Sekadar perkongsian : KARMA

by - Julai 27, 2011

 

Terbaca di Bharian Online td berkaitan isu video klik FAIZAL TAHIR yang baru bertajuk , KARMA .. mencetuskan kontoversi mengatakan tidak sesuai untuk budaya kita ..

Bagi aku , tajuk pon awal awal lagi tak sesuai dengan kita dah .. kenapa ? Ok.. mari kita baca apa itu KARMA ..

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

sumber : Halaqah

Nilailah sendiri yer .. Jawapan FAIZAL TAHIR : SINI

 

You May Also Like

22 comments

  1. erk..kalau boleh rosakkan aqidah, wajar diboikot saja lagu tu, hmm.

    BalasPadam
  2. thanks bro...nice share.. ada unsur ganas kot video tu..

    BalasPadam
  3. oh..bagusnya artikel ni..lepas ni sy kena lebih b'hati2 sbb selalu sgt guna word KARMA tu..tq 4 sharing..!!

    BalasPadam
  4. HARAP2 DENGAN NASIHAT2 MCM NI DAPAT JADI IKTIBAR SEBELUM CIPTA SESUATU :D

    BalasPadam
  5. salu guna perkataan hukum karma .. dulu2 lah sbb ada org wat jahat kan huhu .. skang baru tahu tq abg

    BalasPadam
  6. Kalau boleh merosakkan akidah baik di ban je lagu ni. Macam lagu Alyah ada lirik, "kaulah dewa yang ku puja". Lirik tu kena cek dulu sebelum release.

    BalasPadam
  7. hurm..betul tu..kena lebih berhati-hati dalam menghayati sesuatu lagu.Tajuk lagu pun dah menjadi masalah,mana boleh nak samakan agama Islam dengan agama lain.Islam itu indah.

    BalasPadam
  8. best per lagu ni,. jgn ar sabotaj lagu ni okey jer,

    BalasPadam
  9. mungkin faizal tahir terlepas pandang pasal hal ni..tapi bab unsur ganas tu khabarnya sudah ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan...sebab filem & drama sekarang lebih ganas tapi ditayangkan secara meluas kat tv...

    BalasPadam
  10. mungkin faizal tahir terlepas pandang pasal hal ni..tapi bab unsur ganas tu khabarnya sudah ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan...sebab filem & drama sekarang lebih ganas tapi ditayangkan secara meluas kat tv...

    BalasPadam
  11. first time tengok video tu pun dah rasa macam pelik. Saya boleh terima kalau yg jahat tu ditimpa musibah secara semula jadi atau yg paling tepat Allah yang uji dia di dunia ini. Tapi sbb dendam, perempuan tu yg bunuh dia...karma apa, tu hukum sendiri buat...

    BalasPadam
  12. lirik lagu tu takde masalah..tp klip video ni agak psiko.tp dpt phm dia pnya mesej..In reality,if klow kita dah buat orang..insyaAllah,kita kena balik.It's not about hukum karma,tapi Allah nak bagi pengajaran.sangat seswai dengan pepatah Melayu:buat baik berpada2,buat jahat jgn skali.. :)

    BalasPadam
  13. nice sharing...bukan utk faizal tahir je..tp sesama kite...same2 muahasabah diri..kite semua insan yg kerdil..

    BalasPadam
  14. tp pada pendapat naz..terpulang pd individu dlm menilai..jika bijak..tak kan terpesong kan..tu skdar lagu..

    BalasPadam
  15. lagu ni best..tajuk lagu ni bagi kite taklah mendatanagkan impak -ve,yg penting pendengar tahu menilai mana baik mana buruk.kes kat atas mmg banyak berlaku dlm kehidupan realiti.kdg2 lagu dpt menterjemahkan segalanya.

    cuma sepatutnya lakonan dlm ni patut dibuat secara halus...tak yahlah tjk adegan bunuh bapa.bdk remaja skrg byk yg suka ikut apa yg diorg tonton & dgr.

    BalasPadam
  16. ouhh, lagu best tp video dye ganas.

    BalasPadam
  17. ooo... jadi kata.. perbuatan baik di balas baik, perbuatan jahat dibalas jahat tuh... x kena dengan islam lah yer abg ben???

    hurm... kebelakangan nih.. seringkali ada saja cara dan adat serta pemahaman orang melayu yang berkaitan dengan hindu... kita masih perlu belajar... :)

    BalasPadam
  18. Realiti kehidupan sama seperti yang ditunjukkan dalam video..
    Si bapa jual si anak..
    Dan si anak berdendam dengan si bapa lalu membunuh si bapa dengannya..
    Wa tidak nampak apa yang silap dengan video tuh..
    Mungkin disebabkan tajuk nya KARMA menyebabkan ramai yang tidak senang duduk..
    Cuba jika tajuk lagu dia AKU BUKAN BONEKA..
    Masih adakah yang bising??
    Jika adegan si anak membunuh si bapa itu bukan adegan yang bagus untuk ditunjuk, kenapa tidak adegan lelaki bunuh perempuan dalam video klip Luar Biasa oleh Shahir tidak dibangkitkan mana-mana pihak??

    Mungkin juga kerana penyanyinya ialah FAIZAL TAHIR..
    Penuh dengan KONTROVERSI..
    Jadi, kita pun menghangatkan lagi api yang terbakar..

    BalasPadam
  19. faizal tahir mmg suka buat kontroversi. saya pelik dengan dia sbb dia asal dari keluarga yang alim dan kuat agama. beza sungguh dengan adik dia. adik dia senior saya di uia. pakai tudung labuh, pakai stoking tangan..mmg nampak dr keturunan baik2...dia sendiri pun malu bila ada org yg tanya tntg abangnya.

    BalasPadam