Apa komen pembaca?
"A must read for every Muslim girl" (Nadia Azlan)
"Ringan bacaan, berat isinya" (Rozita Yunos)
Tunggu apa lagi ??
Wife kata .. Qhaliff bagi air kalau kita mintak tapi cuma bagi 2 saat je ! Berapa sedutkah dapat untuk 2 saat ???
Aku test mintak !
Bukan takat 2 saat .. Siap bantai gelak lagi ! Hampehhhh tul.. Mana belajar pon tak tau laaa ..
Dia dah semakin nak belajar .. Hurm ..