Kenapa lelaki suka lepak kat kedai mamak ?? Kalau dah lepak , abis berjam lamanya kat situ.. pelbagai isu dibahaskan .. Kalah wakil rakyat kat PARLIMEN tu haa..
Setiap pagi aku naik ERL .. ada laa sekumpulan akak akak ni.. kalau berborak .. tu dia haaa... kira macam diaorg nak jemput aku gak la berborak ngan diorg supaya lagi meriah .. kecoh.. tak kisah dah kiri kanan.. apa pedulikkan .. ' kitorang makcik makcik .. so what ?? ' Cam tu la gamaknya ... Apa leh buat ? Sengih je la Ben .. Layan usha awek kat sebelah lagi best... eh.. lari tajuk .. hahaha.. kantoi ngan wife aku kang.. hahaha ..
Ok.. sambung ..Apa yang aku nak habaq kat diri aku ni.. bukan korang ok .. Perempuan ni , asal jumpa jer kawan dia .. abis !! Kalau ada kerusi time tu , kasi jer kat dia. .confirm duduk !! Kalau lama tak jumpa , terus tanya pasal anak menantu gitu la.. tu baru 5 minit ! dah diinterview maca 1 jam punya berita kat CNN .. haaa.. Maksud aku , perempuan ni boleh borak kat mana mana punya laaa.. Asal boleh berhenti , borak ! Haa.. bayangkan bila dah sampai stesen pon nak berjalan keluar pon bantai borak dulu baru dia keluar dari pintu tu.. mak aih... gitu sekali ...
Lelaki ? kalau jumpa je kawan dia.. terus mintak no tel.. kalau dah ada no tel , sah malam ni .. " Jangan lupa.. lepak mamak malam ni " .. haaaaaaaaaaaaaaa... apa apa pun , kita jumpa kat kedai mamak.. bercerita sambil minum.. menambahkan lagi segala penyakit yang ada dalam badan tu .. baru la best kan ? Apa kelas borak sambil berdiri.. kelam kabut.. kan kan ? hahaha.. ada gak kena maki ni kang ..
Tapi tu la perbezaan yang aku nampak .. lelaki kalau dah duduk kat kedai mamak , cam kena gam.. perempuan kalau duduk kat kedai mamak , cam ada duri kat kerusi tu.. tak leh lama lama.. berasap montot tu haa..
Bab gossip ? sama je dua dua ... lelaki pandai cakap.. dia je bagus .. perempuan ? tak pandai cakap tapi mmg dia je bagus .. haaa.. akhirnya dosa gak terkumpul... Kan lagi best jaga mulut tu.. kurang skit dosa dan duduk je kat rumah .. sesekali kumpul ramai ramai tu tak pe la.. bukannya tiap tiap malam ..