Tak henti henti orang offer aku duit .. Satu satu aku tolak .. Bukan apa , aku kasi peluang kat orang lain.. Walaupun dia kata nama aku atau nombor aku yang naik tapi aku tak nak.. serius.. aku tak nak !
Haih.. lepas satu , satu masuk .. Tak larat betul la.. apakah diorg ingat semudah itu je rakyat Malaysia kebulur sangat harta tah sapa sapa tu ???
Kali pertama aku dapat tu , hampir hampir percaya la gak sebab dia guna nama perempuan melayu.. tapi bila aku baca , dan cuba jejak email dia , sah sah pembohong .. Mana la taknya punya ramai orang malaysia kena tipu dengan email email palsu ni ..
Antaranya dari MICROSOFT la .. dari syarikat batu delima la... banyak lagi la.. rasa cam nak balas dengan maki hamun jer .. tapi fikir fikir , buang masa je nak bertekak dengan pengirim email gitu..
Cuma harap jangan sampai ada yang tertipu disebabkan nak kaya dengan cepat dah ler...