Tak kira blogger baru , tengah , atau lama .. pastinya akan lihat widget ini untuk mengetahui 'kekuatan' sesuatu blog.. Ini adalah salah satu kesan psikologi pada blogger ..
Aku sendiri mula mula berblog akan lihat widget ini .. Mungkin pengaruh dari FACEBOOK .. Bila lihat betapa ramainya 'kawan kawan ' dalam koleksinya pasti kita akan tertanya , SIAPA DIA NI ?? APA YANG BEST PASAL DIA NI ? atau ARTIS KE ? Tu untuk FACEBOOK ..
Kalau untuk blog .. Bagus atau tidak sesuatu blog itu bukan bergantung pada FOLLOWER tetapi !! FOLLOWER memainkan peranan penting di sini .. Bila ada pembaca masuk blog kita , mereka akan lihat.. Jika melihat betapa ramainya FOLLOWER tu , pasti mereka akan meredah membaca blog kita.. Bagus atau tidak .. tu belakang cerita .. Kalau nak tau , selepas habis baca mereka add follow kita samada secara senyap atau terang terangan ..
Ada yang kata , follower tu belum tentu akan datang kembali , tapi bagi aku la kan .. bila mereka klik FOLLOW tu ibarat mereka KLIK ' I LIKE' sbbnya aku tak tulis pon kat situ , U FOLLOW ME , I FOLLOW U ' ..
Setiap hari angka FOLLOWER aku tu akan bertambah .. ini menunjukkan blog aku semakin berkembang lagi.. Satu perkembangan bagus untuk aku.. Dan ini membuatkan aku lebih berhati hati dalam bercerita dan juga cuba memasukkan pengajaran di dalam tulisan akuuntuk kesedaran bersama namun begitu aku tetap akan bersantai dan aku akan tetap post entri setiap kali aku singgah mana mana 'pit stop' .. suka atau tidak , terpulang ..
Buat mereka yg sudi FOLLOW blog aku tu , jutaan terima kasih .. Korang adalah semangat aku !