LELAKI .. Sapa lelaki ni ?

by - Isnin, Januari 30, 2012

 

image

LELAKI oh LELAKI  ..

Diorang kata LELAKI ni perangainya ada musim .. Tu kata PEREMPUAN la .. Kata LELAKI lak camana  ? Sama je ngan PEREMPUAN sebenarnya ..

LELAKI ni kalau sedar diri , dia tau tanggungjawabnya bukan sekadar nak nikah 4 atau dok berlagak macho 24 jam mahupun dok goyang kaki je tapi besar tak hengat punya ! Sebab tu LELAKI ni digelar PEMIMPIN !

Sejak lahir ke dunia lagi baby berjantina LELAKI ni  dah mainkan peranan besar. Bakal jaga adik beradiknya walaupun berstatus adik bongsu !

Bila dah semakin membesar , tanggungjawab LELAKI tu lebih berat ! Kena tolong mak ayah lagi . Ingat anak dara ke yang patut tolong ? LELAKI tauu yang kena tolong , terutama kat dapur tu haaa .. Sebab nanti dah kawin , dia kena tolong isterinya kat dapur .. Tak la kekok nanti atau sampai tak kenal mana satu epal mana satu tomato ! Haa… Ada tau !! Aku la tu .. hahaha .. Tapi tu masa kecik la.. Besar ni confius mana lengkuas mana satu halia jer .. hehe ..

Ok ok .. Aku rasa korang pon sedia maklum bab LELAKI ni kan .. Cuma ada LELAKI tak sedar diri bila dah kawin .. Terasa diri bujang atau macam tanggungjawabnya cumalah pada anaknya saja dan bukan pada isterinya .. Atau langsung tak bertanggungjawab ! Tu lagi sampah masyarakat .. Huh ..

LELAKI kena sedar tanggungjawabnya .. Jangan nak menyedap masa bercinta atau setahun pertama kawin .. Bila dah tau isteri mengandung , silalah buka mata tu .. Beban di bahu semakin bertambah tapi janganlah mengeluh. Kalau rasa beban , maka si isteri tu lebih terbeban sebenarnya. Bila mereka tengok kita cool dan buat kerja kita , mereka rasa ‘ringan’ sedikit .. Kena bijak main peranan kat sini ..

Aku nak cerita lebih bab tanggungjawab ni , aku rasa semua LELAKI tau kan ? Jadi tak payah la aku nak panjangkan cerita yang bosan ni cuma nak saling ingatkan , selagi ada bahu , selagi itu LELAKI punya tanggungjawab .. Selagi waras , maka jalankan dengan penuh dedikasi.

Kenapa ? Itulah tugas kita atas dunia ini selain dari mengabdikan diri pada Allah . Akhirat kelak , kena soal … naya nanti .. Hehe ..

You May Also Like

4 comments

  1. ha ah..betull..tak patut asyik kata cam ni "eh kau pempuan kau la buat kerja..karang kawin tak reti nak wat keja dapur..laki kau marah nt.."

    yg lelaki ni nanti bila dah kawin bini dia tak reti wat kerja dapur...padan muka...klu dia belajar dari dulu..boleh jugak ajar bini ekekekek

    BalasPadam
  2. assalamualaikum en.ben...betul tu sebagai lelaki ni besar tanggungjawabnya kena pikul segala2nya moga akan menjadi seorg ayah n suami yg berjaya...:)

    BalasPadam
  3. lelaki bile dah kawin, tanggungjawab besar. dosa isteri semua ditanggung oleh suami. so suami kene la bimbing isteri dr segi aurat , tingkah laku dll.

    tak lupa, lelaki bile dah kawin, isteri bukan rank pertama. masih ibu rank pertama !

    MAK - 1
    ISTERI - 2

    BalasPadam
  4. kita dilahirkan sebagai khalifah atas muka bumi ni..
    lelaki pula sebagai khalifah dalam bnyk hal.. termasuk rumahtangga..:)

    http://memories2dream.blogspot.com/

    BalasPadam