Individu terkaya di dunia adalah orang melayu eh ?

by - Ahad, Januari 22, 2012

 

image

Anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion), menjadikannya orang terkaya di dunia . Rekod sebelum ini Carlos Slim dari Mexico dengan kekayaannya  RM224.7 bilion dan diikuti oleh Pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Bukti kekayaannya ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang membolehkan  beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Katanya lagi  kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dan  beliau mendakwa dia juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber asal – Utusan Malaysia.

 

Wow .. part yg aku bold tu tak leh tahan tu .. Dasat benar dia eh ? Betul atau tidak cerita ni , tunggu jela sambungannya nanti … Aku pun nak tau gak kesahihannya ..

Kalau aku manusia paling kaya , aku nak beli … beli ..g makan sup belut la sat eh ..

You May Also Like

31 comments

  1. sup belut shah alam..yummy! hihihi..

    tak sabar nak tunggu sambungan..hihi

    BalasPadam
  2. mcm xtak caye tang maharaja indonesia..

    BalasPadam
  3. peh peh 3 kali power lelaki ini. dahsaattt ar.

    tunggu saja sambungannya..

    woow. sup belut. err

    BalasPadam
  4. *yawning* another elie youseff najem.

    BalasPadam
  5. betul ke ni?? macam tak percaya je dan yang lebih rasa mcm tak pecaya yang abg ben highlight kan tu..erm!

    BalasPadam
  6. Harap2 ada Melayu yg menjadi org terkaya di Malaysia. Yg menjadi org no 10 terkaya di Malaysia - Syed Mokhtar Al-Bukhary - tu pun bukan Melayu tulen, sebab 80% drpd darahnya adalah darah Arab!! Nak jadi org ke-10 terkaya di Malaysia drpd kalangan Melayu pun susah, apa lagi no. 1 di dunia...huhuhuhu...

    BalasPadam
  7. Harap2 ada Melayu yg menjadi org terkaya di Malaysia. Yg menjadi org no 10 terkaya di Malaysia - Syed Mokhtar Al-Bukhary - tu pun bukan Melayu tulen, sebab 80% drpd darahnya adalah darah Arab!! Nak jadi org ke-10 terkaya di Malaysia drpd kalangan Melayu pun susah, apa lagi no. 1 di dunia...huhuhuhu...

    BalasPadam
  8. maharaja Indonesia?
    saye tgu sambungannya..huhu

    ehem! sup belut? eeeerr sdap ke?
    -.-'

    BalasPadam
  9. tahniah. tapi harta yang banyak jangan pula dilupa pada golongan2 yang kurang upaya. :)

    BalasPadam
  10. org melayu paling kaya didunia nun...jauh dikepulauan Borneo.huhu

    BalasPadam
  11. wow..kalau abg ben kaya nk mkn sup belut erk..jgn kata sup belut ckp jer nk mkn aper..sume dapat nyer la....kalu nk mkan su belut emas jer yg xdpt nyer..huhu

    www.azrulin.blogspot.com

    BalasPadam
  12. alahhh nak heran apa kaya tak kaya bukan bagi duit dekat korang . tu hah same je taraf pada mata Allah .

    BalasPadam
  13. Buat ape bangga dok tunjuk harta kalau kemiskinan masih ade?memalukan sebenarnye..

    BalasPadam
  14. abang ben kaya,buat kenduri kesyukuran jangan lupa ajak saya yek!hehehe:)

    BalasPadam
  15. Menipu je kot.Nak jadi raja?Macam tak logik je.

    BalasPadam
  16. gulp....melampau sangat byk tu..jom bodek2 skit boleh?..haha

    http://dzuandiey.com

    BalasPadam
  17. kalau betul banyaknya cukai dan zakat yg perlu di bayar tu nanti ...

    BalasPadam
  18. klu begitu kena tunggu utk lebih PASTI kan abg Ben

    BalasPadam
  19. hebat nih! majukan la malaysia...kalot nak p indonesia jd maharaja..nak pangkat je tuh sebenaqnya! habes la ecok lusa dia kena rompak...selalunya orang kaya hidup tak tenteram..SELALUNYALAH~

    BalasPadam
  20. tahniah ler (kalau betul lah) tapi duit yg byk2 tu jgn lah simpan nk buat masuk kubur pulak ..sumbangkan lah pada yg memerlukan..kihkih

    BalasPadam
  21. Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo
    cam pernah dengar nama nier..dalam citer dongeng2 indonesia tuh..

    BalasPadam
  22. Jab jab...nak gelak dulu!!~~~~ hi hi hi hi hi!!~~

    BalasPadam
  23. Sy pn confuse smlm bila bc s.khabar sama part dgn ayat yg awk bold tu.

    BalasPadam
  24. Syekh .. wa tak tau nak kata apa mungkinterkedu kot... member wa cakap cerita melayu kaya.. dia kata lu cari kat google pun dapat... memang dapat pun... Cuba la bawa bertenang jgn kecoh... Betol ker tak betol wa pun tak tahu

    BalasPadam