Aku pun pernah kena kritik gak pasal blog ..

by - Ahad, Julai 24, 2011

 

Sedih bila kena kritik secara terang-terangan ? Bengang ? Sedih ? Rasa cam nak tutup terus blog sbb malu kan ? Atau rasa geram tak terhingga rasa cam nak belasah je mamat yang kritik blog kita tu.. Tu kalau mamat .. kalau minah ?

Hurm .. Ada yang kata , kalau tak kena kritik , camana nak matang kan ? Kena buka minda untuk dikritik kan ? Iyolah.. kalau tahap cikgu cikgu kritik anak murid tulis cam cipan tu lain la .. Tapi ni kritik yang takde kaitan tu camana ?

Ada yang pertikaikan ... kenapa header kena letak gambar ? Perlu ke letak gambar ? Atau dalam blog.. nun kat sidebar , perlu ke letak muka sendiri ? Perlu ke itu ini ? Dan banyak lagi perlunya laa. sampai nak meluat la nak jawab !!

Persoalannya , kenapa diorng bz sangat kat blog orang lain ??? Blog sendiri tu dah terkenal di seantero dunia blog kah ?? Atau sememangnya dia tu sifu pasal blog sehinggakan dipanggil bekerja dengan Microsoft atau pon Apple ? Lom lagi kan ? Baru tau skit skit je kan ?

Bagi aku , boleh je nak tegur .. tapi biar la kena cara .. Ni sampai yang takde kaitan pon nak dikaitan.. Contoh , bab gambar kat sidebar .. Boleh je tegur bagitau , gambar kat sidebar tu memberatkan loading .. bukan tegur dengan kata "ko ingat gambar ko tu hensem sangat ke ? " .. Loh.. kalau hensem sangat , baik jadi pelakon JUVANA jer .. kan ? Tak pon leh je g Korea .. berlakon kat sana .. Tapi ni takat jadi blogger je ? Tu pon dah sakit hati ?

Bukalah minda kita sama sama .. Rezeki masing masing .. sapa bijak hias dan tarik pembaca , dialah punya keuntungan .. Yang penting usaha .. Usaha tangga kejayaan ..

You May Also Like

44 comments

  1. betul tu...setuju sangat.

    dalam menegur orang kena guna perkataan yang lembut tetapi ada maksud sebaliknya..
    jadi orang yang di tegurpun tidaklah terasa sangat..

    BalasPadam
  2. ngeee..bila orang dah dengki macam -macam akan diungkit,
    dia ungkit yangburuk sahaja..
    apa boleh buat, lumrah hidup..

    BalasPadam
  3. dlm dunia ni ade je manusia yg pendengki..

    BalasPadam
  4. sokong abg beng beng boom..klu nk kutuk pun,guna lah bahsa sopan skit..huhu

    BalasPadam
  5. btol...kalo nk jdi blogger asli kene tahan dugaan kan bro..len la ak ni blogging sambil lewa.........huahuahua...yg pnting epi..ak x kaco org org x dengki ak janji ikhlas kan bro..

    BalasPadam
  6. sebuk jaga tepi kain org,kain sendiri tak terjaga..xgitu Abg ben?? heee

    BalasPadam
  7. kadang2 sy selalu fikir, yang blog ni ibarat perniagaan.. kena ada modal, promosi, pelanggan.. dan ada masa kita jatuh, ade masa kita naik.. ade masa kita untung, ada masa kita rugi..

    boleh dikatakan blog ni, dah jadi macam satu perkara yg mmg kena kita fikirla setiap masa... kalo org bukan blogger, mesti xkn fhm keadaan mcm ni.. hehehehe...

    BalasPadam
  8. betol betol.ni tegor ikot dan je. padahal blog sdri pon hampeh.

    BalasPadam
  9. kegagalan mengajar erti kejayaan.......

    tq ben

    BalasPadam
  10. setuju bro! huhu.. sakit hati ah bila ada orang tegur macam hape entah.. nak tegur biar ah leklok. kan?:)

    BalasPadam
  11. haha. agak lah. ada yang nak tegur tapi tak reti nak berbudi bahasa. bukannya tak ada adat menegur orang kan. ni main hentam serbu je. konon diri sendiri bagus sangat lah tu. aiseyman. dah la masa menegur tak tengok cermin kan. main aci bedal je naki sembur sembur. ish ish.

    BalasPadam
  12. Betoi betoi betoi. Kot ye pon nak ngutuk, biarlah nampak beradap dan sopan sikit. Tak payah nak kabut-kabut tunjuk tak puas hati tu.

    BalasPadam
  13. hahahahaha..ngeeeeeee, kadang2 ada jugak org dtg kat alya mintak tlg kritik blog dia, alya tak kisah sgt laa..tp kalau kita nak menegur gunalah bahasa yg elok sikitttt..hihihikk

    dan kepada org yg ditegur, ameklah nasihat dan kritikan sesorg tu utk memajukan blog, nie tidak..ade yg dtg suruh kritik, tp bila dtg balik kat blog yg dikririk tgk tade perubahan apa pun? ke saja mntk kritik sbb nak dpt UV? hahaha

    masing2 dgn pndangan dan pendapat yg berbeza..alya pun newbie jugak, tp alya amek nasihat drp abg ben supaya buang lagu dlm blog, sampai skg blog alya tade lagu..haha

    BalasPadam
  14. Betul2. huhu

    Abg BEN!!!! Tolong follow blog saya eh. Kalau sudi, promote sekali. hee. Tq. :)

    BalasPadam
  15. saye penah kene sebab menggunakan dayah jelita...kene cop perasan tapi saya x patah semangat sbb beberapa anon aje..hurmm ade je yang nak bagi kite down kan abang ben?

    BalasPadam
  16. hhhahahaaha manusia tu dah cukup syarat .. makanye die asik nak kritik orang je

    BalasPadam
  17. haha..sy pun pernah jugak kena mcam ni.. lepas tu, dah tak ada dah.. haha..

    BalasPadam
  18. kritik utk kebaikkan xpe. klu yg menjatuhkan. kn bljar ignore :p

    BalasPadam
  19. kritik utk kebaikkan xpe. klu yg menjatuhkan. kn bljar ignore :p

    BalasPadam
  20. hati saya lemah. hati jatuh bila kena kritik dek anon. tapi anon ni kritik xde kaitan. bangang.

    baru2 ni ada org kritik. kata penulisan saya macam anger. saya baca2 balik tak tau anger kt mana. mungkin outspoken. saya akan perbetulkan.

    BalasPadam
  21. terbaik en Ben.. banyak kali dah blogger2 lain serang enBen dengan komen2 pedas kat sini.. tapi yg best enBen tetap cool maintain..

    kalau saya dah lama serang hendap balik buat entri serang balas satu minggu kat org tu.. tak pun tutup blog teruss sebab give up.. wakaka

    BalasPadam
  22. betul tu abg ben..kalau nak tegur tu biarlah berhemah, bukan main sedap mulut jer kan...krn kata2 itu milik kita sblm diluahkan tetapi telah jadi hak org lain apabila diluahkan..:)

    BalasPadam
  23. belum pernah kene kritik lagi..hope xkene la ;))

    petua kuruskan badan??

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. agree! macam lah blog dorang tu best sangat. Tak feymes pun. nk ajar orang buat tu buat ni. kalau dah berat nak loading tak payah lah tengok. orang lain tengok tak banyak cakap pun.

    BalasPadam
  26. sape yg berani komen header bro ben ni??haha

    BalasPadam
  27. kalau dah dengki,cemburu,ada je lah modal nak cari salah orang..macam-macam

    BalasPadam
  28. soly solicious..jg kain org ok lain sebab ambik berat. jgn dlm kain pulak

    BalasPadam
  29. Apa yg nak diherankan...kita tak mampu nak puaskan hati semua org 100%.

    BalasPadam
  30. betul tu abg ben.. manusia ni kalau dah rasa diri mereka hebat, dengan senang hati mereka kutuk orang lain tanpa pk dulu apa effect kata2 mereka tu.. terlaja perahu boleh diundur, tapi terlajak kata??

    Panjang pulak ulasan hari ni *peace :)

    BalasPadam
  31. haha tu la tu.. tu pasal bila ada yang buat entri macam ben cakap tu, saya cuma baca je.. tak kan drop komen.. Bukan pasal berlagak atau rasa diri sye ni dah bagus sangat sampai tak perlu drop komen.. Cuma..

    ..Sye tahu sye kat mana.. tak layak nak bagi komen dan kalau nak komen pun, tak relevan isu tu untuk dikomen..

    kalau ditegur kang melenting balik.. jd diamkan je la..

    BalasPadam
  32. slm...manusia la katakn kalau x mengata x boleh... apa yg kita buat kat blog kita terpulanglah pada masing2 punya citarasa asalkn x melanggar unsur2 yg kurang bermaruah dah lah...sesiapa pun boleh melakukn apa2 je kat blog die org pada mama kalau kita sebagai blogger ni kenalah faham n kalau nak comment tu biarlah ikhlas dan tidak menyinggung perasaan sesiapa pun...blog ni mcm rumah seseorang juga kalau kita pi melawat tu kenalah menjaga adab dan sopan santun di rumah org jgn ikut suka buat apa yg akan menyinggung hati dan perasaan tuan rumah tu...org kata masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak jadi sebagai blogger ni hendaklah jaga hati sesama kita bila dtg melawat ke blog kawan2 yang lain...sama2lah kita mesra alam sesama blogger2 semua okay...:)

    BalasPadam
  33. sendiri mau ingat lah...blog kau blog aku, blog aku blog kau jugak ke...

    BalasPadam
  34. Assalamu'alaikum

    Dalam menegur perlu berhemah dan berhikmah. Peringatan buat kita semua.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  35. teguran yg tak kasar2 itu lg elok :)

    BalasPadam
  36. aku setuju..sometime ade yg tegur perkara yg lngsg x relevan..ini blog aku,yaa..ko bolh tgur,tp agak2 la..x kan smpai fizikal aku pon ko nak tgur..its no logic la kan..iskk..geramnyee ngan orang cmtu..:(

    BalasPadam
  37. perrgghh..kira blogger ni cam artis gak la kan??...kental ngan kritikan...

    BalasPadam
  38. hahaha..berminat pula dengan entri abg ben yang ini..sya bru dalam dunia blog, tapi da kena komen itu ini..yg mengomen hanya sorg sahaja,, tapi kepedihan dr komen mmg sakit utk diterima..saba jela!=)

    BalasPadam
  39. biasala tu. kalau tak boleh terima kritikan macam mana nak maju. tapi bahasa jiwa bangsa. tak suka org guna bahasa hatta dalam perbincangan atau kritikan.

    BalasPadam
  40. eh tertinggal. tak suka org guna bahasa KASAR hatta dalam perbincangan atau kritikan

    BalasPadam
  41. orang yang suka cakap tak berlapik ni selalunya tak berapa educated. upss. XD

    BalasPadam
  42. Persoalannya , kenapa diorng bz sangat kat blog orang lain ??? Blog sendiri tu dah terkenal di seantero dunia blog kah ?? Atau sememangnya dia tu sifu pasal blog sehinggakan dipanggil bekerja dengan Microsoft atau pon Apple ? Lom lagi kan ? Baru tau skit skit je kan ?

    haaaaa...kan dah kena kat Ben kih...kih...kih

    BalasPadam