Yang no 5 inikah ?
Atau
Yang bawah inikah ?
Aku tauuuu.... Hahahaha.. Saja je wat lawak memalam.. Hahaha.. Sapa la aku nak dibandingkan dengan jejaka di atas tu kan.. Hahaha...
Yang no 5 inikah ?
Atau
Yang bawah inikah ?
Aku tauuuu.... Hahahaha.. Saja je wat lawak memalam.. Hahaha.. Sapa la aku nak dibandingkan dengan jejaka di atas tu kan.. Hahaha...
Sekarang ni nak menegur orang susah dah woooo.. Bila kita tegur , dia kata dia tau apa yang dia buat.. Dia pon masuk U laa .. Ada degree.. Kira power dah ! Pastu siap sound kita balik.. Nak salahkan sapa ?
Buat style anak buah aku cara tazkirah paling menginsafkan , kang kata aku mengaibkan dia pulak .. Kita ni bukan la nak subahat atau nak butakan mata tapi kita tau bila kita tegur , kita pulak yang kena 'fire'.
Maka zaman sekarang ni , yang depan mata tu terpaksalah kita guna psikologi sikit.. Kita buat dia rimas .. Atau paling tidak pun , jeling dengan hujung mata. Eceh..
Kecuali ada yang spesis berani berhujah depan orang ramai. Kira berani nak bertekak kat situ gak la.. Orang jenis ni , kalau dapat berhujah dengan keluarkan sekali dengan dalil hadis dan Al-Quran, aku confirm terdiam punya . Namun untuk insaf timbul tu , belum pasti lagi la.. Ego !
Susah nak tegur orang zaman ni. Masing masing punya pendapat yang menurut logik akal fikiran sendiri. Segalanya betul. Kalau dah 'tersesat' , baru nak teriak menyesal. Nasib baik boleh teriak. Kalau tak boleh teriak ? Tau tau je dah dalam tanah ?? Camana tu ??
Macam aku .. Aku malas nak bertekak depan orang ramai.. Segan pun ada. Jadi pendekatan yang aku amik , aku gunakan blog ! Aku cerita dalam tu , pembaca aku terutamanya yang belum kawin , dapat manfaatnya. Samada nak ikut atau tidak , terpulang pada masing masing !
Untuk menegur depan depan , mungkin bila rasa terlampau sangat barulah aku tegur.. Penah gak la dulu .. Bab rokok. Heh..
Xplorace semalam melabuhkan tirai dan sememangnya mengajar banyak erti kehidupan bagi aku .. Tak sia sia aku sertai walaupun kalah ! Kalah menang bukan tujuan utama aku join pertandingan ni. Lagi pon pengalaman dalam xplorace ni takde langsung. Ni kali pertama aku join pertandingan umum selain dari bolasepak.
Apa yang aku dapat dari Xplorace ni ?? Hehe.. Jangan terlalu jujur sangat dalam pertandingan . Strategi amat penting. Kerjasama dan stamina.
Kayak
Aku bukan takut kayak .. OK je.. Sebab dah pernah ditenggelamkan kat lautan di Langkawi tapi sbb air tasik Titiwangsa ni busuk jer. Maka aku kena redah jugak. Nak redah kena ada keberanian.. Hehe.. Dan aku sebenarnya fobia pada air.. Ehem.. tak reti berenang la katakan. Namun aku tetap buat.. Kenapa ? Ianya sebahagian dari 'kehidupan'. Tak cuba kita tak tau kenikmatannya dan kita tak tau had limit 'diri kita'.
Lain kali , aku tau dah nak buat apa bila masuk pertandingan sebegini.. Hahaha.. Jangan la ikut sangat peraturan tu.. Lalalala..
Di zaman ini , orang gaji ibarat satu pelengkap rumahtangga bagi pasangan yang berkerjaya. Yelah , sapa nak sediakan makan minum untuk anak anak di kala mak ayah bz bekerja ? Orang gaji gakk kan ?
Untuk mendapatkan orang gaji , bukan mudah. Bila dah ada , faktor rupa pulak menjadi isu. Maklumlah , nanti mem besar tak puashati. Mana tau si suami tiba-tiba rajin balik rumah pulak kan ?
Jadi , mana satukah calon orang gaji korang ? Ehem.. cemburukah anda atau sekadar berhati-hati ? Hehehe
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
Pilihan 4
Pilihan 5
Gambar-gambar ini cumalah sekadar hiasan kepada penerangan artikal ini.
Hehehe.. Amacam ? Berbeda tak ? Eh.. tersasul lak.. Berbeza tak ? Mesti laa kauuu... Kata dah buat macam macam pembedahan..
Manusia.. Kalau nak cantik , mesti sanggup derita.. Sama gak lelaki yang nak badan cantik.Kena g gym..Bersenam angkat batu bata.. Rela kauuu.. hahaha..
Nak baca kisah dia ? Klik SINI
Berapa ramai antara kita sanggup berkongsi kata laluan dengan mereka yang menyayangi kita ?
Baru-baru ini seorang gadis dipercayai hilang ditemui semula dengan bantuan FACEBOOK yang mana ayahnya masuk ke akaun anaknya dan kemudian menjumpai maklumat penting di dalamnya yang membawa kepada penemuan anaknya itu.
Mungkin ada antara kita tidak selesa dengan berkongsi kata laluan tapi bagi aku , jika sebagai seorang anak yang masih di bawah jagaan ibubapa , maka sepatutnya mereka mengetahui kata laluan FACEBOOK demi keselamatan anda juga.
Jangan amalkan cara anak anak di barat yang kononnya bila dewasa sedikit maka perlu ada ruang peribadi untuk mereka dan akhirnya di usia muda dah terdedah dek masalah sosial yang teruk.
Janganlah rasa besar diri dengan mengatakan sudah matang padahal diri tu masih lagi keanakan dan perlukan bantuan orang tua kita.
Cuba melatah atau terjatuh. Siapakah yang akan disebut dahulu. Mak , ayah atau nama boyfriend ? Ibu bapa kita adalah segalanya bagi kita.
Kalau buat mereka yang dah berkahwin tu, ada yang berkongsi kata laluan dan ada yang tidak. Itu terpulang pada masing masing. Mungkin dengan membina kepercayaan dan kejujuran maka pasangan tidak perlu ada rasa syak wasangka pada aktiviti di dunia maya. Bagi mereka yang punya rasa cemburu , selamat hidup dengan hati yang senantiasa membara kepanasan ! Hehehe..
Nasihat ... buang jauh jauh rasa cemburu dan percaya pada Allah. Mereka tipu , mereka dosa dan mereka yang berpenyakit. Kita hidup sekali saja dan nak tenang senantiasa. Apa guna hidup menderita dengan menyimpan syak wasangka ?
Kali pertama aku terpandang wajahmu ,
Aku seakan hilang suara ,
Untuk memanggilmu ,
Hanya sekadar untuk menegur .
Aku cuba bersuara untuk kedua kalinya ,
Kau berpaling lalu tersenyum ,
Dan aku
Jatuh cinta kali pertama.
Ingin memanggilmu ,
Namun hampa ,
Bila kau tiba-tiba ,
Didampingi si dia ,
Seorang lelaki ,
Jauh lebih hebat dari aku.
Hampa.
Gelisah.
Cemburu.
Kecewa.
Aku hanya mampu memandang,
Lelaki itu memegang bahunya ,
Semakin aku layu ,
Tanpa kata kata,
Melihat kau pergi bersama.
Andai kau menoleh ke belakang ,
Kau akan ku miliki
Andai kau pergi begitu saja ,
Aku bakar hati ini
Dan dia menoleh ke belakang,
Aku melonjak kegembiraan,
Tiada terperi hati ini,
Seolah terbit cinta suci.
Malangnya aku ini ,
Bukan senyuman yang dia beri,
Jeliran lidah nampak gigi
Terpaku aku sendiri lagi.
Belum apa apa ,
Cinta jadi debunga ,
Dibawa terbang bayu senja ,
Entah hilang ke mana
Yang pasti ,
Aku sendiri lagi.