Malam baru aku 'hidup' .. Peluh mencurah curah .. Satu kepuasan yg amat sangat ..
Sekali dh mulaaaaaaa.. susah utk berenti .. Prinsip aku ..
Sekali dh mulaaaaaaa.. susah utk berenti .. Prinsip aku ..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Bukan tak nak cerita yang benar … Boleh je.. Tapi masalahnya di negara kita ni , boleh ke terima kebenaran ? Tak kira dari ‘ awan sampai ke akar ‘ , kebenaran jika dibongkar maka akan ada laaaa yang jadi cam kat bawah ni ..
Cuba bagitau .. Camana nak berkata benar ? Heh .. Yang jadi mangsa nanti , ikan bilis gak !! Jaws dan dinasour terus bermaharaja sehingga menjadi fosil !
Sehari lagi , akan genap umur aku 35 tahun ..
Hurm .. Sapa sangka , masa berjalan seperti angin .. Terasa baru menyapu tubuh lalu terus menghilang pergi .. Namun kedinginan masih terasa dan akan tetap diingati ..
Hidup ini satu perjalanan yang punya tujuan satu utama .. Menghambakan diri pada Allah dan tiada yang lain selain itu sahaja .. Apa saja yang kita buat , hanya kerana Allah..
Namun berapa ramai antara kita yang sedar akan tujuan ini ? Benar .. hari ini kita sedar .. Sebentar tadi kita sedar .. Sekarang ?
Kita nampak seolah perjalanan ini tiada penghujung .. Cerah dan mengasyikan .. Leka dibuai dunia ..
Siang berganti malam.. Malam berganti siang .. Kita tidur dan jaga .. Baca doa tetapi tidak menghayatinya .. Bagaimana tidur kita itu adalah yang terakhir dan kita akan ‘jaga’ selamanya sehingga kiamat menjelang ?
Dalam memandu tadi , aku terkhayal sejenak .. Ayah dan ibu aku yang masih hidup hingga kini dan aku masih berpeluang menagih kasih sayang darinya .. Melihat senyum tawanya .. Apakah aku akan dapat lihatnya lagi nanti ? Masa akan terus bergerak dan kita akan meniti usia .. Mati kita tiada kenal masa ..
Sekurang-kurangnya ayah dan ibu aku bernasib baik dapat melihat anak anaknya membesar .. Berpeluang bermanja dengan anak cucunya dan sedang menanti seorang lagi yang bakal lahir ke dunia ini.. InsyaAllah .. Aku ? Apakah aku berpeluang sebagaimana mereka ??
Aku pandang wajah isteri ku .. Hurm .. Sungguhpun belum lahir ke dunia , dia begitu gembira berbual dengan anaknya .. Apakah aku akan menjadi seorang ayah yang baik buat anaknya itu nanti ? Apakah aku bisa menjadi pemimpin untuk keluarga ku itu nanti ?
Entahlah .. Hanya mampu aku berdoa .. Agar umur aku panjang untuk melihat dunia ini lagi .. Sesungguhnya mati itu pasti dan ianya akan mendatangi semua makhluk yang bernyawa .. Persoalannya , bersediakah kita dengan segala janji-janjiNya nanti ?
Pandanglah kehidupan lampau kita .. Apakah yang telah kita lakukan .. Apakah sudah kita bertaubat ? Apakah sudah kita memohon keampunan ? Apakah kita benar-benar insaf ?
Hanya Allah Maha Mengetahui ..
“ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit “
Walaupun dah 2 minggu aku kembali ke gym dan bersenam dengan agak heavy la gak , namun bila aku berjogging kat luar , ternyata dugaan aku meleset ! Berat gilaaaa badan ! Memang tak larat weh … Tapi tak la termengah atau berenti sekerat jalan .. Masih mampu berlari n berjalan hampir sejam gak la.. Siap sambung ‘ membesikan ‘ diri kat rumah yer !
Alhamdulillah .. Cuaca mmg best lepas hujan tadi.. Sambil sambil berlari tu , curi curi menghirup udara segar .. Hehehe.. Mulai hari ni , kena selang seli g gym n berjogging .. Nak kasi fit kembali .. Maklumlah , nak jaga anak pasni memerlukan kecerdasan fizikal dan mental .. Eceh !
Di samping bersenam , penjagaan makanan juga penting ..
Wife dah mula masak kembali dan ini bermakna tak perlu sangat dah makan kat kedai ! Chaiyookk.. Aku suka masakan dia berbanding masakan aku sendiri .. Ok tak alasan aku ( padahal malas masak .. Ok , bukan malas tapi tak tau reti.. Ok laa.. bukan tak reti tapi malas nak belajar ! Puas ???? )
Aku nak kena mula kembali makan oats untuk mengembalikan kesegaran badan seperti 20 tahun dulu.. Waaaaaa.. hahahah.. Hampeehh..
Betul la kata orang .. Bila dah tua tua gini , perasan nak muda kembali ! Caittt…
Nasihat aku .. bawa bawa bersenam.. Jangan asik dok diet ( tak makan dengan betul ! ) atau makan ubat tapi tak bersenam.. Bersenam dan membuat kerja rumah tu lain .. Tu cuma membakar kalori… Bersenam ni sambil mengerakkan tubuh badan , otak pon rehat dari memikirkan masalah masalah dunia sebentar..
Dan tolong jgn merokok selepas bersenam .. Jangan kata dah tabiat .. Yang suka kata tu adalah tabiat , maka orang tu buang tebiat ! Segalanya boleh diubah jika ada usaha dan semangat …
Segmen ke Ben ?? Tak laa… Ni saja je aku nak buat ‘jambatan tanpa tol ‘ untuk mereka yang inginkan kenalan baru dalam dunia blog ni ..
Camana nak join ? Mudah je … Kat ruangan komen ni , korang tinggalkan url blog , ceritakan sedikit mengenai blog korang dan jugak latar belakang korang ( keje , tinggal mana atau pon masih belajar ) ..
OK ? Senang je kan ? Mana la tau kot ada yang rajin nak blogwalking .. ni la masa dia kan ? Heheh.. Tu je la.. OK.. aku nak g jogging sat..
Tunggu apa lagi ? Tinggalkan la komen kat ruangan komen ni.. Jgn lupa ! Url , latar belakang korang dan citer skit pasal blog korang..
Sewaktu kali pertama Malaysia menang AFF Suzuki Cup dan seterusnya menjulang nama Khairul Fahmi dan beberapa rakan yang lain , aku dapat jangkakan akan berlaku ‘isu-isu ‘ panas bakal melanda terutama pada Khairul Fahmi Che Mat ..
Apek .. lengkap ciri ciri kegilaan wanita … Nama ada , duit ada .. Sapa tak nak ngorat dia kan kalau dah depan mata ? Bujang beb !! Apek yang aku rasa berjaya digoda dek syaitan akibat terbuta mata dan hati dengan dunia glamer , telah mencetus beberapa isu kontroversi.
Putus tunang , arak dan perempuan seksi .. Satu pencapaian yang mmg boleh dijangka selepas bergelar penjaga gol terbaik di Asia Tenggara ..
5 keping gambar sebagai bukti Khairul Fahmi bersama Shida Harmi .. Nak kata apa dah ? Prestasi pasni pasti merundum kalau dia tak cepat cepat dapatkan ‘rawatan’ . Kesan psikologi yang pastinya makan masa yang lama…
Ada baiknya Ong Kim Swee rehatkan dia buat sementara waktu .. Dan terima kasih pada blog hiburan tersebut kerana pendedahan ini .. Seronok ke dedahkan menda gini ? Aib beb kawan tu.. Cukup dengan artikal sudah.. Letak gambar tu mmg menjatuhkan maruah dia dan mematahkan hati peminat-peminat bola tanah air !
Sekali lagi tahniah .. pada sapa ? Fikir la sendiri ..
3 gol dalam masa 5 minit .. Hurm… Tak sepatutnya berlaku .. Alasan pemain masih kepenatan dan ada yang cedera bukan satu alasan yang boleh dipakai lagi .. Bayangkan kita mampu mendahului 2-0 dan akhirnya kecundang .. Apakah itu tanda pemain kita masih lagi kepenatan ?
Aku tetap sokong negara aku walaupun kalah .. Takkan aku nak sokong negara lain pulak kan ? Haa.. Tapi aku berpegang pada kenyataan .. Bila menang , aku bagi pujian .. Bila kalah , aku kecewa .. Takkan aku nak jerit , ‘Tak peeee.. cuba lagiii .. ‘ .. Sampai bila aku nak tengok negara kita bermain di peringkat antarabangsa kalau asik dengan ‘ tak pe jer dan cuba lagi ?? ‘ ..
Apa yang tak cukup lagi di negara kita ? Makan ? Kemudahan ? Gaji ? Semua cukup dah ! Malah negara yang sedang bergolak dengan peperangan pon kita tak leh nak menang mahupun seri ..
Tempohari Harimau Muda menang , aku bagi pujian melambung .. Cukup adil la kan ? Aku bukan keji .. Aku bukan kutuk .. Tapi jangan asik dengan alasan yang dah boleh dijangkakan ..
Aku hidup dengan bolasepak sejak pasukan Projek Barcelona lagi yg mana ada kawan aku terlibat sama waktu tu .. Kemudian , dengan team pasukan Piala Dunia Remaja yang mana kita tuan rumah waktu tu .. Pon bungkus gak !
Apakah kita mengharapkan tuah saja dalam gelanggang ?? Satu persatu aku kecewa .. Pencapaian terbaik kita , dalam Asia Tenggara jer.. Ok la kan , dari takde langsung ! Tapi sampai bila dok tahap ni kan ?
Sekadar pendapat seorang rakyat Malaysia yang dah meleleh air liur nak tengok negara kita beraksi di pentas luar .. Hurm .. Seorang ayah pasti akan marah anaknya bila gagal tapi tak bererti dia membenci anaknya bukan ? Marah marah sayang .. Dalam marah galakan terus diberi..
Malaysia Boleh !! Aku tahu kamu boleh !! Ayuh !! Bangkit !! Buktikan kata-kata aku ini salah !!