Menda ni dah berkali kali laaaaa aku dok ulang tayang kat blog tapi memandangkan masih ada spesis yg tak reti bahasa dan tuli mata , maka aku update la selagi termampu kot kot nanti ternampak kat mana mana , boleh la bagi teguran ..
Kalau dalam lrt , erl atau mana mana pengangkutan awam tu , dah naik lali dan bosan tgk keadaan ni walaupun sampai kerajaan buat iklan dan berhabis ra ..
Tapi kalau kat klinik atau hospital , camana pulak ? Tadi aku g ngan wife ke hospital Putrajaya. Memula tu ke Dewan Bersalin untuk membuat pemeriksaan lanjutan kerana baby dalam kandungan besar (3.9) ..
Korang tau , bersepah lelaki duduk ! Yang berdiri ni aku nampak perempuan termasuk wife aku. Hampeh sorang pon takde nak bangun untuk offer seolah mereka sendiri pon dok nazak nak bersalin time tu. Agaknya air ketuban dah pecah la tu.. Tu segan kot laki laki tu nak berdiri .. huhu.. Ops.. pikir positif.. Demam la tu .. Ramai pulak laki demam g ke dewan bersalin kan ?
Bawak bawak la sedar diri wahai kaum lelaki .. Bukan semua yer ..
Untuk aku dan juga mereka yg berminat untuk membacanya ..