Itu yang biasa kita dengar kan ? Pernah dengar rakyat makan rasuah ? Atau rakyat kejam ? Tak de punya kan ? Yang disebut adalah nama individu tu kan ?
Ni mesti ada yang kata aku nak membodek atau nak memberat sebelah .. Hurm.. Kalau aku tak buat salah , aku nak risau apa kan ? Terang terang undang undang ciptaan manusia yang ada sekarang ni bertujuan untuk melindungi manusia yang lain .. tapi masih serba kekurangan .. Hanya undang undang dan peraturan dari Allah s.w.t saja yang lengkap dan sempurna ..
Malangnya , manusia lebih takutkan undang undang ciptaan manusia ni .. Undang-undang Allah tak takut wooo.. Tak caya ? Undang undang manusia kata , tak leh hisap dadah dikhalayak ramai .. Takde apa berani kan ? Allah kata , tutuplah aurat kamu .. Berapa ramai yang masih berani tak tutup ?? Ni contoh je la..
Berbalik pada tajuk aku tu .. Aku suka tengok polis.. kemas dan berdisiplin.. Tapi ramai tak suka gak .. kenapa ? Mereka kata mereka kejam .. Kejam kenapa ? Pengalaman bekerja mereka membuatkan mereka jadi begitu adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka sendiri.. Kalau mereka lemah lembut , camana nak berdepan dengan penjenayah yang lebih kejam dari mereka sekarang ni ??? Mereka lembut jika kita lembut.. Mereka jadi 'kejam' bila kita sendiri yang kejam .. Fikirkan tu..
Rasuah .. kita kata polis makan rasuah .. sapa yang bagi rasuah tu ? Orang awam gak kan ? Mereka mintak ? Sapa suruh bagi ??? Kita bagi , kita yang kejam.. kita yang galakkan mereka.. Kalau kita yang offer mereka , tu lagi kejam kan ? Kalau kita dah buat salah , akui saja.. Aku , kalau pandu laju .. polis tahan .. saman je la.. dah salah aku.. takkan nak salahkan dia sebab nak saman aku kan ?
Polis dan orang awam adalah manusia .. masing masing ada perasaan .. Rasa geram , sedih , gembira .. sama sama ada .. Bezanya mereka ada amanah yang perlu dipikul dan bukan mudah .. Kita sendiri pon ada amanah .. tapi berapa ramai yang mampu pikul ?
Ada kawan komen kata kalau polis herdik orang tua kita camana ? Tak kena kat batang hidung kita , tak pe la kan ? Kalau kena , tau nak angin lak ? .. Hehehe.. dah .. orang tua aku pernah kena herdik.. tengking .. Tapi dia cool.. dia pon pernah herdik aku.. tengking aku.. Jadi mesti dia tau yang polis tu tengah punya masalah peribadi atau datang period ke...
Profesional ? Jangan la bicarakan profesion mereka yang bergaji kecik tu.. Kita mintak mereka bersikap profesional.. Kita sebagai rakyat sendiri pon tak mampu bersikap profesional .. ni nak suruh mereka yang hari hari mengadap manusia yang pelbagai karenah ?
Kita sama sama sedar kesalahan dan kekurangan diri .. Jangan sedap asyik cari salah orang lain .. Aku sendiri pon berlambak dosa ... Tapi jangan kerana nila setitik , abis segala jasa dan pengorbanan mereka kita lupakan ..
Bayangkan semua polis letak jawatan .. Sapa nak jadi polis kalau tau polis tu kejam dan makan rasuah ? Sapa ? Habaq mai sat !