Akhirnya , aku berjaya memberanikan diri aku memberi komen secara langsung terhadap filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Bukan pe , letih dah nak cakap belakang belakang..
Memandangkan dia ada depan aku dan sedia mendengar sebarang pendapat mengenai filemnya , maka aku dengan selambanya pergi memberi komen aku ..
Respek ! Dia menerima serta memberi tunjuk ajar sedikit mengenai dunia pembikinan filem.. Dan di situ juga aku dan dia bertukar pandangan mengenai promosi filem melalui dunia maya ini .. Alhamdulillah , sememangnya dia seorang yang bersikap terbuka walaupun kebanyakkan filemnya dikritik .. Tak kisah la kan .. lain orang lain citarasa..
Kemudian dia ada bagitau aku mengenai satu jurusan yang mana mereka yang berminat dalam bidang perfileman ni bolehlah memohonnya .. Haaa… Apa lagi ??
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif ( Skrin ) Kepujian - CT223 yang dia kata tu adalah Program Pendidikan Jarak Jauh (e-pjj ) yang bakal membuat pengambilan untuk sesi Mac 2012 . Bagi mereka yang berminat tu , sila klik SINI
Terima kasih buat Prof untuk ilmu diberikan tadi.. Semoga Allah berkati usaha Prof selama ini dan akan datang .
Plan .. nak naik lrt - komuter jer selepas drop wife kat rumah mak aku di Cheras memandangkan majlis selesai jam 11 mlm , maka wife g lepak sana jer ..
Pk punya pk .. bincang ngan wife , maka aku buat keputusan utk naik erl terus ke KL Sentral manakala wife balik umah dulu .. Kang malam bila clear , br g sana atau aku terus balik naik erl ..
Segalanya bergantung pada masa .. Cam biasa , update dlm erl .. Hehe.. rindu update dlm ni ..
Macam-macam punya perangai la manusia ni bila sakit hati .. Ada yang bomohkan kekasihnya la.. Ada yang simbah asid , bunuh rogol dan banyak lagi jenayah yang berl aku akibat bisikan syaitan itu..
Kenapakah ini semua boleh terjadi ? Apakah manusia semakin hilang pertimbangan pemikiran ? Semakin tidak waras ? Hurmm…. Salah satu contoh lagi yang berlaku .. Nii , gambar kat bawah ni ..
Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.
Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.
- HMETRO