Akhirnya , aku berjaya memberanikan diri aku memberi komen secara langsung terhadap filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Bukan pe , letih dah nak cakap belakang belakang..
Memandangkan dia ada depan aku dan sedia mendengar sebarang pendapat mengenai filemnya , maka aku dengan selambanya pergi memberi komen aku ..
Respek ! Dia menerima serta memberi tunjuk ajar sedikit mengenai dunia pembikinan filem.. Dan di situ juga aku dan dia bertukar pandangan mengenai promosi filem melalui dunia maya ini .. Alhamdulillah , sememangnya dia seorang yang bersikap terbuka walaupun kebanyakkan filemnya dikritik .. Tak kisah la kan .. lain orang lain citarasa..
Kemudian dia ada bagitau aku mengenai satu jurusan yang mana mereka yang berminat dalam bidang perfileman ni bolehlah memohonnya .. Haaa… Apa lagi ??
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif ( Skrin ) Kepujian - CT223 yang dia kata tu adalah Program Pendidikan Jarak Jauh (e-pjj ) yang bakal membuat pengambilan untuk sesi Mac 2012 . Bagi mereka yang berminat tu , sila klik SINI
Terima kasih buat Prof untuk ilmu diberikan tadi.. Semoga Allah berkati usaha Prof selama ini dan akan datang .