Perghh... Teruja bila orang cerdik pandai memahami maksud aku .. hehehe... Terima kasih semua ..
Berkaitan dengan trafik .. Jangan la dok kaitkan 100% dengan duit ... Cuba la tengok penulis buku.. novel.. Kalau diorng buat semata mata suka suka , rasanya diorg nak tulis lagi ? Baik buat kerja yang lagi bermanfaat.. Bercucuk tanam .. Kita nak tengok hasil .. Kita menulis , kita nak tengok hasil .. Hasil yang aku suka nampak ialah , mereka memahaminya dan berasa insaf ! Paling tidak pun bersemangat dan gembira ! Yang nak kondem bagi rasa loser tu pasal apa ? Suka ke tengok manusia ni tak bersemangat ?
Sambung lagi nanti.. skang kita tengok apa cerita Doktor Hafiz dulu :
" Pada pagi 18 Disember 2010 jam 8 pagi saya dan isteri telah menerima mesej dari Abang Jak ( abang ipar saya) mengatakan bapa mertuanya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 6 pagi. Bapa mertua beliau meninggal dipercayai kerana serangan stroke . Kami kemudian bergegas bersiap dan tepat jam 9 kami bertolak dari rumah menuju ke arah Kajang . Jenazah di mandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Sg Sekamat, Kajang. Setelah selesai mengerjakan solat jenazah, jenazah kemudian di bawa ke tanah perkuburan berdekatan untuk ditanam."
sambungan > SINI