Alhamdulillah... seorang rakan blogger telah tersedar dari lamunannya ... Syukur pada Allah ... Jom baca ...
" Every girl wants to be a beauty. Every girls loves beauty things. Same goes to me. I always want to look good in everything that I do, everything that I wear and everywhere that I go. I want people to see me with words of "Wow, she's gorgeous!" or "Wow, she's beautiful!". Since that, I try to grab every single opportunity that comes into my life. As I love photography, I take a first step to be a talent. I love being the subjects for each photo that had been taken. Then I start to adore this field so much.
I move from title of the talent to become the one who walk on the stage for several awesome fashion shows where people stare at me with an amazing looks and keep asking me 'Can I get your numbers please?". Oh I love to be a part of the stories behind the show and the photo shoot as well. It is such a great memories which I will never forget until my last breathe. "
Nak baca lagi ??? Nak ? Katakan , plisssss.. hehe.. ok ok ..sori. guwau jer... Klik SINI .. Semoga Allah merahmati kawan kita tu ... Kita bila lagi ?? Tak reti reti lagi keeee nak taubat ???
Aku suka masuk blog secara diam diam.. Nak masuk bising bising , bahaya lak.. hahaha.. bukan per , nanti orang kata kita berlagak lak.. jadi baik aku diam diam .. derap komando gitu ..
Bila ada blog yang aku rasa berpotensi untuk 'dibangunkan' , aku akan berkongsi apa yang aku tau dengannya .. Ya, ilmu blogging aku cetek .. tapi aku tetap punya cara tersendiri.. Aku gunakan teknik yang mana aku kutip dari kehidupan seharian ..
Mungkin ada yang kata trafik blog dia lagi kencang dari aku .. Loh , aku pernah kata ke trafik aku kencang ??? Pergh.. bagi aku la kan , 1 UV asli tu lebih penting krana ianya datang dari ENTRI YANG AKU HASILKAN SENDIRI ! Bukan dari mana mana isu atau teknik blogging yang menarik trafik masuk ke blog aku ..
Aku cuba menjadikan blog aku seperti blog che det , dr asri ( maza ) yang mana mereka hanya taip dan publish.. tu jer .. tak perlu promote ...
Ya , jauh beza .. Mereka tu ada nama.. blog mereka penuh info .. Tapi jangan lupa , mereka makan nasi walaupun lauk kami berlainan .. Mereka tetap ke tandas walaupun berlainan mewahnya .. Bermakna mereka manusia dan aku juga manusia .. Apa yang membezakan adalah ilmu dan pengalaman hidup ..
Aku tak boleh jadi cam diorng .. tapi aku boleh berusaha untuk mencapai kejayaan seperti diorg .. aku perlu ada visi .. Kalau aku asik memandang yang sama level dengan aku , sampai bila aku nak majukan ?
Mereka tulis blog .. publish.. ada pembaca ... Aku tulis blog , publish .. promote ! Aku masih perlu promote untuk menarik pembaca .. Apa yang aku nak buat ialah skip tang promote tu !!
Sebab tu aku kata , aku nak buat blog aku macam blog mereka ! Skip tang promote tu !!! Mustahil ? Dulu aku fikir adalah mustahil nak dapat RM1 dari blog .. Sapa la nak baca blog aku kan ? Aku ni insan biasa jer ..
Tapi skang ? hurm.. Kalau korang tanya aku , dalam banyak banyak blog yang aku masuk dan baca secara curi curi ni , sapa punya blog yang berpotensi nak jadi blog yang bagus ?
http://nameeroslan.blogspot.com/
Ini entah ke berapa kali aku promote blognya ... Kenapa ? Dia antara blogger yang punya citarasa tersendiri .. Mengemari novel novel english dan tetiba buat blog dalam bahasa melayu .. Gemar baca blog skang ni terutama dalam bahasa melayu .. Satu peralihan yang aku rasa sangat menarik .. Malah isi perut dalam blognya pon , bg aku mampu tarik pembaca dan seterunya menjadikan blognya tempat persinggahan wajib ..
Mampukah dia mampu berjaya ? Hanya dia saja ada jawapannya .. Benih dah ditanam .. cahaya , air .. dah cukup .. baja ? pon ada dah .. apa yang perlu cumalah masa dan disiplin penjagaannya .. Mampukah ? Hendak seribu daya ..
Jadikan satu entri anda bernilai ratusan ringgit walaupun hanya 4 perenggan ! Gud Luck ! Sapa punya lagi akan datang ? Aku memerhati dan mencari ...
Ehem.. mood Ukay's dan Slam .. hehehe.. seharian berkaraoke di dalam kereta sewaktu ke Sg.Buloh .. hehehe .. Lama tak dengar lagu lagu diorg .. Bila dah tua tua gini baru dapat tangkap segala maksud yang tersembunyi dalam lagu lagu tu lebih lebih lagi lagu ciptaan Saari Amri ..
Lagu lagu dia , bagi aku seolah dia menceritakan kisah hidup dia sendiri .. Seolah hidup dia penuh dengan kekecewaan .. Namun setelah dia berjaya dalam bidang seni , baru ramai buka mata .. Hurm..
Kali ni lirik lagu yang menarik minat aku adalah KEKASIHKU DI MENARA nyanyian UKAYS... Jom layan dulu liriknya ... :)
Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
OK.. dah baca ? Hehehe.. ini persoalannya .. Pasti ramai antara kita bercinta di zaman sekolah sehinggalah ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di ipt .. tak kira dalam atau luar negara ..
Tapi berapa ramaikah yang berjaya mengekalkan perhubungan cinta mereka ? Berapa ramaikah yang menduakan cinta mereka ? Kenapa ini berlaku ? Mengikut PENGALAMAN korang , LELAKI atau PEREMPUANkah yang mudah tergoda untuk berlaku curang sewaktu berada menara gading ? Maksud aku , kekasihnya mungkin dah kerja dan dia masih belajar .. tapi mula berbelah bagi cintanya ..
Hehehe.. ada sebarang pendapat ?
Tadi aku ada keluarkan satu lirik lagu Uk's , ciptaan Saari Amri .. Cuba baca kat SINI balik .. Kemudian aku teringat kembali cerita cerita beliau tatkala dia berada di kemuncak dan akhirnya segalanya hilang dalam sekelip mata ... Harta.. rakan rakan seperjuangan ..
Satu artikal yang aku jumpa ...
"Namun, tatkala namanya di puncak kejayaan, tragedi hitam yang menimpa dirinya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar November, 1996 bagaikan meragut segala kemewahan miliknya.
Tiada lagi nama yang dulunya cukup disanjung, rakan-rakan, teman artis malah ibarat jatuh ditimpa tangga, dirinya dibebani hutang keliling pinggang.
Ditambah pula terkesan akibat kemalangan itu keadaan dirinya tidak mampu mengingati siapa dirinya.
Mujur ketika itu, isterinya, Senorita Abdul Rahman, 38, serta empat anaknya, Mohd. Fitri Amri, 14, Iras Irmarita, 13, Iras Marliani, 10, dan Amri Farizwan, 7, sentiasa disisinya memberikan semangat serta memasang keyakinan bahawa Saari akan kembali sembuh seperti sediakala.
Lima tahun dibelenggu pelbagai persoalan, akhirnya Saari kembali sembuh. Dan peristiwa hitam itu benar-benar memberi pengalaman dan pengajaran besar buat dirinya.
Ditemui baru-baru ini, biarpun kelihatan sihat namun susuk badannya bagaikan menterjemah kepayahan yang dilaluinya sepanjang tempoh untuk kembali berkarya seperti sebelumnya.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah semakin pulih. Sebenarnya saya tidak menghilang ke mana-mana saya cuma banyak berehat dan hidup dengan duit royalti.
“Kemalangan yang saya alami suatu ketika dahulu, memberi kesan yang besar buat diri saya. Saya hilang segala-galanya. Ibarat jatuh terduduk.
“Sekarang apa yang boleh saya fikir, tiada kawan-kawan pun tak mengapa sebab saya masih ada punca rezeki dan keluarga iaitu isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan semangat buat saya,” katanya.
Walaupun lama menghilang, kata Saari, dia sebenarnya tidak pernah melupakan bidang penciptaan lagu. Malah, muncul semula dengan single terbaru nyanyian Rahmat Ekamatra.
“Dahulu bukan saya tidak mencuba buat lagu. Selepas kemalangan, saya sakit selama lima tahun dan dalam tempoh itu saya bagaikan orang lain. Saya tak ingat apa-apa, apabila orang bertanya saya bercerita yang bukan-bukan dan saya tidak boleh kawal keadaan itu.
“Namun selepas pulih, saya banyak terlibat dengan aktiviti penjurian. Ramai yang panggil saya untuk menjadi juri pelbagai pertandingan kecil.
“Daripada situ saya mencipta lagu dan mencari bakat-bakat baru. Sayangnya kerana masalah ekonomi, cubaan saya untuk mengetengahkan bakat baru menemui jalan buntu,” kata Saari lagi.
Jelas Saari, biarpun diselubungi awan hitam yang ternyata menyukarkan langkahnya untuk kembali aktif dalam bidang muzik, apa yang pasti dia tidak mengeluh.
“Syukur saya masih ada punca rezeki. Perbezaan ketara yang saya alami kini ialah saya mempunyai masa rehat yang panjang berbanding dahulu.
“Segala yang terjadi sudah tertulis buat diri saya. Sekarang fikiran saya begitu tenang. Apa yang penting, keluarga saya kekal dan bahagia sentiasa.
“Satu yang boleh saya katakan, walau susah jangan sesekali kita menyakiti hati orang. Pasti ada rezeki dan jalan terbaik yang ditunjukkan Tuhan kepada kita,” kata Saari lagi. " - UTUSAN
Hurm... ramai antara kita ( termasuk aku ) sering alpa .. seolah olah selamanya kita akan berada di dunia ini dan juga berada si satu tahap yang selesa sampai bila bila ... Satu perasaan yang mana boleh memakan diri sendiri satu hari nanti jika tidak berhati hati ..
Antara kata-katanya yang aku petik di KOSMO ..
" Saya sedar zaman saya sudah berlalu tetapi saya tidak pernah sesekali patah semangat untuk terus berkarya.
"Walaupun tidak seaktif dulu, jiwa saya masih dalam bidang penciptaan lagu," ujarnya yang memuji kredibiliti yang ada pada penyanyi dan komposer era terkini, Yuna.
Meskipun hanya belajar setakat darjah enam, itu sudah memadai untuknya tahu membaca, menulis dan membolehkannya mencipta lirik-lirik puitis.Beritahunya lagi, setiap karya yang dihasilkan telus daripada hatinya. Mungkin, itu yang menyebabkan lagu-lagunya bertahan sehingga ke hari ini.
"Saya seorang yang kuat berangan dan suka mendengar cerita orang. Jika saya tidak pernah alami sesuatu pengalaman, saya akan gunakan angan-angan dan pengalaman orang lain untuk menulis lirik.
"Tetapi kebiasaannya karya saya terhasil daripada hati saya sendiri, apa yang saya rasa ketika itu saya akan luahkannya dalam lirik dan lagu. Kalau sedih, sedihlah lagu itu, jika gembira maka lagu itu akan bernada gembira," ungkapnya. " KOSMO ..
Berapa ramaikah di antara kita diberi peluang kedua untuk membetulkan kehidupan kita ? Sama sama kita fikirkan kembali tujuan kita di atas muka bumi yang fana ini ..