Intro
Kali pertama aku tengok HONDA INSIGHT ni kat showroom HONDA pada tahun lepas . Terus terang , mmg aku tertarik dengan perkataan HYBRID ni ..Cuma fungsinya aku tak tau sangat. Yang aku tau , gunakan petrol dan elektrik . Kena charge cam handphone gak ke ??? Ramai pk gitu kan ? Yang dah tau tu , tak la pk gitu.. Yang tak amik tau cam aku ni haa , akan fikir gitu .
Projek Blog : Honda INSIGHT Test Drive
Semalaman di Philea Resorts And Spa , Melaka
Cantik kan ? Heh .. Serius ! Best ..
Tengahari di Thistle Port Dickson
Memang dasar blogger !!!
Ok.. Baca dah kan ? Aku tak perlu la nak ulang cerita .. Jadi dalam entri ni , aku cuma nak kongsi pengalaman aku memandu kereta HONDA INSIGHT ni ..
___________________________________________
Reaksi pertama
Kali pertama aku tengok HONDA INSIGHT ni secara langsung di depan mata , aku nampak macam nak naik MIG-29N ! Macam macam butang ada !!
Atau paling tidak pon cam kereta James Bond mahupun Batman ! Hahaha .. Tapi tak la cam ni pon ! Aku mmg fobia tengok banyak butang ni .. Banyak sangat tengok kartun ! Hahaha ..
Kedua , rekabentuk HONDA INSIGHT ni cam pelik skit ..
Design depan ni ok .. Menawan ! Comel dan smart ! Cuma kat belakang tuuu .. Kenapa rekabentuk dia gitu ?
Jadi macam macam persoalan yang timbul di benak aku ! Nak tanya segan .. Aku kan pemalu .. hehe .. Jadi , cara terbaik ialah dengan mendengar penjelasan dari ketua penyelia test drive hari tu ..
Dan jawapan kepada kenapa rekabentuknya begitu adalah mudah je .. Aerodinamik .. Haaa… Kang aku tulis dalam bentuk teknikalnya , pening lak nak faham kan ? Kira cam ikan lumpa lumba punya badan laa.. Bentuk gini memudahkannya lancar bergerak di jalan raya.. Tak faham ? Kang tengok gambar kat bawah sekali tuu.. Ada penerangannya dalam bentuk bergambar ..
Bila dah tau , senang la kan nak pandu .. Hehehe ..
Test drive INSIGHT bermula
Aku yang cuma baru punya 2 tahun lebih pengalaman memandu kereta ni pastinya akan gugup memandu kereta terutama yang ‘canggih manggih ‘ ni .. Jadi , aku mintak geng aku yang lain ( KC dan Ujang ) drive dulu dan aku jadi pemerhati sementara nak faham selok belok kereta ni dari dalam .
Bila sampai giliran aku , aku tawakal je la .. Dan menyentuh stering dan menekan minyak buat kali pertama aku rasa ,
“ Wow ! Boleh tahan .. Lembut dan smooth jeer pergerakkannya .. Tak susah rupanya “.
Yelah , biasa dok bawak Myvi kan .. Bila rasa kereta yang sama level ( 1.3L ) pastinya terasa perbezaannya.. Hehe , harga pun boleh tahan namun masih mampu dimiliki .. Bawak RM100K je nih.. Biasanya kereta Hybrid akan lebih mahal dari ni .. Haaa..
Test drive yang diuruskan oleh pihak Honda Malaysia tu melalui pelbagai jenis bentuk jalanraya .. Maksud aku , dari jalan lama yang berbengkang bengkuk cam ular tu haa hinggalah ke laluan lebuhraya yang pastinya meminta kita menderu dengan kelajuan yang semaksima yang boleh !
Kesimpulan dari segi pemanduan .. Bagi aku , mmg seronok memandu INSIGHT ni .. Stabil dan rileks jer .. Sekali pandu, rasa nak pandu lagi ! Hilan terus rasa takut dan cuak !
Keliru ?
Ada seperkara yang aku confius kali pertama aku tengok kereta ni .. Apakah kereta ni menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya atau guna kuasa solar ? Memang tak cukup ilmu pon pasal HYBRID ni ..
Jawapan yang aku faham ialah , tidak sepenuhnya .. Dan tenaga elektriknya pula datangnya dari kuasa bateri ! Tak perlu di charge seperti charge handphone ! Hehe.. Bateri boleh bertahan sehingga 5 tahun .. Dan maintenance kereta pulak , tak la mahal mana pon berbanding kereta hybrid yang lain.
Kalau takde elektrik tak boleh gerak ke ?? Loh .. Tentu saja boleh bergerak .. Kereta Honda Insight ni masih perlu gunakan petrol .. Cuma bila ianya bergerak menggunakan elektrik , petrol dijimatkan .. Bagaimana nak tau bila guna elektrik dan petrol ? Ada satu butang perlu ditekan dan butang itu terletak di sisi pemandu. Bila tekan tu , barulah kuasa elektrik berfungsi ..
Akhirnya , aku jatuh cinta dengannya !
Kelebihan INSIGHT ?
Tujuan utama kereta ini selain dari penjimatan petrol adalah untuk mengelakkan pencemaran udara yg semakin mencemar ruang angkasa bumi. Sekurang-kurangnya tak la rasa bersalah sangat kan kalau kereta kita tak banyak asap .. hehe..
Disamping itu , aku belajar memandu dengan cara yg betul .. Haa.. Camana tu ? Ada satu skrin kat dashboard tu.. Siap ada warna warna lagi.. Kalau kita capai warna ‘hijau’ bermakna kita telah menjimatkan minyak ! Hehe.. Aku , memanjang biru ! Hahaha.. Tu maknanya aku suka tekan ‘minyak’ dan itu mmg buat aku selalu singgah ke stesen minyak untuk isi minyak lagi dan lagi .. Ilmu baru !
Kelemahan INSIGHT ?
Ada dua saja yang aku nampak ! Yang pertama , seatnya yang kurang selesa.. Tapi boleh diselesaikan jika tukar seat .. hehee.. Dan kedua ialah sila rujuk gambar di bawah ini ..
Tapi setelah lama memandunya, masalah tu dapat diatasi bilamana kita telah menyesuaikan cermin pandang belakang dengan mensasarkan penglihatan pada bahagian bawah cermin belakang tu ..
Tu je la aku leh kongsikan bersama korang .. Kalau korang tanya aku , apakah aku akan membeli kereta ini jika aku ada duit .. Maka jawapan aku ketika memandunya waktu itu ialah TIDAK ! Tapi bila aku kembali memandu MYVI selepas test drive tu , aku rindukan INSIGHT !!
Penerangan bergambar mengenai HONDA HYBRID INSIGHT
"I have an Insight"
“ Tidak ingin langsung aku meninggalkannya ! “