Sejuta pengertian ....

by - Sabtu, Julai 02, 2011

 

Sebuah lagu yang memberi sejuta pengertiaan ... Bermula dari bawah.. kemudian atas .. dan sekarang ? Ramai fikir lagu jiwang dulu dulu karat gila .. padahal kalau baca betul betul lirik dia , ada maksud tersendiri .. segalanya berdasarkan realiti kehidupan .. Tapi apa yang mereka nampak ialah , 'oh plisss.. aku tak main jiwang jiwang ni ! ' ....

Bermula dari bawah.. kejayaan tercipta berkat usaha yang gigih .. Kemewahan depan mata ... Namun langit tak selalunya cerah .. Allah Maha Penyayang .. Diberi mereka peluang untuk menikmati syurga ... Apakah mereka merebutnya ? Dan bagaimana pula kau dan aku ? Apakah sudah cukup bekalan untuk meniti jambatan untuk ke seberang ?

Lagu : Bila Purnama Mengambang

Nyanyian : Ukays

Ciptaan : Saari Amri

Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria

Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu

Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita

Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang

Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma
Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas
Inginku ketepikan rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria
Yang lebih utama terus membuktikan kukuh kedudukan khusus kejayaan

You May Also Like

8 comments

  1. wahhhhh...layan jiwang dipagi hati (^__^)

    BalasPadam
  2. as salam..
    imbau kenangan lalu sambil
    menyelami amal yang dah dilakukan..

    moga kita sentiasa beringat

    BalasPadam
  3. betul tu abg ben... kadang2 kita dengar muzik dan lagu kita dah kata jiwangkan??? tapi sebenarnya..x ... saya suka kumpulan ukays... sebab banyak lagu dia berkaitan dengan motivasi diri.. dan inilah salah satu lagu kegemaran saya selain bila diri disayangi...

    BalasPadam