Polis kejam ! Makan rasuah .. !!

by - Ahad, Julai 10, 2011

 

Itu yang biasa kita dengar kan ? Pernah dengar rakyat makan rasuah ? Atau rakyat kejam ? Tak de punya kan ? Yang disebut adalah nama individu tu kan ?

Ni mesti ada yang kata aku nak membodek atau nak memberat sebelah .. Hurm.. Kalau aku tak buat salah , aku nak risau apa kan ? Terang terang undang undang ciptaan manusia yang ada sekarang ni bertujuan untuk melindungi manusia yang lain .. tapi masih serba kekurangan .. Hanya undang undang dan peraturan dari Allah s.w.t saja yang lengkap dan sempurna ..

Malangnya , manusia lebih takutkan undang undang ciptaan manusia ni .. Undang-undang Allah tak takut wooo.. Tak caya ? Undang undang manusia kata , tak leh hisap dadah dikhalayak ramai .. Takde apa berani kan ?  Allah kata , tutuplah aurat kamu .. Berapa ramai yang masih berani tak tutup ?? Ni contoh je la..

Berbalik pada tajuk aku tu .. Aku suka tengok polis.. kemas dan berdisiplin.. Tapi ramai tak suka gak .. kenapa ? Mereka kata mereka kejam .. Kejam kenapa ? Pengalaman bekerja mereka membuatkan mereka jadi begitu adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka sendiri.. Kalau mereka lemah lembut , camana nak berdepan dengan penjenayah yang lebih kejam dari mereka sekarang ni ???  Mereka lembut jika kita lembut.. Mereka jadi 'kejam' bila kita sendiri yang kejam .. Fikirkan tu..

Rasuah .. kita kata polis makan rasuah .. sapa yang bagi rasuah tu ? Orang awam gak kan ? Mereka mintak ? Sapa suruh bagi ??? Kita bagi , kita yang kejam.. kita yang galakkan mereka.. Kalau kita yang offer mereka , tu lagi kejam kan ? Kalau kita dah buat salah , akui saja.. Aku , kalau pandu laju .. polis tahan .. saman je la.. dah salah aku.. takkan nak salahkan dia sebab nak saman aku kan ?

Polis dan orang awam adalah manusia .. masing masing ada perasaan .. Rasa geram , sedih , gembira .. sama sama ada .. Bezanya mereka ada amanah yang perlu dipikul dan bukan mudah .. Kita sendiri pon ada amanah .. tapi berapa ramai yang mampu pikul ?

Ada kawan komen kata kalau polis herdik orang tua kita camana ? Tak kena kat batang hidung kita , tak pe la kan ? Kalau kena , tau nak angin lak ?  .. Hehehe.. dah .. orang tua aku pernah kena herdik.. tengking .. Tapi dia cool.. dia pon pernah herdik aku.. tengking aku.. Jadi mesti dia tau yang polis tu tengah punya masalah peribadi atau datang period ke...

Profesional ? Jangan la bicarakan profesion mereka yang  bergaji kecik tu.. Kita mintak mereka bersikap profesional.. Kita sebagai rakyat sendiri pon tak mampu bersikap profesional .. ni nak suruh mereka yang hari hari mengadap manusia yang pelbagai karenah ?

Kita sama sama sedar kesalahan dan kekurangan diri .. Jangan sedap asyik cari salah orang lain .. Aku sendiri pon berlambak dosa ... Tapi jangan kerana nila setitik , abis segala jasa dan pengorbanan mereka kita lupakan ..

Bayangkan semua polis letak jawatan .. Sapa nak jadi polis kalau tau polis tu kejam dan makan rasuah ? Sapa ? Habaq mai sat !

You May Also Like

41 comments

  1. sya bersetuju ngn abg ben.. skg ni, rmi rkyt asyik salahkn polis j.. cntohnya smlm dlm perhmpunan bersih, spe yg kne tngkp 2 ada r sebab musababnya.. n bg sy r, klo org biasa yg kne tngkp 2 msti jnis yg memeberontak n buat kecoh.. sje j jadi batu api.. klo polis xd, mmg hncur negara ni.. rkyt pasti hidup dlm ketakutan.. jenayah psti berleluasa.. dorg yg bising2 ckp polis ni polis tu, x sedar ke...

    BalasPadam
  2. betul tu...kdg2 kita cuma tahu cari kesalahan org lain tanpa tgk dulu apa kesalahan kita plak...

    BalasPadam
  3. bila org kutuk2 polis,kdg2 memang saya nak nangis...
    kenapa?sebab abah saya polis..setiap kali ade isu berkaitan apa2,mesti polis yg disalahkan...polis bangangla,polis lembab tangkap penjenayah..semua yg x baik bagi kt polis..

    tp saya kena kuat,sebab abah saya tak macam tue..jadi saya kena buktikan,kalau org2 kutuk polis,jangan mudah melenting...

    thanx en ben utk entry ni..

    wallahualam

    BalasPadam
  4. xfhm la manusia ni..slh org je nmpak slh sndiri tak..misalnye ade kes ape ntah mse BERSIH..then polis dipersalahkan..tp kalo time polis selamatkan/jaga beribu2 nyawa dr penjenayah/lain2 rusuhan..org xnmpak pulak..kesian betul..dhla gaji xbnyk mne.nyawa dipertaruhkan..tp kene kutuk pulak..agak2 kalo sume polis letak jwtn..cmne tuh?huhu

    BalasPadam
  5. sangat setuju, segelintir manusia ni memang suka cari salah orang tanpa fikir salah silap diri sendiri.. sibuk menyalahkan orang, amanah yang diletak kat bahu sendiri belum tentu dia dah buat..
    tak ada manusia yang sempurna di akhir zaman ni, harap masing2 sedar demi keselamatan diri sendiri, keluarga, negara yang paling penting, agama..

    BalasPadam
  6. Dalam komen sebelum ini saya katakan bukan semua tapi segelintir polis. Ada juga yang baik dan saya amat puji dengan toleransi yang diberikan. Kalau patut herdik, herdiklah. Tetapi jika tiada balasan jangan diulang 2, 3 kali herdikkan. Tak baik dan kurang sopan namanya tu. Hal ini saya kembangkan bukan hanya kepada polis tetapi kepada semua. Contohnya jika kita bertugas di kaunter sesebuah agensi tidak kiralah di sektor mana sekalipun, kita kena profesional dlm mnjalankan tugas. Jangan kerana problem di rumah or benci dgn orang itu kita bagi layanan yg kurang dan berat sebelah. Amalkan etika dlm pekerjaan. Sebab rezeki yg kita perolehi itu akan menentukan kehidupan kita, sama ada baik atau tidak.

    p/s: kalau manusia nampak akan pahala tidak akan berlakunya situasi seperti ini.....

    BalasPadam
  7. dalam situasi polis ni....mengapa masyarakat melihat mereka amalkan rasuah kerana mereka adalah fronliner bg badan penguatkuasa yang berurusan dengan orang ramai...

    banyak lagi badan penguatkuasa yang lain...dan jumlahnya lagi banyak rasuah yang diambil tetapi mengapa mereka tidak dilabel sedemikian...kerana mereka lebih kepada tugas dokumentasi dan tidak berhubung terus dengan orang ramai.

    namun tak dinafikan ada segelintir polis yang meminta habuan dan menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri....

    aku respect polis tp hanya yang baik...yg selebihnya masing2 punya pandangan.

    BalasPadam
  8. ala, polis ada baik ada jahat..
    peguam ke ape ke sume same...
    manusie kan, mane perfect..

    Chill babe, chill...

    BalasPadam
  9. setuju dengan bro ben dan commentor yang lain.. huhu.. mgkin sudut pandang kita tidak sama dengan orang lain.. mgkin yang marah sangat dengan polis ni ada cerita di sebaliknya yang mungkin juga ada kebenarannya.. tiada manusia yang sempurna selain nabi Muhammad s.a.w.. :)

    BalasPadam
  10. entahlah..manusia..mana ade yg perfect kan?

    pernah sekali dulu kne tahan ngn polis pasal tak pasang side mirror motor..tp dia tak nak pulak saman..nak mintak rasuah..bila tak nak bagi nak pukul plak..ape cer?

    kalau nak saman,saman jela..toksah nak malukan diri sendiri depan rakyat..camne la rakyat tak ckp polis makan rasuah...

    BalasPadam
  11. bila dikaitkan dgn rasuah semua nampak polis sedangkan yg lain banyak lagi makan rasuah. yg selalu dok mengata polis tu apsal tak join jer polis kan senang, mesti takde rasuah punya lepas tu.. polis tu manusia jugak, sama mcm kita, perlukan rehat, perlu makan, perlu tidur, mereka jugak bukan manusia yg sempurna.. jgn tau mengata, masuk je polis, atau suh anak2 cucu masuk polis nk tau camne keja mereka.

    BalasPadam
  12. entah la bro. memang betol ape ko tulis dalam entri ni tapi kot mana2 pun aku tetap tak suka dengan polis. hu hu nice entri

    BalasPadam
  13. I love polis!

    http://apekblogger.blogspot.com/2011/07/orang-awam-menyuarakan-pandangan.html

    BalasPadam
  14. sebab nila setitik,dah rosak susu sebelanga..
    Mmg ada yg cam tu,tapi ada gak yang lurus jujur jalankan tanggungjawab.
    Sepatutnya bglah depa sokongan,caci kutuk depa pun tak ada guna.Bgs lg ada depa jg serba serbi,kalau tak,mgkn kita pun jadi mcm tmpt2 lain penuh kucar-kacir.

    BalasPadam
  15. eyka sokong!!


    vote KEAMANAN MALAYSIA! :)

    peace :))

    BalasPadam
  16. motor kena curi cari sapa? rumah kena rompak cari sapa? anak kena culik cari sapa? POLIS..so, jgn pikir -ve je kat polis ni..maybe dalam anggota polis ada la 1 dari 100 yang berkelakuan jahat tapi ingat masih ada 99 yang baik kan kan kan :) jgn kerana sorang rosak semua...

    BalasPadam
  17. saya stuju...bukan mengampu nih..tp kebenaran..tp..tetap btapi..hehehehehe~ stiap org da pdapat msing2x..~ semoga stiap pkerjaan drahmati~

    BalasPadam
  18. abah aku polis, abah aku clean.. so yg ckp2 mkn rasuah tu golongan prejudge, orng yg skolah setakat tadika je..

    sokong last perengan tu, klu sume polis resign trmasuk abah aku, sp nk jaga korang semua?

    p.s jpj makhluk paling aku tak suka dlm dunia, kenapa? sebab diorng xde budi bahasa~

    BalasPadam
  19. kan3... diorg terima amanah yg berat... jgn kita nak salahkan diorg jer... kan bgos kalau kita doakan diorg boleh jalankan amanah tu dgn sebaeknya... kita sendiri pon byk amanah yg diterima daripada Allah S.W.T... ada kita buat dgn sebaeknya?? so iejam stuju dgn abg ben... cermin diri dlu sebelum kita nak salahkan org laen... huhu

    BalasPadam
  20. ntah..mybe kite da lame disogokkn dgn perkataan polis mkn rasuah..polis x adil..sebab 2 ramai yg da lali n ramai yg anggp polis mcm 2..

    anyway..ade juga benar nye klo x xkn timbul isu mcm 2..

    kerana nila setitik..rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  21. ya allah. setuju sangat abang ben ! depa skg ni duk asik menunding jari je padahal diri sendiri pun lebey kurang je

    BalasPadam
  22. betul..abang saya slh seorang anggota..takde pun dia kta amik rasuah..kalau ada yg offer..dia ingatkn kawan2 supaya jagn mudh trpdye n amik..yg pntg ad kwn2 yg ingtkn n ikt hati..bukn semua amik rsuah..org yg xd hti prut je amik rsuah tu..ksihanila mreka yg bkhidmat dgn pnuh tnggungjwab..

    BalasPadam
  23. @suhaili sarif
    samala... senang2 je depa judge polis macam tu, hakikatnya x semua sama...

    BalasPadam
  24. aku memang jarang p blog lu bro..tp ble ak da p skali..ye lu memang best bro........!! ak sukakan explanation cmni..x berat sebelah...nice..

    BalasPadam
  25. fuhhh.. sgt3 bersetuju dgn ABg BEn.. ramai yg kutuk2 polis.. kalau xda polis, sapa nk jaga negara kta ni kn.. pastu bla ada apa2 jd slhkn polis xwat keja.. tp tanggungjwb tu kta bersama dlm satu komuniti.. n then kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar..

    BalasPadam
  26. setuju. kena bagi budak-budak universiti baca entry ni terutamanya yang selalu kena saman lepas tu mencarut tak tentu pasal.

    BalasPadam
  27. mungkin rasuah yg diterima itu adalah drpd pihak atasan. bukan semua polis makan rasuah.
    lagi satu,ade juga polis wanita yg tak pakai tudung.

    BalasPadam
  28. Memang ada polis yg makan rasuah. tapi segelintir je. sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. org kita ni suka mengutuk mencaci. Dieorang tak tahu betapa kena goda polis2 ni untuk terima rasuah.

    BalasPadam
  29. yee....saya benci polis bile saya kene saman...tapi saya suka polis bile mempertahankan negara...

    BalasPadam
  30. Agong kata boleh, polis kata tak boleh emmmm....

    BalasPadam
  31. dah keje depa nak wat cmna kan..hu3~~~
    jemput singgah
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/pembersih-kah-malaysia.html

    BalasPadam
  32. terima kasih utk entri ni...sbb, bg sy, hampir tak terluah nak luahkan perasaan ni...betapa hancurnya hati bila mana si pemakai pakaian biru ni dicaci, dihina, difitnah...sbb, salah seorang dari pemakai pakaian biru ni adalah ayah sy...betapa sy tau, sepanjang 29 thn hidup sy dibawah jagaannya, sy nampak jerit perih dia menjalankan tugas dia, dari sesusah2 hidup hingga sesenang2 hidup (tidak la sesenang mana berbanding dgn mereka yg menghina tu lg la bergaji berkali ganda dr ayah sy)...

    kalau pon ada diantara mereka yg buruk laku, tak perlu la kita menghina....kerana tu semua akan dtg balik pd diri sndiri...andai dikata pemakai baju biru ni makan duit haram dan membesarkan anak2 dgn duit haram (rasuah), tidak ke kita terfikir, bahawa mulut yg memfitnah tu sama teruk dgn mkn duit haram? umpama tiada kebaikkan langsung yg ada pada pemakai baju biru ni....

    p/s : komen sentimental jap...sebak sbb org mengata "ayah" kita...cuba org mengata "ayah" korang plak? ape rasa?

    BalasPadam
  33. ramainya pengampu..kihkihkih..

    bagi aku salah tetap salah..kalau polis bagus takkan kena kutuk.. kalau bagus org puji..dah salah kutuk je la..

    polis memang bagus..satu ketika dulu..sekarang ni bukan tak ada yg bagus..tapi lebih ramai nak keja mudah..lagi ramai nak isi tembolok sendiri..

    sori kalau komen aku tak sama macam org lain..aku cakap apa yg aku rasa.

    BalasPadam
  34. saya stuju ngan abg ben...:)
    thumbs up la...hehe...
    org awam memang camtu..klu polis saman kate polis jahat la..padahal dieorg xsedar dieorg buat salah..

    ermmm...spe2 yg benci polis tu...saya cabar, nanti klu ada org pecah masuk rumah..jangan panggil polis...kalau ada sape2 yg kena ragut..jangan report polis..kalau ada sape2 yg kena rompak ker,culik ker xyah susah2 nak gi balai polis...settle jer sendiri..kn polis kejam:/

    haha..

    BalasPadam
  35. utk sesape yg sakan ngutuk polis tu,tgk diri sndri dlu mcm mn baru layak nk kutuk org lain.da kena saman,sendri yg slh bwk laju,xpkai seatbelt,etc.kalo rasa diri sendiri da ckup perfect,da ckup bagus,maksum drp slh silap,silekan la mengutuk polis.tp kalo diri sndri pun tak mampu,usah la nk ngutuk2 org.bandingkan la adakah diri korg tu sebagus polis tu.ingat keje polis tu goyang kaki je ke mcm korg yg keje duk opis ni.ayah sy polis so sy tau cmne tekanan kerja yg die hadapi.polis pun bkn manusia perfect.jgn nk kutuk je lbh,nnti kena kt batang hidung sndri,baru tau.kt polis jugak la tmpt mengadu kn kalo rumah kna rompak,kna ugut bunuh,etc.hnya segelintir je polis yg mkn rasuah.jd jgn nk benci sgt dgn polis tu.takde polis,habis la malaysia ni

    BalasPadam
  36. mmg ada je polis yg makan rasuah tp kenapa sbb sorg tu je..semua polis pun di cop yg sma. kesian lah kt polis2 yg betul2 berhabis tenaga nk amankan negara.

    org boleh ttpkan undang2..tp nk mengikut? nk paksa mcm mana?

    mcm issue tudung..saya tahu je azab nya..tapi??

    masing2 :)

    BalasPadam
  37. TQ ben... Rasuh nie perosak bangsa.. kalau takda pemberi maka tiada penerima... kalau salah terus minta saman, takyah mintak kautim2... tapikan boleh minta kerjasama dan jasa baik... cakap elok2 insya Allah, takda pe... KALAU BETUL ADA RASUAH BERKAITAN POLIS, SALURKAN MAKLUMAT KEPADA SPRM.....POLIS PUN ADA SALURAN UNTUK KITA BUAT ADUAN JIKA ADA SALAH LAKU... SIAPA BUAT JAHAT MESTI DIHUKUM !!!!

    BalasPadam
  38. luaskan pembacaan .......

    ramai salah faham kata perhimpunan bersih tu perhimpunan haram . aiyooo .... diorang dah mintak permission kat ydpa kan . dan ydpa yang arah wat kat stadium .. yang jadi isu org mrh kat polis pasal segelintir polis halang perhimpunan dorang .

    yang kononnye menyesakkan jalanraya . abes tu xkan nak terbang masuk dalam stadium tu ? korang tgok bola sepak terbang eh masuk ? bukan jalan ..?


    orang marah segelintir polis sebab ade yang larang muslimim masuk ke masjid untuk menunaikan solat jumaat / please rakyat dah makin profesional ... pemikiran pon rasional .. bukan nak menuduh polis membabi buta ..

    kalau polis x buat huru hara nak sembur pemedih mata + serang2 perhimpunan dorang segala . takkan jadi HURU HARA kan ?

    perhimpunan bersih bole di jalankan dengan aman kalau polis sekadar guide rombongan diorang ... takde isu nak suh bayangkan polis xde bagai . yang betul kita sanjung yang salah kita tegur . x payah nak jadipak turut sampai semua dia buat semua betul even salah . bukak lah mata ..

    permintaan rakyat yang juga untuk membela nasib dan hak rakyat salah ka ? mereka sebulat suara menuntut keadilan bg mereka . tiada isu racist di sini kerana BERSIH bukan terdiri melayu atau dr pembangkang . bukan pembangkang sahaja boleh join . malah semua ! yang kerajaan nak runsing kepala cuak tetibe kenapa .mereka cume tuntut ketelusan.


    tah lah .. cume luahan pendapat dan saya bercakap melalui pembacaan , bukti dan kajian . sekian .

    BalasPadam
  39. nampaknya artikel ini telah berjaya divert pembaca untuk komen mengenai BERSIH 2.0

    ok..jom kita tengok apa polis dah buat pada orang awam tidak bersenjata di perarakan AMAN BERSIH 2.0 tanpa mengira bangsa, agama dan usia.

    video keganasan PDRM terhadap orang awam

    BalasPadam
  40. i like..abg ben, manusia lemah sentiasa mencari kelemahan orang lain. mulut manusia mana la boleh tutup.baiklah kaji diri sendiri sebelum mengata orang lain..

    BalasPadam