Sapa sangka kan ? Dalam dunia maya ni , macam macam orang kita tak kenal , boleh jadi kawan dan lawan . Ada yang kawan, mmg boleh bawak sampai ke mati perhubungan tu . Ada juga hari kawan esok jadi lawan hasil ketidakpuashatian terhadap entah apa pon tak tau laa ..
Malam ni , sekali lagi persidangan rakan maya dibuat oleh aku bersama beberapa lagi rakan maya seperti blogger dan kawan FB yang tinggal berhampiran aku yakni di Putrajaya.
Kesannya , banyak yang aku tak tau dan mereka tak tau , dah tau .. Menariknya ada yang tergaru kepala setelah mengetahui identiti memasing .. Hahahah ..
Sapa sebenarnya kita tak kisah la.. Asalkan bukan pesalah undang undang dah la.. Yang penting keikhlasan bila berkawan tu perlu ada .. Mana tau , hari ni hari kita .. esok hari dia lak .. kan ?
Dan ada benarnya kata salah seorang kawan tu , masa depan anak kita kian terancam … Kenapa ? Haih .. panjang ceritanya .. Yelah , kita pon dah leh nampak sebenarnya .. Cuma terkabur dek kerana tidak mahu percaya jer ..