Tahniah buat pasukan Kelantan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 .
Layan tadi kat rumah mak aku . Nak g stadium , tak mungkin sama sekali. Aku tak suka berasak asak tempat yang ramai orang . Hehehe .. RIMAS !
Perlawanan yang aku rasa lebih pada sapa buat silap , bye bye .. Dan ternyata Gaddar membuatkan pertahanan pasukan Selangor melakukan apa yang dia nak mereka lakukan .. Hehehe ..
Gol pertama yang nampak seolah olah dia ‘tamak’ tapi dari apa yang aku nampak tindakannya tu betul sama sekali memandangkan banyak peluang dipersiakan oleh bahagian atas Kelantan.
Gol kedua , mmg cantik la .. Apa pun ,tahniah buat mereka kerana berjaya langkah ke perlawanan akhir .. hehehe.. Selangor , aku mmg dah jangka payah nak menang .
Perlawanan akhir , dijangka hebat dan yang paling menarik .. stadium confirm penuh ! Suka la FAM .. Masyukkkk .. Hehehe .. Jangan mengatal lak naikkan harga tiket ..
Oh , hahaha .. baru perasan padang stadium Shah Alam cun ! Lama betul aku tak tengok bolasepak Malaysia ni .. hehe..