Pertama kali aku kenal arwah , 5 tahun lepas .. Bertugas sebagai Pegawai Imigresen dan ditempatkan di unit yang sama dengan aku , banyak mengajar aku mengenali dunia Imigresen sebenar ..
Arwah yang ceria orangnya , tidak lokek dengan ilmu malah senantiasa membantu rakan rakan yg sering dalam kesusahan .. Hurm..
Gambar ni , antara dalam koleksi simpanan aku .. Saat saat ceria unit aku sewaktu sambutan Aidilfitri , pada tahun 2009 kalau tak silap aku ..
Gabungan MM2H ( Kementerian Pelancongan dan Imigresen Malaysia )
Seingat aku , dua kali aku bertugas dengan dia .. Kali pertama , ke Melaka untuk Pesta Air ... Gambar kat opis .. takde lak dlm netbook aku ni.. Dan satu lagi ke GLOBAL MEET MALAYSIA di Langkawi .. Waktu tu aku kena bertugas dengan dia dan menetap di Awana Porto Malai , Langkawi .. Mmg best giler .. Dia yang mahir dengan kawasan tu , bawak aku pusing pusing yang mana itulah kali pertama jejakkan aku menjejakkan kaki aku ke Langkawi ..
Gambar diatas ni , dia yang amikkan .. manakala gambar di bawah , diambil dari bilik hotel kitorang ...
Hurm... terlalu banyak kenangan .. Sangat baik orangnya .. Petang tadi (1hb Mac 2011 ) , aku bersama sama rakan pejabat ke Hospital Melaka untuk menziarahinya ..
Sesampai di sana , ramai rakan rakannya telah berada di situ sejak pagi tadi .. Kebanyakkannya dari Imigresen Putrajaya dan Jalan Duta ..
Aku dan kawan kawan aku masuk ke wad ICU untuk melihatnya kali terakhir.. Terlantar kaku .. Hanya dibantu dengan alat bantuan pernafasan .. mata tertutup rapat.. tangan yang dah.. hurm..
Aku lihat kedua kawan aku tu dah mengalirkan air mata .. Mereka terlalu rapat.. senantiasa bergurau senda .. Macam adik beradik dah .. Terlalu panjang nak diceritakan kenangan bersama arwah ..
Kematiannya adalah disebabkan jangkitan kuman di otaknya .. itu yang aku diberitahu ... Dimasukkan ke wad pada Rabu lepas selepas mengadu sakit kepala yang amat sangat .. Apakah ada cerita disebaliknya ? Hanya Allah saja mengetahuinya ..
Al-Fatihah buat arwah , Mohd Azrul ..Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang beriman ...
11/3 adalah ulangtahun kelahirannya kalau tak silap aku .. Pukul 10 malam tadi , aku dapat sms , akhirnya dia pergi buat selama lamanya setelah seminggu koma ..
BA: Semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa arwah ..