" WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik,
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung.
ORANG yang SOLAT belum tentu baik,
Tapi orang yang baik tentu akan solat.
ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang,
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa . "
Aku tak tau sapa pemilik kata-kata ni tapi yang pastinya , saham akhirat dia pasti 'melambung' kerana banyak blog dan rakan rakan FB kongsikan kata kata ni .. :)
Bila buat kesalahan atau dosa , janganlah cuba menegakkan lagi .. akui dan bertaubat.. Dunia ni sementara jer .. segalanya persinggahan .. apa yang kita nampak ini cuma maya saja.. seperti dunia internet inilah tapi di dunia inilah segalanya untuk kita pastikan ke syurgaNYA ..