Korang tau tak yang kita hanya boleh tidur nyenyak jika suhu 18°Catau 65°F! Haaa… camana nak dapat suhu begitu dengan cuaca negara kita gini kan? Korang boleh baca mengenainya di sini ..
Macam aku yang tinggal di Putrajaya ni, suhu belah malamnya yang paling sejuk pernah aku rekodkan sendiri ialah 28.9 darjah celcius .. Tak tau la kalau ada kurang dari tu .. Ni aku rekod sendiri la ..
Maka setiap mlm , aku akan tarik katil aku untuk tidur di bawah kipas syiling .. Nak pasang aircond , belum tiba masanya sebab skang ni aku tinggal di rumah milik kerajaan. Tahun depan baru siap rumah sendiri dan masa tu baru nak pasang aircond .. Jadi bila ada aircond , kena la set ke suhu tersebut (18 darjah Cel )
Apa jadi bila tak dapat tidur yang nyenyak ? Pergh.. confirm esoknya mengantuk .. Bayangkan nak g sekolah atau g kerja .. Menguap je la kerjanya .. Nak bagi tumpuan pada pelajaran mahupun kerja , pasti tak boleh punya .. Nak balik rumah pon , rasa malas sangat sbb memikirkan rumah yang panas tu .. Huhu.. Suhu dalam rumah atau pejabat sebenarnya penting buat kita . Ianya memberi kesan secara tidak kita sedari terutama bila membuat keputusan , perbincangan mahupun bila berehat di rumah .. Takpe , takpe .. Aku akan pasang aircond nanti.. Tapinak pilih jenama apa???
Korang tau tak pasal Fujiaire ? Aku ternampak TVC mengenainya kat youtube ... Cuba korang layan .. Mesti tertarik punya ..
Aku buat penyelidikan serba sedikit mengenai Fujiaire. Jenamanya sudah ada nama di negara kita ni dan juga mampu dimiliki aku .. Hehe … Itu pendapat aku la… hehehe ..
Dan kelebihannya lagi adalah waranti selama 3 tahun ( aircond unit dan compressor ) . Biasanya alat pendingin hawa dilindungi waranti selama 1 tahun untuk alat ganti dan juga khidmat selepas jualan. Tetapi jika korang mendaftar di laman web FUJIAIRE , 2 minggu selepas membelinya , korang akan dapat jaminan alat ganti untuk tahun kedua dan ketiga. Menarik kan ?