Ramadhan menjelma.. Adat atau tuntutan agama ?

by - Selasa, Julai 26, 2011

 

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
seterusnya >> Segalanya kerana niat


Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
seterusnya >> Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah


Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.
seterusnya >> Niat Puasa

Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.

seterusnya >> Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

seterusnya >> Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah


Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.
seterusnya >> Kahak Membatalkan Puasa ?


ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya >> Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.


Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?
seterusnya >> Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh

You May Also Like

25 comments

  1. Mudah-mudahan puasa yang bakal menjelma akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sekarang.Mudah-mudahan ia akan menyedarkan kita betapa agama dan amal ibadat itu perlu diutamakan dari lain-lain urusan.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..memang abang pilihan.hehe

    thanx en ben.. xkan esok nak perang baru hri nak asah pedang kan?
    waa...thanx ingatkan kami utk asah pedang awal... :)

    BalasPadam
  3. tak sabar untuk berpuasa.

    niat mendahului segalanya.

    kalo niat di dalam hati pun takde, apa untungnya berpuasa.

    BalasPadam
  4. =)
    bes entri nih!
    semoga semua sedar tntg hakikat sebenar puase itu ape dan mengapa =)

    maceh abg ben!

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu :)
    hehehe...
    info yang sangat bermakna...

    BalasPadam
  6. Salam Ben, Alhamdulillah semoga entri sbg kuliah ulangan dlam amalan ibadat puasa kita dan memberi manfaat, Insya Allah

    BalasPadam
  7. Terima Ben.. Pagi semalam pun ada baca tentang perkara yang ditokok tambah tu.. Bagus ni utk mengingatkan mereka yang ragu ragu. Kadang2 dengar khabar orang tu kata orang ni kata, tapi xde sumber yang betul. Kalau entry macam Ben ni Nur sokong sangat. Setiap yang nak diutarakan tu ada sumber. Bukan cakap atas angin saja. Inilah fungsi seorang blogger, berkongsi kerana mungkin ada yang terlepas pandang dan lebih sedih lagi tidak tahu langsung! Jadi, bila ada yang rajin macam Ben ni.. Sekurangnya ilmu tu dapat disebarkan.. Ye la, diri sendiri pun tak cukup ilmu, jadi mencari dan terus mencari.. Teruskan Ben..
    Isk .. Panjang lak..

    BalasPadam
  8. Panduan untuk kita menunaikan puasa. :)

    BalasPadam
  9. selalu menjadi kekeliruan adat dengan tuntutan agama tp bg sy selagi adat tu xbercanggah dgn agama tak slh utk ikut ;)

    tq berkongsi link2 bagus

    BalasPadam
  10. sekarang ni masih ramai yang keliru antara adat dan ibadat..

    BalasPadam
  11. bulan paling aku tgu2 :)


    prejudis melayu
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/prejudge-in-my-mind.html

    BalasPadam
  12. lama x buka blog ba... sibuk nak terapi blog.. urut sana sini...ni br ada plluang nak baca n3

    BalasPadam
  13. nice entri bro.. mungkin bole tambah info Puasa dan ubat jugak utk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  14. yg penting sumenya kene btulkn niat n tahu cara. baru ikhlas dlm ibdh hanya kerana Allah n cara kena betul spya tak tslah buat. :) ta sbrr nyeee na poseee heeheee >,<

    http://yanadimple.blogspot.com

    BalasPadam
  15. terlalu byk yg takleh dipercayai...
    huhuhu.. rujuk lah pd yg lbeh pakar....

    BalasPadam
  16. da nak puasa dah!... ehem..ehem.. spe2 yg belom ganti tu cepat2 lah ye...

    BalasPadam
  17. nice info..xsabar nak puasa ;D

    petua kuruskan badan??

    BalasPadam
  18. adat dan kebiasaan setempat selagi xmenyusahkan dan bertentangan dgn syariat allah di haruskan ...

    niat itu sesuatu yang terdetik dlm hati utk melakukan sesuatu ...dan niat yang baik adalah niat melakukan sesuatu kerana Allah ...Allahualam

    Excellence!

    BalasPadam
  19. ni yang payah bile hukum islam ditokok tambah...maka ramai la yang tersesat...solat tarawikh tu...boleh dibuat bersendirian. takde hukum yang menyatakan solat tarawikh sendirian tu salah dan sesat...tapi kalau dibuat secara berjemaah tu lebih baik...kan?

    BalasPadam
  20. as salam ya akhie
    Ramadhan Kareem kepada semua Survivor all Stars untuk 1432H http://fizarose.blogspot.com/2011/07/ramadhan-kareemsurvivor-all-stars.html

    BalasPadam
  21. byk kena khatam ilmu ni .. tq abg .. syariat yg perlu di tegakkan , adat kadang2 mengikat

    BalasPadam
  22. puasa...saya tak lah fikir nk kejar pahala tp saya ada target..nk khatam quran. so mungkin mse depan laptop pun akan makin kurang...emm, kena ger ready entry awal2.

    BalasPadam