Satu penghargaan buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dipilih bandar projek jalur lebar (WiFi) percuma yang pertama di negeri Selangor .
Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.
Dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.
MACAM POKOK...tiang WiFi yang dipasang. – Gambar Bharian
Kat Putrajaya ni ada tapi kat kedai mamak dan restoran . Tu pon berpassword . Kat dalam bangunan kerajaan , hanya di ruang lobi saja. Itu pon bukan semua bangunan kerajaan ada , kalau tak silap aku.
Dulu tak silap aku la kan .. perancangan bandar Putrajaya dan Cyberjaya ni , antaranya nak dilengkap internet percuma . Tapi sampai sekarang , takde yg percuma di Putrajaya. Segalanya berbayar. Tapi ok la kan .. bandar 5 bintang. Orang yang duduk sini pon , 90% banyak duit .. kan kan ?
Pasang UNIFI je la .. free gak kan ? Cuma hujung bulan je baru bayar.