" Ben tak pe la.. dah mantap .. post je ramai masuk baca.. kan ? "
Itulah yang aku dengar bila berbicara pasal blog dengan rakan lain .. Luahan mereka seolah olah mengatakan bahawa blog aku ni lahir lahir terus duduk di singgahsana ..
Pergh.. Meh aku habaq korang .. Ni cerita benar ni .. Memula aku buat blog , aku selalu tidur 3-4 pagi .. Kul 6 pagi bangun g kerja .. Dalam kepala aku 24 jam hanya dok pk apa entri yang best untuk aku update .. Senantiasa .. aku hanya fikirkan bagaimana nak bawak blog aku ke depan .. Bagaimana aku buat 'mereka' ingat blog aku.. Hafal url blog aku tanpa perlu google atau tunggu aku promosi .. Aku mau mereka bangun pagi dan masuk baca blog aku sebelum baca online akhbar ..
Tarik muka ? Hehe.. puas dah wife aku tarik muka dek 'kegilaan' aku tu.. Hehe.. jgn kata wife , mak aku pon siap kata kat aku ... " Tak risau ke wife merajuk ke apa ke ? "...
Aku mampu senyum jer .. Aku yakin apa yang aku buat .. Yakin sangat sbb aku punya perancangan yg teliti.. Apa yang aku perlu adalah masa .. Hanya masa saja.. Mana ada jalan ringkas nak berjaya kan ?
Bila diorng buka mata ? Kalu pertama aku dapat cek dari NUFFNANG yang mana jumlahnya mmg berbaloi .. Baru diorng sedar yang usaha aku selama ini bukanlah sia sia belaka ..
Bila lagi ?
Bila terpapar muka aku dan nama BEN ASHAARI besar besar kat majalah Rapi .. Sapa sangka kan ? Serius aku pon tak jangka aku mampu pergi lebih jauh ...
Dan minggu depan aku akan berada di DIGI WWWOW .. aku antara finalist yang akan hadir di sana ... (SINI) ... Dan sapa sangka , setiap hari aku terima email pelawaan serta rezeki yang tak kunjung putus ..
Semuanya berkat kesabaran serta usaha gigih aku selama bertahun lamanya .. Aku sememangnya percaya rezeki aku di dunia internet ni sejak aku mula kenal internet .. cuma aku tak tau bila dan bagaimana ..
Alhamdulillah .. walaupun belum cukup membanggakan namun aku tetap bersyukur sebab aku buktikan yang aku boleh berjaya sungguhpun aku ini bukan seorang blogger yang bagus ..
Tak semestinya bagus saja layak untuk berjaya bukan ? Korang jangan cepat putus asa .. Kejayaan dalam dunia blog bukan diukur oleh wang ringgit tapi sebaliknya penyampaian kita dalam setiap penulisan kita..
Alhamdulillah .. Syukur pada Allah .. Aku selalu ingatkan wife .. Allah senantiasa memberi nikmatNYA dalam pelbagai bentuk dan cara pada kita ... Cuma kadang kadang kita je tak perasan .. Kenapa ? Sebab kita terlalu fokus pada kehendak kita .. Selagi tak dapat apa yang kita nak , selagi itu kita rasa tidak bertuahnya diri ini ..
Aku tau ramai lagi susah dari aku .. dan aku senantiasa bersyukur akan segala anugerahNYA .. Apa yg berlaku pada aku dulu , merupakan satu pengalaman hidup yang cukup bermakna bagi aku ..
Aku pernah jadi guru sandara selama 2 tahun .. Selama itu jugalah gaji aku cuma RM600 lebih selepas ditolak EPF .. Apa yang aku boleh buat dengan duit sebanyak itu ? Tolak kat orang tua .. bayar utang skit skit.. baki ? Simpan ?
Namun KEDEKUT tidak pernah ada dalam diari hidup aku.. Senantiasa aku berikan pada yang 'meminta' .. tapi bukan semua la.. aku pon tengok gak pada sapa kan.. hehe ..
Sekarang ? Selepas kawin , rezeki aku bertambah tambah lebih lebih lagi dengan adanya blog ni .. Aku tak nak mewah sangat.. Kemewahan membuatkan aku alpa.. Aku tau diri aku ni sangat... Pantang ada duit banyak .. mudah leka aku dgn duniawi ..
Sebab itulah bagi memadai dengan mampu hidup di atas dunia ni tanpa meminta sedekah atau mencuri hak orang lain .. Cuba kita tengok yang kaya raya tu.. Maaf aku cakap.. tapi hakikat kan ? makin banyak makin tak cukup ...
Disebabkan aku dah biasa dengan RM600 tu , duit yang aku terima banyak skang ni , aku serah kat wife untuk disimpan dan baki aku guna untuk kawin lagi.. eh tak.. Tanjat Beben .. hehehe .. baki tu untuk keperluan harian ..
Aku ada hajat sebenarnya .. nak belikan kamera untuk ayah aku.. sian dia ..Dia minat kamera cam aku gak .. hehe.. tapi bila dia nak beli , dia fikirkan kepentingan yang lain .. InsyaAllah , aku akan belikan dia dan bawak dia g bercuti ... Susah orang tua tu nak g jalan jalan .. Banyak sangat komitmen ..
Hurm.. hidup kita ni singkat.. Kaya camana pon.. mewah camana pon .. semua tu tak leh dibawa mati kecuali kita tukarkannya menjadi 'saham akhirat' .. InsyaAllah ..
Huhuh.. sapa sangka ? Dalam diam tak diam , InsyaAllah aku akan berpuasa dengan rakan rakan blogger untuk kedua kalinya .. lebih lebih lagi dengan geng geng blogger masakan ... huhu.. dan juga rakan blogger dan rakan FACEBOOK..
Apa best sangat ker ? Best laaa.. masa ni la korang leh tengok blogger semua pakai ketayap n baju kurung besar besar dalam blog wooo ...
Apa maksud aku ? Hahahha .. Untuk minggu pertama , confirm banyak blog cerita pasal terawikh .. buka puasa .. makan pe .. masak pe... hahaha.. kan ?
Masuk minggu kedua dan seterusnya , semua dah mula beraya ..entri kat blog pon mula ada campur panas panas skit .. hahaha.. terlupa yang mereka sedang berpuasa .. Kira terlupa la tu ..
Trafik jatuh masa bulan puasa ? Pergh.. bulan puasa la malatopss .. Kenapa ? Hahahah .. aku bagi korang satu tips .. baekkk punya .. Hehehe.. mau kah ??? Ni keyword paling popular di bulan Ramadhan.. hehehe ..
Apakah ??? senarai hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa satu malaysia .. Zakat .. Pasar malam ... haaa.. Paling meletops.. hahaha... JUADAH BERBUKA PUASA.. RESEPI la woook.. hahahaha..
Jangan la jerit ... tanjaaat beben tauuu...
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
seterusnya >> Segalanya kerana niat
Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
seterusnya >> Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.
seterusnya >> Niat Puasa
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
seterusnya >> Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
seterusnya >> Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah
Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.
seterusnya >> Kahak Membatalkan Puasa ?
Adab - adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya >> Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?
seterusnya >> Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh
" Pakwe i tak suka i ada blog .. nanti i curang katanya .. "
" Aku ari ari gaduh ngan gf aku.. Dia kata aku ramai gf .. dia ingat aku ni cam Mat Gebu ke ? Beratur je perempuan nak kat dia !! Haaa .. "
Maka berkuburlah blog .. Pelik kan ? Pahal sanggup kuburkan minat kita pada mereka yang belum lagi punya ikatan sah dengan kita ? Belum apa apa lagi nak kongkong .. Ingat diorng tu kingkong keee ..
Perlu ke dengar cakap mereka ? Alasannya.. AKU CINTA PADA MU .. ( caittt.. padayappa ! ) Cinta la konon .. Kalau cinta , hargailah minat kekasih mu itu .. Bukannya nak mengorat orang pon dalam blog tu .. Lain lah UJANG ( maaf , tiada backlink untuknya.. dia popular sudah ) .. Ujang tu mmg buat blog semata mata nak ngorat awek.. Tu dapat bini dia tu.. ( nak kata tipu la tu ) ..
Ala.. pe salahnya .. dari kekasih korang tu merambu kat kedai mamak tak tentu hala ... dok layan tv sampai subuh tapi tidur sampai ke maghrib , baik ada blog .. mau gak kepala otak dia bergerak dari tepu gitu jer kan ?
Tapi kita yang ada blog tu pon , pandai pandai la.. jangan la sampai ilang kepercayaan mereka yg tersayang .. kan ? Iskh iskh iskh... Ingat senang ke nak mengorat dalam blog.. susah woooo ... kan ? Tamo la gitu. cian beben kan ? nanti ramai tutup blog , tak best dah kan ?
Kalau sayang , lepaskan....
Alhamdulillah .. Selesai niat aku .. Baru jumpa seorang penaja hadiah aku ( rujuk SINI ) ... Aku nak tanya lebih pasal baju tu .. hehehe.. kot leh buat sesuatu kan .. sapa tauuuu , kan kan ?
Setelah dijanjikan ... maka jumpa la kat The Mall , KL .. hehehe.. Sempoi.. cerita banyak takde , aku pon sampaikan niat aku.. nak dia designkan baju khas untuk KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. haaaaaaa...
Apa yang akan tertera di bahagian depan baju tu ? Takat ni aku terfikir ...
GUA BLOGGER !
Ceriter baek baek punyeeer ...
Tagline ni aku rasa takde orang guna lagi kan .. haaa.. jgn tetiba muncul pastu kata dia punyaa.. haaa... Kan kan ? Tak baek wooo... penat aku pk sambil makan nasi ayam tadi.. Dua ketul lak tu.. Ni bukan ayam KFC okeh !
Bila akan dipasarkan ? Eceh... hahahah.. InsyaAllah akan dibuka dalam minggu ni .. Harga ? Jangan risau .. murah punyerr.. Aku tatak amik untung woooo ... Gua kan baekk punyaa..
Free ?? ala.. mana blehhh .. apa yang bestnya baju tu ? akan terselit url blog korang ... nak letak nama ? Aku tau korang segan nanti .. kang abis satu malaya tau nama korang .. kan kan ..
Haa.. korang ada idea ke ?? Ke nak letak tagline lain ? Cer kongsi bersama .. eheheh ... Opss.. GEGAR BLOG JULAI 2011 dah tutup yer .. Esok kita leh kasi gegarkan itu kepala... bermula dengan hadiah baju tuuuu.. wahahaahha.. sapa mauuuu ????
Sila check kat SINI untuk memastikan url blog korang tersenarai dengan bahagianya ..
Ehem.. mau milik baju ini ? Nama pemenang akan tertera di bahagian depan baju manakala di bahagian belakang , url blog pemenang .. Weee... kat tepi tu ada lambang Kelab Blogger Ben ashaaari
Amacam ? cool ??? Sapa lagi yang belum join ? Cepat.. tutup kul 2 petang ni.. Camana nak join ?? Klik SINI ...Bila mula contest ni ? Esok !!! Ada lagi hadiah tauu.. hehehe .. Jangan tanjat tauuu.. Beben je leh tanjatttt .. okeh ?
Hampir dua tahun ! Hampir dua tahun kita bersama .. Tapi kita berkawan lebih dari tu .. Aku rasa hampir 10 tahun jugak kot kita berkawan..
Sayangnya , hari ni aku terpaksa amik langkah ini .. Bukan kerana aku benci.. Ni segalanya kerana orang tua mu jugak .. Dia tamak !! Tamak haloba !! Tak tau kah aku ni sekadar kais pagi makan sampai bulan depan ? Kais petang makan tak abis abis ? Tak taukah dia ???
Tanjaat beben tauuu !! Bukan apa .. kot la nak cekik darah aku sekali pon , berhati perutlah skit.. tunggu aku sampai pakai Lamboghini dulu ke... Ni tidak !! Masih lagi car pool tau !!
Tak per la... aku dah amik keputusan .. Keputusan yang amat berat sekali.. Aku tak mampu menahan sebak di dada .. Tib masanya sudah kita berpisah .. Wahai cenel Astro ku... terpaksa aku amik keputusan menukar ke UNIFI ... aku terpaksa meninggalkan dikau kerana aku sudah jatuh cinta pada UNIFI .. bye bye my darling ....
Tanjat kee ????