Tajuk panas .. Mungkin akan ada yang pandang serong terhadap blogger yang sering amalkan tajuk tajuk panas untuk menarik pembaca masuk membaca artikalnya. Tapi bila di baca , seringkali ada yg tertipu.
Memang terjadi ! Tidak dinafikan. Biasanya pembaca akan marah dan rasa tertipu. Kesannya , blog tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai hitam blog yang tidak perlu dikunjungi langsung !
Bagi aku , tajuk hot atau panas mmg perlu untuk menarik pembaca ke blog kita. Konsep ini serupa seperti strategi pemasaran filem. Trailer trailer yang memaparkan adegan yang menarik dipaparkan. Mereka takkan paparkan adegan biasa untuk promo. Begitu juga tajuk pada blog. Ianya merupakan satu promosi juga.
Tetapi , tajuk dan kandungan perlulah ada kaitan .. Jangan tiada langsung. Ini mengundang rasa tidak puashati pada pembaca kelak. Maka berhati hati dalam memilih tajuk dan juga kandungan entri.
Blog aku biasanya tajuk yang aku letakkan adalah sebahagian dari isi kandungan juga tetapi ianya adalah tersirat. Aku gemar menggunakan tajuk sebegitu rupa agar pembaca perlu teliti membaca dan menilainya. Aku tak nak pembaca sepintas lalu kemudian komen yang tiada kena mengena atau terus lari tajuk dari entri tersebut.
Ada yang gunakan tajuk biasa atas alasan kandungan entri lebih penting dari tajuk . Benar ! Jika kita punya pembaca setia , kita letak NOKTAH saja pon mereka akan masuk. Bagaimana pula mereka yang baru menulis blog ?
Pendapat aku , tajuk adalah penting. Mungkin mereka kata mereka tertipu tapi fikirkan kenapa mereka masuk untuk membacanya ? Pastinya tajuk itu menarik buat mereka bukan ?
Aku amik contoh , ARTIS DITANGKAP KHALWAT .. Bayangkan berpusu-pusu orang masuk membacanya tapi hampa kerana kandungan tiada kaitan. Marah ! Loh.. kenapa nak marah ? Takkan nak masuk baca entri pasal tu kot ?? Sapa suruh ! G la baca entri yang lebih ilmiah kan ?
Pada peringkat awal berblogging dulu , aku gemar lakukan ujian untuk mengetahui apakah isu isu atau bahan bacaan kegemaran rakyat Malaysia setiap hari.. Pastinya , hiburan dan politik.. Kalau bab agama sekali pun , pasti ada kaitan dgn politik.. Takkan lari..
Ya , citarasa masing masing .. Terpulang pada pembaca. Sebab itulah tajuk itu penting. Tajuk saja sudah boleh membuatkan pembaca tahu apakah isu yang bakal dibacanya nanti.. Entri perlulah diolah dengan lebih santai atau lebih padat untuk memastikan mereka tertarik dengan blog kita .
Maka , tajuk adalah umpan. Kalau umpan sekadar ' AKU MAKAN IKAN GORENG TADI' , maka kita dapat tulang sajalah .
Sekadar pendapat saja.. Terima kasih .