Tak kira la apa saja niat kita bila berblog , tapi yang penting segalanya perlu ada sasaran. Sasaran pula tak semestinya memberi pendapatan , kepuasan mahupun populariti . Perlu letak lebih dari itu !
Camana ? Bagaimana ? Aku pasti majoriti yang berblog ni , punya ilmu walaupun sekadar asas jer .. Tak kisah ! Tajamkan lagi dengan mencarinya samada melalui pembacaan buku buku atau artikal dan banyakkan bertanya pada mereka yang boleh dijadikan contoh.
Apakah sasaran aku ? Sejak mula aku berblog , aku perhatikan blog blog yang sudah punya ada nama dalam dunia maya ini. Perhatikan ‘corak permainan’ mereka. Gaya , lenggang lenggok mereka .. Dan aku tau apa yang aku nak dalam dunia blog ini !
Antara sasaran aku ialah nak tarik perhatian ‘mereka’ ! Sapa mereka ? Mereka yang punya NAMA BESAR dalam MALAYSIA ni .. Aku nak buktikan yang aku mampu melakukannya hanya dengan berblog kerana aku tau aku punya kelebihan di situ .
Dan , tidak sampai 3 tahun .. aku berjaya melakukannya namun itu belum sasaran yg aku inginkan . Maka , aku akan terus mengejar sasaran aku itu ..
InsyaAllah .. Dengan adanya sasaran , semangat berblogging kita takkan padam dan senantiasa membara ..