Dalam diam .. aku segan ..

by - Sabtu, Januari 28, 2012

 

Tak sangka .. Masih teringat lagi kenangan tu sebenarnya aku .. Hurm .. Sewaktu aku join test drive Honda ke Melaka dan menginap di hotel Philea tu aku telah terserempak dengan seseorang yang aku kenali.. Sebenarnya bukanlah terserempak tapi dia yang menegur aku dulu ..

Waktu tu , aku dok syok tengok makanan yang dihidangkan utk sarapan pagi tiba-tiba aku ditegur dari belakang oleh seorang wanita yang memang aku kenal tapi terlupa namanya .. Puas aku cuba ingat tapi gagal gak ..

Puan Najat .. bekas pengarah Bahagian Tek.Maklumat di Kementerian Pelancongan rupanya .. Heheh.. Sekarang dia di INTAN setelah dinaikkan pangkat .. 

Segan aku dengan dia sebenarnya .. Yelah , dia taraf bos dan aku mmg jarang nak bercampur dengan orang atasan ni .. Elakkan fitnah kata orang .. Nanti kata kita mengampu pulak kan ..

Bila dah tegur tu , berborak la jap .. Tiba-tiba dia kata kat aku yang dia dah lama follow blog aku .. Aiseyman …. Aku terus terkesima ! Malu .. Yelah , blog aku gini yang dok mengarut tak abis ni , dia dok baca .. Aiyoyo ..

Tak lama kemudian , berpisah dan mengambil makanan masing masing .. Tak sangka, di situ pon leh jumpa orang yang dikenali .. Haaa.. Cerita pasal blog gak tu.. Kat Tasik Dayang Bunting , Langkawi pon terkantoi gak .. dah cerita dalam blog ari tu.. hehe..

Tapi dalam diam , aku lebih bersemangat sebenarnya .. Untuk memperbaiki mutu tulisan aku agar mereka yang membacanya lebih rasa selesa dan santai ..

Sebab tu blog aku ni skema je tulisannya sbb aku tau , yang baca terdiri dari pelbagai lapisan umur dan aku tak boleh pentingkan diri .. Walaupun blog aku ni adalah luahan pendapat aku , aku tetap kena jaga ‘tutur kata ‘ aku .. Mana tau , kot mak mertua atau adik beradik wife aku baca .. Malu dia nanti kan ?

Bukan hipokrit tapi kita hidup bermasyarakat .. Jaga bahasa kita , secara tidak langsung kita jaga airmuka orang yang menjaga kita dari kecik , yang mendidik kita di sekolah dan juga rakan rakan sepermainan kita .. 

Aku manusia yang punya pendidikan walaupun bukan sampai tahap tinggi , tapi cukuplah untuk aku gunakan dengan waras dan bijak ..

You May Also Like

30 comments

  1. Haha faham perasaan malu & segan bila org yg kita tak sangka, follow & baca blog kita. Btw, SETUJU with your "jaga tutur kata" sebab tgok sndiri la your followers and pageviewers. Terbaik ;)

    BalasPadam
  2. terbaikkla la..bleh jumpa kwan lama..

    BalasPadam
  3. Dun worry, BA.Just do ur best..but, i do agree with u, tutur bhsa kita mencerminkan peribadi kita, so kene slalu hati2. Good Luck!

    BalasPadam
  4. haaa betul sangat tu. bab jaga tutur kata tu. hihi

    BalasPadam
  5. Bagus lah macam tu, kadang kala dalam sedap kita menulis, kita terlupa perasaan orang lain walaupun pada hakikatnya ia tidak ditujukan untuk mereka...Apa2 pun terima kasih kerna menjadi jiran DTS yang setia...

    BalasPadam
  6. pentingnya menjaga budi bahasa dalam berblog..

    BalasPadam
  7. wow..x sangka...bagusnya.. tpi btol la Ben, public figure biarlah menjadi icon positive kan? sbb apa awak cakap kat blog followers awak percaya. Kalau negative org pun percaya dan berdosa kita kalau ada yg kita tulis tu beri effect -ve kpd org lain esp org yg kita mention dlm tulisan itu.

    Saya pun kdg2 rasa mcm nk je menyumpah seranah dan meluah rasa semahunya, tapi kdg2 terlepas n kadang2 dapat control..sama2 la kita usaha.

    cuma paling x tahan mmg pernah la mengutuk pompuan sorang yg drama gile dulu tu dulu dlm blog. yg sorang tu mmg x bole blah la..semoga la saya dapat redhakan pengalaman dgn dia tu seikhlasnya..so far ingat die ingat arwah..mmg x le blah..

    BalasPadam
  8. Dalam santai dan bersahaja sentiasa terselit pesanan-pesanan dan nasihat-nasihat ringkas dalam penulisannya.. Itulah Ben Ashaari yang saya kenal...

    BalasPadam
  9. as salam..
    di mana-mana kita berpijak, pasti meninggalkan bekas. walau tak nampak. tapi DIA tahu..

    berfikir yang baik2 buat diri, insya'Allah hati dan keinginan pun akan terarah kepada yang baik2

    :)

    BalasPadam
  10. setuju sgt..plajarn yg tinggi x mencermin akhlak seseorang sebliknya bgaimana pmbwakan diri n ilmu yg ada dgunakan utk mengawl drinya..

    nice entry bro..likes...

    BalasPadam
  11. betul tu... tutur bahasa kena jaga...
    suka entry ni...

    BalasPadam
  12. Kita yang agak dewasa ni biasanya sentiasa jaga tutur kata walaupun di blog tapi sedihnya ada adik-adik terutama yg masih bersekolah gunakan kata-kata yang kurang sopan di blog.Kalau private takpe tapi blog tu dikongsi seluruh dunia.

    BalasPadam
  13. yup..
    kita ni dalam hidup,
    buat apa sekalipon, kena beradab..
    hehe =)

    BalasPadam
  14. Hehe..dapat bayangkan keadaan itu

    BalasPadam
  15. betul sgt2... klu x berbelog pon..kena gak jga tingkah laku..byk yg memandang... :)

    BalasPadam
  16. Salam, memang setuju kerana setiap penulisan kita, tak kiralah siapa pun yang baca, akan dipertanggungjawabkan kepada diri kita sendiri... samada apa yang kita tulis itu benar, atau palsu, ciplak atau idea kita sendiri...

    Teruskan menulis..agar menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi Y ...

    Kak Azzah8

    BalasPadam
  17. yang penting bersopan santun dalam penulisan~

    wanni baru di sini, jenguk abg ben..!! :D

    BalasPadam
  18. betul.. bukan sebab skema tapi kena fikir keadaan sekeliling.. tak semua suka dengan apa yang kita buat..

    BalasPadam
  19. as expected..tulisan yang penuh dgn mesej bermakna..that's y blog bro ben banyak pengikut termasuk saya..well said bro..

    Aku Anak Labuan

    BalasPadam
  20. betul tu abang ben. ada je blogger takjaga bahasa. katenya ni blog aku. adeyh. takde hidup bermasyarakat langsung. sabar je la.

    BalasPadam
  21. hahahaha sila follow blog saya >http://ahmadsollehin.blogspot.com/

    BalasPadam
  22. akak setuju sangat..budi bahasa budaya kita...mmng suka baca blog Ben, santai tapi sentiasa terselit nasihat dan panduan..cuma kdng2 tak tinggal jejak..he3...malu sehhhhh...

    BalasPadam