Bagus artis-artis kita ni kan ?

by - Selasa, Julai 26, 2011

 

Aku tengok 3 drama lakonan satu pelakon wanita ni dalam masa 2 hari.. Dan ketiga-tiga  drama tu , mmg bagus lakonannya .. Yang menariknya , ketiga tiga drama tu berlainan watak.. Hidup la lakonan dia , bagi aku ...

Yang menarik minat aku hingga nak buat entri ni ialah , pelakon kita ni kan , majoriti tak buta agama .. Pandai mengaji antaranya .. Bagus kan ?

Tapi la kan .. yang buat aku tertanya tanya , mereka ni tak buta agama tapi kenapa sengaja membutakan mata hati tu yer ? Bukanlah nak menuduh tapi ada babak yang mana perlu pegang pegang.. buka aurat .. padahal dia tu isteri orang .. tunangan orang .. hurm.. kalau bukan hak sapa sapa pon , terlupakah dia tu hamba Allah ?

Sama gak kita yang bukan artis ni ... Aku perasan ( termasuk aku laaa ) ramai tak buta agama .. Bab agama , memasing pandai bagi khutbah.. tazkirah .. dan pelbagai .. tapi tang perbuatan ??

Hurm..

You May Also Like

21 comments

  1. butul3... sama setuju... even yang byk ilmu agamanya pon join jugak... yg kurang apatah lg... tak kira seluas lautan ilmu kalau tak diamalkan tak berguna juga yer... so jom2 la beramal ilmu yg kita ada...

    BalasPadam
  2. betul tu abg ben..kadang kadang dia nasihat orang..bagi tazkirah macam macam...tapi alih alih dia yang buat benda yang lagi terok dari orang yang dinasihatinya...ermmm...

    BalasPadam
  3. cth cite karak...pelakon yg berkemban tu ntah lupa nama nye sbb tak minat huhuhuhu mak nye tak kisah ek anak nye berlakon camtu...euwwww sakit mata tgk wanita islam berlakon aksi mcm tu derrr... *tiru style ckp dia*

    BalasPadam
  4. Itulah masyarakat hari ini. Suka mengambi setengah-setengah ja Islam ni. Allah suruh, masuklah kedalam agama-Nya secara keseluruhan.

    Namun, bila duit jadi taruhan. Agama sanggup ditolak ke jalanan. :)

    BalasPadam
  5. ..ramai yang begitu..kalu bab cakap mengalahkan alim ulama ..bila time nak buat..tu yang susah tu...lupa ..

    BalasPadam
  6. tau tapi ego.... Ada ilmu tapi tak nak pakai sebab demi kepentingan duniawi... Sekadar tahu tapi tak dijadikan amalan.... Kebanyakan macam tu bro....

    Bila diberi nasihat....mesti cakap
    "ko tak payah la nak bagi nasihat..aku bukannya tak belajar benda tu..."

    Ni la orang tua kata.... ada otak...tapi letak kat kepala lutut...

    BalasPadam
  7. setuju dengan kenyataan abang ben...apa boleh buat dah menjadi darah daging mereka sehingga lupa

    BalasPadam
  8. biasa la tu dunia artis...:)
    macam2 ragam...
    cakap tak serupa bikin...

    BalasPadam
  9. Betul2x.. banyak yang mendabik dada bila bercakap soal agama, hukum, dosa, halal dan pahala. Tapi bila melibatkan perbuatan semuanya macam buta je. Sanggup pegang-pegang. sentuh2x.. kadang2x kita yang menonton rasa meremang je tengok. Dunia oh dunia..

    BalasPadam
  10. setuju..hipokrit maybe..hehe

    ambang ramadhan??

    BalasPadam
  11. belum dpt hidayah lagi.sama mcm anda dulu.x boleh pakai rantai tp tetap pakai pdhl kat sekolah dah belaja..maafkan jika kenyataan ini menyakitkan.

    BalasPadam
  12. Sangat setuju dengan apa yang Ben katakan.kadang2 kita sendiri pun lupa bahawa ada batas-batas pergaulan yang perlu kita jaga.Walau pun kita bukan artis, realiti kehidupan memang selalu meletakkan kita dalam keadaan yang membuatkan kita melanggar hukum Allah.Akhirnya, kita rasa menyesal dan berdosa setelah kita sedar kecuaian kita menjaga tuntutan agama.Terima kasih mengingatkan.

    BalasPadam
  13. lelaki dan pmpuan ni sama je.

    bila dh dpat pegang, dua-dua sama seronok.

    yela, dapat pegang free. giler ko, awek sendiri pun tak tentu boleh pegang, ni pelakon, lawa pun lawa.

    ahh. kita pun sama je. xyah jadi pelakon untuk berlakon. depan pakwe/makwe, masyaAllah, baiknya mengalahkan malaikat, tapi sebenarnya, perangai tu lebih teruk daripada ... .

    aku rasa orang sekarang ni kalo tak pegang tak sah. bab berlakon ke, bab bercinta ke. 2x5 jer. tengok je kt mana-mana, jalan pegang tangan, pastu bila ditegur , jeleslah, macam2lah. wei, setakat pegang2 tu aku tak heranlah. pegang bukan mahram tu haram.

    malulah skit kat mak bapak. kalo aku jadi bapak, konfirm2 dah makan penyepak. sanggup ke tengok anak pmpuan/laki korang kena raba2 dek laki lain. oh , artis. xpelah kan. sporting.

    BalasPadam
  14. dunia artis kat malaysia ni saya rasa lah kan, bab pegang2 ni makin berleluasa. tak tahula baru ke da lama ke. saya ni jenis tak tengok tv. dok kolej kan. bila balik rumah tengok, aih makin melampau pulak artis-artis ni pegang. kalau berlakon jadi suami isteri tu, mmg pgg betul2 lah. merata nak pegang. dulu mcm ade cover sikit. now makin menunjuk2. tak tahulah tu cara nak tarik penonton ke apa. tapi rasa malu la nak tengok. sebab semua orang tenung screen kat tv tu kan. tak segan ke seh.

    BalasPadam
  15. benda neh da jadi sesuatu yang lazim buat masa sekarang..
    tak ada rasa malu..
    tak ada rasa berdosa..
    tapi rasa lagi syok adalah..hehe

    this is something to do with our iman..
    kalau iman kita tak cukup, memang senang iman kita dikocak-kocak..

    wallauhualam..

    BalasPadam
  16. itulah yang dikatakan aada ilmu tak amalkan...tu lagi dasat dari orang yang tak de ilmu :)

    BalasPadam
  17. itulah yang dikatakan aada ilmu tak amalkan...tu lagi dasat dari orang yang tak de ilmu :)

    BalasPadam
  18. drama selalunya tak realistic..sebab tu saya taknak tengok.

    BalasPadam