Sebagai seorang blogger , kita kena bijak menggunakan blog untuk menyampaikan pendapat kita dengan logik dan berfakta ! Perlu ada bukti dan maklumat yang tepat bila menyampaikannya pada pembaca kita ..
Elakkan dari mengugut sebaliknya memberi pendapat yang bernas bila menulis . Yup , itu lebih baik dari dok mengarut tak tentu hala dan akhirnya blogger tu sendiri yang mendapat padah !
Jadi blogger ni , semua orang boleh .. tapi berapa ramai mampu mempengaruhi pembaca melalui penulisan di blognya ? Di situlah kekuatan seseorang blogger .. Bukan melalui trafik yang tiinggi mahupun blog yang cantik ..
Dengan penulisannya saja , dia dah cukup membuktikan kuasanya sebagai seorang blogger ! Jangan fikirkan trafik yang tinggi sebaliknya bagaimana nak menyampaikan maklumat atau isi dengan lebih terperinci dan menarik !
Dan aku , cukup gemar buat review mengenai hotel yang aku menginap dan baru-baru ni , aku kritik hotel di dalam gambar di atas .. hehehe …