Pelumba basikal lebuh raya cedera parah ketika sesi latihan dilanggar .

by - Ahad, Januari 29, 2012

 

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.  - Lanjut di Hmetro .

image

image

image

BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ??  Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?

Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..

You May Also Like

4 comments

  1. kat putrajaya tu budak budak fixie ke apa... huhu

    BalasPadam
  2. mungkin meraka terlupa perkara yg penting sekali bila berkayuh pada waktu malam...iaitu letak lampu L.E.D yg byk mode nya dan juga warna di basikal mereka. lampu tu bertujuan dapat perhatian kepada pengguna jalan raya yg lain.


    sekadar beri pandangan sajer...

    BalasPadam
  3. yes..mmg kete yg akan dipersalahkn wlpn penunggang basikal ataupun motor yg buat hal.sabo jelah.tu yg diorang jd "besar kepala" tuh.

    BalasPadam
  4. kat penang pun sama..naik basikal sesuka hati time orang nak pi kerja pulak tu...yang escort pulak dah la bwk slow guna semua lorong pulak tu..tekanan..

    BalasPadam