Nasib baik tak lemas !!

by - Julai 27, 2011

 

Mimpi ngeri yang seolah-olah benar walaupun aku sedar ianya cuma mimpi ..

* "Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."

(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

 

Aku atas bot... ramai lagi atas bot.. Destinasi ketika itu aku tak pasti.. Sedang bot bergerak , entah dari mana datang ombak besar lalu menghempas bot yang aku naik tu..

Aku tercampak .. laut di depan aku... " Ya Allah .. apakah aku akan mati lemas hari ini .. ? " Hati aku berdetik memandangkan aku tak reti berenang dan tidak memakai jaket keselamatan ..

Tiba-tiba ada satu tangan menghulur dan dengan cepat aku menangkap tangan itu .. Aku tercampak berhampiran dengan jeti .. Syukur , alhamdulillah.. lega sangat sangat.. aku tak nak mati lagi tika itu ..

Aku naik ke jeti dan memandang ke belakang .. Perhatikan bot yang semakin karam akibat dimasuki air dan beberapa bot penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat ..

Walaupun ianya cuma mimpi .. tapi saat aku tercampak ke laut itu benar benar menakutkan .. Aku tau aku mimpi tetapi aku tak nak terjaga.. Aku ingin sekali merasa ketakutan itu ..

Dan ianya benar , sangat menakutkan ..

* penambahan : Terima Kasih Mr Frecky

You May Also Like

20 comments

  1. mak cakap dari tafsiran mimpi orang zaman dulu, kalau kita mimpi air ombak , laut atau apa yang berkaitan dengan air ia bawak petanda rezeki...

    bukan nak percaya sangat, tapi abg ben tengok la dalam masa 2 3 hari nanti abg ben mesti dapat rezeki...

    just wait and see.. :)

    BalasPadam
  2. itu bukan mimpi buruk tp nak dpt rezki...
    kita klu mimpi bersama air..rezki nk dtg mencurah2 la tu...insya'allah...

    BalasPadam
  3. mgkn hidayah Allah ketika kita(semua org) sadg terleka.tgn yg menghulur mgkn hidayah Allah..

    BalasPadam
  4. abg ben selamat kan...tu tandanya abg ben akn mencapai kejayaan lepas ni.. (based kpd kate2 cikgu) ...

    BalasPadam
  5. dalil pasal mimpi tu ada. Gua pernah dengar tapi dah lupa. Maklum la otak tak power.

    Tapi 90% mimpi adalah mainan syaitan. 10% lagi biasanya untuk mereka yang salafulsoleh.

    Kalau wa salah tulung tul kan.

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan ianya petunjuk didalam mimpi.. mana tahu rezeki nak datang mencurah-curah.. amin.. Mudah-mudahan

    BalasPadam
  7. tak tau maksud mimpi..cuma mimpi tu mainan tidur..

    BalasPadam
  8. Pernah dengar jugak, mimpi macam tu kononnya berkaitan dengan rezeki nak datang .Tapi betul ke tak, tak tau la tu. =)

    BalasPadam
  9. mungkin ada petunjuk yang diberikan kepada Abang Ben...

    BalasPadam
  10. tanda nk suh bngun tido la tu..haha

    BalasPadam
  11. takut jugak mimpi ni. Sebab kebnyakkan mimpi saya benar-benar belaka. Dejavu..huhu

    BalasPadam
  12. salam...

    baru2 nih mimpi tgk harimau bintang n kucing hutan...

    apa makna tuhhhh..???

    BalasPadam
  13. semalam pun mmpi menakutkan tapi tak boleh cerita .. walaupun mmpi macam real kan .. hurmmm ..

    BalasPadam
  14. mainan tido tu... tp ade gak yg btl2 blaku...

    BalasPadam
  15. dh jmpa hadis mimpi la!..

    ermm..kalau x mimpi lngsng mcm mne eh? tnda ape?

    BalasPadam
  16. =)
    maw bepeloh2 nih
    huhu
    walau sekadar mimipi..
    kekadang kite bole amik pengajaran kn abg ben =)

    BalasPadam
  17. penat mengemas dh ilang la tu..
    sebab tu mimpi sempat dtg..
    klu idakkk..
    smpai owg kejut le hik3..

    BalasPadam
  18. saya boleh menangis kalau mimpi macam tu. saya pernah mimpi jatu bangunan..real sangat. bangun tido terus nangis2 lari cari mama. haha

    BalasPadam