Pendapat Saya : Kemalangan di musim perayaan..

by - Jumaat, Januari 20, 2012

 

image

Pendapat anda menentukan cara penulisan blog anda sendiri . Maka berikan pendapat anda dan kemudiannya tinggalkan url blog anda sendiri ..

 

Pertanyaan : Setiap kali musim perayaan , pasti ada kemalangan. Jumlahnya kematian bukan kecil kan ? Berdasarkan pengalaman korang , mengapakah ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk memperbaikinya ?

 

Tinggalkan pendapat dan kemudiannya url blog anda di ruangan komen. Tak perlu buat entri khas..

You May Also Like

25 comments

  1. sebab ramai sangat orang kat luar sana tu tak suka patuhi peraturan...bukan mudah nak sedarkan mereka nie...mungkin kalau terkena kat diri sendiri baru sedar yg tidak mematuhi peraturan tu adalah perkara yg sangat patut dibuat!

    http://hariskaito.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kat dalam penang, memang driver selalu takdak manners, tak bagi signal, belok suka hati, pastu bwk laju2, langgaq traffic light merah, adalah perkara besa.


    cara nak baiki?sikap masing-masing ja yang mampu mengubahnya.


    http://masturazakaria.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Bila musim perayaan, ramai yang x sabar nak balik ke kampung halaman atau destinasi yang hendak di tuju. Disebabkan oleh tindakan yang tergopoh gapah itulah yang menyebabkan kemalangan. Dan kita juga haruslah berehat secukupnya dan memeriksa kenderaan bila hendak berjalan jauh.

    www.ainpunyeceritalah.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Jawapan : hal ini terjadi disebabkan kelalaian diri sendiri..kenapa diri sendiri plak?padahal aku tak terlibat kemalangan pun..ye..mmg tak terlibat,kadang2 disebabkan sikap kita org lain yg menyebabkan kemalangan..cth..pemandu A membuat 'potongan maut' sewaktu memotong kenderaan..pemandu B yg melihat situasi tersebut menekan brek serta merta demi mengelakkan berlanggar dgn pemandu A tetapi tindakan B tersebut telah menyebabkan pemandu C melanggar penghadang dinding jalan demi mengelakkan diri dari berlanggar dgn pemandu B..see..kalo nk cite pnjang berjela mau tak hbs kes eksiden ni..so..ape2 pun sume tuding kat jari kita balik..tak payah nak check silap org..perbaiki diri sendiri..bile diri sendiri dah perbaiki..insyaAllah org lain pun akn fikir bende yg same...
    care utk atasi adlh nilailah sikap anda di jalan raya..

    p/s:maaf abg ben..terpnjg plak..hehehe

    BalasPadam
  5. alamak..abg ben tertinggal ni..hehehe sorry
    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. kemalangan tu sendiri disebabkan tiada sifat disiplin dalam diri pemandu itu sendiri .jika pemandu berdisiplin dgn tidak melanggar peraturan jalan raya kemalangan pasti tak akan berlaku .... pihak berkuasa perlu meningkatkan tempoh lesen percubaan supaya pemandu lebih memahami cara pemanduan yang sebenarnya .... dan menggunakan sistem dimerit bagi semua pemandu yang melanggar peraturan .sesiapa yang markah merit nya rendah akan diberikan kaunsling oleh pihak berkuasa @ lesen nya ditarik semula
    http://immarocha.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Saya tidak pernah mengalami pengalaman kemalangan semasa musim perayaan, tetapi pada pendapat saya, ianya adalah kerana, orang semua ingin mengejar masa untuk tiba di destinasi secepat mungkin. Tarikh perayaan tidak boleh diubah, jadi mereka harus memburu masa ! Jadi sebab nak memburu masa ni, mereka akan pandu laju, mungkin sebab itulah kemalangan jalan raya boleh berlaku. Selain itu, hal ini juga berkait rapat dengan bilangan trafik, pada hari biasa, masyarakat jarang menggunakan jalan raya, just guna untuk ke office dan pulang sahaja, jadi peluang untuk mencetuskan kemalangan itu kurang, tetapi ! kalau pada musim perayaan, boleh dikatakan 24 jam sebelum perayaan tu dah beriban masyarakat menggunakan jalan raya jadi secara automatik akan berlaku kesesakan lalu lintas, kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

    Cara untuk mengatasinya pula adalah ! Mematuhi peraturan jalan raya, jangan melebihi had laju ?km/Hour. Dan tak perlulah gaduh untuk ke destinasi, kita harus bijak mengurus masa, slogan "Biar lambat asalkan selamat". Dan yang paling utama adalah doa ! Pastikan kita minta dengan tuhan supaya segala urusan dan perjalanan kita dipermudahkan InsyaAllah fenomena ini dapat dibendung !

    http://www.azhunk97.com

    Azhunk Awang =D

    BalasPadam
  8. bila musim perayaan, jalan raya mesti sesak.. Bila dah banyak kereta and traffik jam, pastu pergerakan kereta yang sangat perlahan, mulalah masing-masing nak melanggar peraturan jalan raya sebab mereka semua nak cepat.. Kebanyakannya, bila tiba musim raya ni, ramai pemandu akan menggunakan emergency land, pastu bila ada polis ke.. dieorang nak bergerak ke kanan.. Masa tu, kemungkinan besar kemalangan akan berlaku..

    Cara nak perbaiki, selalu ikut peraturan... Semua orang pun nak cepat sampai ke destinasi.. Tapi, biarlah lambat asal selamat.. Bila tak ikut peraturan, kemalangan berlaku.. Bila ikut peraturan, insyaALLAH, kemalangan tidak berlaku..

    http://roseskalerful.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. ghairah sangat nak beraya or bercuti ni la padahnya...ayat org tua2..jangan terlalu gembira sangat nanti menangis kemudian hari..konsep nye sama la ;p

    www.karbie.com

    BalasPadam
  10. slm petang semua!pdpt saya sepanjang perjalanan musin cuti,pergi balik guna highway dari sgor ke perak ialah :

    1)pemandu tak beri signal semasa nak tukar lorong/memotong

    2)menyalahgunakan lorong kecemasan(nak laju tak mau beratur maka sesuka hati guna lorong kecemasan.org lain pun nak juga cepat sampai ke destinasi)

    3)tak servis kereta.ya malang tak berbau tapi semua itu blh dihindari kalau buat persiapan sebelum bergerak.

    4)tak BERDISPLIN!Fikir highway tu dia je punya...mencelah ikut suka,memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan.

    5)perjalanan malam jadi bahaya bila banyak kenderaan yg modufied kereta(menggunakan lampu putih-mata jadi silau

    Harap sangat cuti Tahun Baru cina ni statistik kemalangan maut tidak bertambah.Sedih nyawa rakyat Malaysia bukan melayang di medan peperangan mempertahankan negara...tetapi melayang sebab BERPERANG DI ATAS JALAN RAYA...

    http://born2touchurheart.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Terpulang kepada sikap masing2...Dari sekolah sudah terdidik patuh kepada peraturan..so kalau nak langgar peraturan langgar juga..Masing-masing kena ada kesedaran dalam diri sendiri..
    Bak kata abah..diaorang tak akan insaf selagi tak kena kat diri masing2 mahupun family sendiri..selagi tak pecah kepala tu..memang tak pakai helmet..saman lahh banyak mana pun..esok2 buat lagi..so masing2 perlu ada kesedaran dan sikap bertimbang rasa antara satu sama lain..

    http://atieffa.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. kerana semasa musim perayaan,tidak boleh dinafikan sememangnya banyak kenderaan yang akan menggunakan jalan raya . ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta akan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku . oleh itu,untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas ini berlaku dan mengelakkan kemalangan seharusnya kita mengambil inisetif untuk berkongsi kenderaan dengan orang sahabat terdekat ataupun menggunakan pengagkutan awan yang telah banyak disediakan ^^v

    url:http://apitsukaapple.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. sebabnya sikap pengguna jalan raya tu sendiri yang ingat jalan raya tu hanya untuk dorang je (selain dari faktor jalan).mungkin ni jawapan yang skema tapi itulah hakikatnya terutamanya penunggang motor (yang memenangi tempat pertama dalam carta kemalangan) suka sangat menyelit tengah-tengah kereta..harap-harap dorang insaf

    http://eidayuyu.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. Pada saya ia disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya kiter ni..jenis yang tak sabar n tak pkir panjang...yang sedey n geram nyer if yang cedera or meninggal tu bukan silap dier but silap orang yang terbabit ngan kemalangan tu..but yang terbabit or bersalah tu shat je...

    BalasPadam
  15. kawan saya kata 51 kemalangan berlaku setiap 1 jam..thn lepas jek 400 ribu kemalangan dicatatkan...bilangan yang cedera atau mati lbh ramai...macam2 cara da dilakukan bagi mengatasi mslh kemalangan ni...tp macam tak ketemu jln penyelesaainnya..pokok pangkalnya kena kat diri sendiri gak..orang lain pun kena memainkan peranan masing2...kalau semua orang paham t'jwb memasing kemalangan tak kan berlaku...


    http://gadisurban143.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. pndapat sy kmalangan byk berlaku pd musim perayaan sebab di musim perayaan kan rmai orang yg blik kg . so , byk kenderaan kt jln raya . dan kebanyakan orang krg disiplin diri , tak patuhi undang2 . bwak kreta laju2 , potong barisan ikut suka hati . kononnya nk smpai cepat . nsihat sy kpd pmndu dluar sna , patuhilah peraturan jln rya . wlaupun kita tak sygkan nyawa kita , sygilah kluarga kita yg lain .

    http://hernameismiezah.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Pada saya semuanya berpunca dari sikap. Positive thinking perlu tinggi dalam keadaan kenderaan yang banyak dan menyebabkan kesesakan. Sabar sangat2 perlu dalam situasi begini. Berhemah sudah tentu perlu, untuk melancarkan perjalanan. Disamping itu pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan juga amat penting serta perlu di titik beratkan.

    http://razifredz.blogspot.com

    BalasPadam
  18. pndpt sya lah : kmlngn nie brlaku sebab pemandu tu sendiri. pemandu sering dipengaruhi oleh emosi dan bersikap tidak profesional. gelojoh kalaw drive. srba slh pulak kta klaw nak pesan n ingtkan pandu kereta dengan perlahan lahan. klw plahan bla nak smpai kat dstination ? isu nie hnya boleh dselesaikn olh pmndu tu sndir. Happy CNY *first time comment sini*

    http://mishmeenieyempire.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Banyak faktor kemalangan masa perayaan sebenarnya....antaranya sikap pemandu yang tidak sabar dan berdisplin, faktor cuai seperti kurang tido atau memandu dalam keadaan tidak isihat, cuaca terutamanya semasa hujan lebat, faktor infrastruktur contohnya jalan raya yang berlopak dan sebagainya lah....Tapi paling penting kalau nak selamat, memandu dalam kelajuan sepatutnya dan JANGAN RAPAT DENGAN KENDERAAN HADAPAN!!!!Pantang tok nenek, hahahaha~~~

    http://kuronofu91.blogspot.com

    BalasPadam
  20. salam ben...
    buat ulasan yg best ni...
    Pendapat Shahrazali : Kemalangan di musim perayaan..

    bagi aku,,kemalangan boleh terjadi kepada sesiapa, bila-bila masa, dan di mana saja kita berada. Kenapa masa perayaan jumlah kematian meningkat?? sebab masa cuti perayaan, jumlah kenderaan kat jalan raya terlalu banyak. Orang sekarang masing-masing nak bawak(tunjuk)kereta sendiri kat org kampung. Sebab yang paling ketara sekali adalah sikap pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Sikap menunjuk, bajet hebat, berlagak, x pandai nak aturkan waktu perjalanan, tiada tolak ansur, dan macam-macam lagi la. Tapi ajal maut di tangan tuhan kan, macam-macam boleh jadi...

    cara nak memperbaiki???
    cara banyak,, tapi itu bergantung pada sikap pengguna jalan raya juga.. yang penting kena pandai aturkan jadual perjalanan dan btolkan sikap pemanduan sendiri sebelum mengubah orang lain.. (aku pernah dengar cadangan orang supaya setiap pemandu diwajibkan kursus undang-undang jalanraya sekurang-kurangnya setiap 2 tahun..lg 1 batalkan lesen memandu sesiapa yang menyebabkan kemalangan..nak lesen balik, kena ambil dari mula la proses dia)

    dah macam buat entri dah..haha..

    http://sembangshahrazali.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. Pendapat sy ..
    Sebab Ada pemandu yang memandu tanpa fikirkan keselamatan diri , org yg dibawa dan juga keselamatan pemandu lain .. Tambahan pulak bila keadaan jln jem , ada yg memotong ikut suka hati .. Tak kira tempat double line , lorong kecemasan . Diredahnya. Satu lagi memandu melebihi had laju .. Vrommmm zappp mcm jalan tu tak de orang lain yang guna .. Nk cepat sampai
    punya pasal .

    www.dismybelog.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Ramai betul yang dah bagi pendapat..Mak Usu setuju apa yang mereka cakap.. Sekarang macam2 dah kempen yang negara kita dah buat untuk kurangkan kemalangan terutamanya masa perayaan..Dan pelbagai cara untuk kita perbaikinya..tapi masih juga berlaku.. Semuanya jawapan nya kena tanya diri sendiri.. Hanya diri sendiri ja tahu mengapa ia boleh terjadi dan macam mana cara nak jauhinya.. Jika setiap diri kita ada rasa tanggungjawap untuk berada di jalan raya.. InsyaALLAH..semuanya akan berkurang.. Banyak kempen macam mana pun kalau diri xnak sedia menerima tanggungjawap jadi pemandu berhemah xkan berguna juga.. Persediaan diri sendiri adalah penting.. Sabar sifat utama.. Rancang perjalanan.. Biar lambat asalkan selamat...
    http://sejutarasamakusu.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. fktor kmalangan :

    1. Keadaan kendaraan yang tidak diselenggarakan dengan baik. contoh mcm tayar knderaan yg tidak diisi dgn scukupnya atau terlebih isi boleh menyebabkan tayar pecah.
    2. Keadaan diri pemandu yang tidak mndapat rehat yg scukupnya. Semua nak balik ke kg dgn cepat. Balik kerja terus bersiap gerak ke kg masing-masing.
    3. Permukaan jalan yang tidak elok pun menjadi salah satu faktor kemalangan. Mungkin pemandu nak elakkan jalan yg berlubang dan permukaan jalan yang tidak rata.
    4. Tidak mematuhi peraturan jalan raya. Memecut laju di lebuhraya dan tidak memberi signal ketika hndak menukar lorong atau masuk simpang.
    5. Mendapat gangguan daripada penumpang..Mungkin daripada anak-anak yang tak reti duduk diam.hahhaah

    Cara nak atasi :

    1. Kekerapan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Pemandu lebih takutkan polis, dorang tak sayangkan nyawa sendiri dan nyawa penumpang.
    2. Kempen yang lebih kerap. Musim-musim perayaan ni, kerapkan kempen keselamatan melalui iklan di TV dan radio.
    3. Isteri/teman yg menumpang perlu mainkan peranan. Perlu berbual supaya pemandu tak mengantuk. Juga boleh bergilir-gilir bawak kenderaan bagi yang drive jauh. berhenti di R&R jika rasa letih dan berehat. Lelapkan mata sebentar di R&R.
    4. Hormat kenderaan yang lain. Jgn pentingkan diri sendiri. sama-sama hormat sebab masing-masing ada tujuan yang sama iaitu nak pulang ke kampung halaman.
    5. Pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan sempurna. Pastikan kereta diservis dengan sebaik mgkin.
    6. Pilih waktu yg ssuai utk bergerak pulang. Ambik tahu keadaan jalan sama ada jalan licin selepas hujan atau tidak. Keadaan hujan lebat jugak mengganggu perjalanan dan penglihatan semasa memandu.

    www.aksarafendi.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Pada saya,SIKAP itu yg memainkan peranan utama.....selagi sikap tidak di ubah,buatlah beribu kali kempen pun,tetap tak akan berkesan.....

    http://ceriteragadis87.blogspot.com/2012/01/sikap-kita-mencerminkan-siapa-kita.html

    BalasPadam