Lama aku menganggur dulu .. Duduk termenung .. Fikir nak buat apa .. Apa kerja.. Apa bisnis .. Masa tu aku tak tau mengenai bisnis di internet ni .. Tahun 2000 gitu .. sehingga 2003 aku tercari cari kerja ..
Bila dah lama lama , bosan menjelma.. kalau dapat apa saja keje , aku akan buat .. Aku akan buat dengan sungguh sungguh kerana aku dah sia-siakan kerja aku dulu dan juga masa ..
Dapat kerja sementara .. Di situ aku bina semula keyakinan diri.. Tak kira berapa gaji sekali pon , aku hargai setiap sen .. Aku tau peritnya takpa duit ni..
Dengan segala pengalaman serta keperitan itulah aku membina blog aku ni tanpa kira masa dan tempat .. Segalanya adalah 'emas' bagi aku .. Walaupun ada yang pandang hina , aku tak kira sbb aku tau apa yang aku lakukan ..
Aku punya idea .. aku punya cara .. aku punya jalan .. aku punya identiti ! Yang bersuara tu ? Apa yang dia ada ? Cara dia sama dengan yang lain ! Yang mana dah berpuluh ribu orang buat menda yang sama..
Banggakah aku ? Aku bangga kerana aku bermula dari 0 dan skang terus melangkah .. dengan tersenyum.. namun aku tetap sedar sapa aku .. Aku cuma hambaNYA .. Yang hidup hari ini untuk hari esok ..
Buat mereka yang masih menganggur ... Anda belum mati ! Anda bukan buta .. Anda bukan cacat.. Dan paling penting , anda bukan takde otak ! Gunakan semua itu.. Mulakan dari bawah .. Jangan pandang atas .. pandanglah bawah .. Baru tau betapa bersyukurnya anda ...