Esok , akan menjadi satu lagi langkah bersejarah bagi aku sebagai seorang blogger .. Sebelum ni dah selangkah selepas setahun bergelar blogger ( klik SINI ) . Dan segenap 2 tahun aku bergelar blogger , aku dijemput menghadiri pelancaran album english Dato Siti Nurhaliza , esok di Star Hill , Kuala Lumpur . Ada jamuan open house SimplySiti sekali ..
Hurm... Tertulis kat situ WEAR COLORFUL GLAM ! Aiseyman .. Aku ? Pakai GLAM ?? Adehhh ... Serius .. Takkan GLAM punya laa.. Kalau aku letak lampu lip lap , mungkin nampak GLAM kat aku .. Hehe.. Entah la..
Seperkara yang bermain di kepala otak aku ni lak .. Wife masih belum sihat.. Tak henti muntah dari semalam selepas makan .. Tapi malam ni , selepas aku suap sendiri mee goreng dengan menggunakan jari aku sendiri , Alhamdulillah .. Tak muntah dah ! Apakan enzim lelaki yang keluar dihujung jari aku memberi kesan padanya ???
Kalau dia sihat esok , maka aku akan sampai ke Star Hill.. Kalau tak ? Kena bawak g hospital la wife aku tu.. Sian dia .. huhuh.. Bye bye GLAM !
Eh , lupa lak.. Patut la artis kena GLAM kan ? Setiap event tu kena baju baru.. Takkan nak pakai baju sama kan ? Yelah , yang datang tu muka yang sama jee.. nanti ke perli lak .. Hahahaha.. I bukan artis okeh !! Retis pon tidak ! Tak relaaa uuu...
Blog Pilihan : sharifatul aida