PARIS, 2 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangkakan memuktamadkan perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dunia dalam merealisasikan pengeluaran besar-besaran kereta kompak globalnya, EMAS, hujung tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pihaknya masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dari Jepun dan Eropah dalam kerjasama dari segi enjin dan platform untuk EMAS.
"Keputusan dalam merealisasikan pengeluaran EMAS secara besar-besaran akan dibuat pada hujung tahun ini," katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui pada Paris Motorshow 2010, di sini pada Sabtu.
Pada Mac lepas, Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS pada pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 sempena sambutan jubli peraknya tahun ini.
Siri EMAS, akronim bagi "Eco Mobility Advance Solution", merupakan usaha sama Proton dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.
Gambar gambar PROTON EMAS
dan ada banyak lagi di > sini
Tahniah TUN ! Tahniah Malaysia !