Rasanya kali pertama aku tengok muka Heliza Helmi ni kat AF kan ? Orang kata suara dia lemak lemak cam Siti Nurhaliza kan ? Aku terlupa dah masa tu.. Sbb tak minat sangat AF masa tu... Yelah , rancangan tu terlampau 'drama' sangat.. Naik menyampah gitu ..
Pastu ramai cakap pasal kecomelan HELIZA .. Hurm.. dan aku tak amik port dah langsung pasal mana mana peserta AF .. Biarlah mereka dengan rezeki mereka , kan ?
Tapi hari Sabtu hari tu , merubah segala pandangan aku mengenai HELIZA.. Gathering di Times Square bersama SAHABAT BLOGGER dulu yang mana HELIZA datang sebagai tetamu jemputan mengundang tsunami sebentar di SB menyebabkan aku sendiri pon nak tau 'aura' Heliza itu , lalu aku hadir ke majlis pelancaran single dia ..
Ya ... mmg sedap suara dia ... dan lagu terbaru dia CUMA aku , menjadi peneman aku sepanjang perjalanan dari CHERAS- PUTRAJAYA-CHERAS yang mana aku asik ulang dengan satu lagu tu sahaja !!! Gabungan rentak ala ala raggae berjaya mencuri hati aku tu.. Aku mmg gemarkan lagu berentak raggae kerana santai ...
Mmg terbaik ! Buat HELIZA HELMI , semoga anda berjaya dalam karier anda ! Teruskan usaha .. Semoga Allah memberkati usaha anda , sekeluarga ...