Ahaaa ... Projek menda ? Inilah yg seronoknya jadi blogger .. Nanti citer lagi eh ..
Qhaliff sihat jer ... Hehe ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Ahaaa ... Projek menda ? Inilah yg seronoknya jadi blogger .. Nanti citer lagi eh ..
Qhaliff sihat jer ... Hehe ..
Dok mengadu muka naik jerawat la .. Muka tak cun laa .. Nak kasi putih la.. Nak pakai kanta lekap warna pink laaa .. Skang bandingkan ..
Amacam ? Tak bersyukur lagikah kita ?
Di Kashmir , Mohammad Latif Khatana, 32, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.
Sampai gitu sekali manusia menghinanya .. Ada jugak tak sedar diri menghina orang lain .. Sekali Allah balas kena kat orang tu , baru ada akai ..
Dia buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.
Semoga dia bahagia bersama yang tersayang.
sumber – Hmetro
Walaupun banyak kata mereka yang ke bulan tu cerita dongeng , sekurang-kuranya mereka punya cita-cita besar dan berusaha untuk menjayakannya ..
Kita ? Kita yang tak habis habis berdengki , berfikiran singkat ? Yang tak habis habis berusaha menjatuhkan orang lain terutamanya sebangsa dan seagama , apa ceritanya ?
Bila kita dikatakan ketinggalan zaman , kita marah ! Hangin tak tentu pasal ! Padahal kebenarannya terserlah disitu . Fikir tak nak , menghancurkan no 1 !
Akal ada .. Guna .. Pandang .. Lihat sekeliling . Kalau hidup dengan dengar cakap orang , jawabnya , sampai ke tua jadi orang gua .. Berdunia dengan kelawar jer ..
Bukan tak faham dengan spesis begini tapi terlebih . Mereka hanya nak lihat bangsa mereka setanding jer. Takde ada yang lebih , takde apa yang kurang. Pastu puji bangsa lain ! Pergh… Hancur bangsa kalau majoriti berfikiran begini ..
Mula dah menaruh minat kat laptop dan handphone skang ni .. Amboi… Nasib baik la ultrabook aku ni kuat .. dihentak hentak tangan dia haaa .. Iskhh.. nasib baik dapat free .. Kalau beli ? Mau gak daddy gigit tangan tuu haa .. hahaha .. Takkan kot ?? hehe ..
Tak pe la Qhaliff .. buat je la .. Jap lagi , daddy rinduuuuu sangat kat Qhaliff ! Huwaaaaa… Tak rela tinggalkan diaaa … huhu …
Macam couple lak… Patut wife cemburu.. Hahahah ..
Aku tertidur pon … dia cuma guling guling kat situ. Takde de nak menangis teriak aih skang ni .. Tak berani dia ! Kalau dia buat , mmg aku jadi piranha .. hehe.. aku gigit peha dia.. Dia tak tahan kena gigit situ .. Menjerit kuat wooo .. hahaha .
Tapi peliknya .. Bila nampak je mak diaaaa …
Satu sahabat telah tagged pada aku di FB .. Jadi aku (copy paste )panjangkan di blog buat rakan rakan pembaca andai ingin membuat sedekah jariah ..
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Makluman kepada semua satu program khidmat masyarakat akan diadakan seperti di butiran berikut:
Program : Program Kasih Disemai Sayang Dibelai - "Hulurkan Bantuan Ringankan Beban, Menderma sambil Beramal"
Tempat : Rumah Anak Yatim Islam Sekendi
Tarikh : 20 Oktober 2012
Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan kelas DPM6C anjuran bersama Kelab DIploma Pengajian Perniagaan (DBS). Seramai 25 pelajar bersama 5 pensyarah pengiring terlibat dalam program ini.
Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman yang berusia lebih 40 tahun dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama yang lain untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 75 orang yang berusia dari 4 tahun hingga 17 tahun. Dianggarkan 70% daripada jumlah penghuninya adalah perempuan.
Kemudahan yang ada amat terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari Karangkraf dan buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan.
Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta. Pendapatan sampingan asrama ini diperolehi dari membela itik, ayam, kambing dan lembu.
Sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan program Lawatan Kebajikan ini adalah dalam bentuk :
Setakat ini pihak kami hanya meminta sumbangan di peringkat dalaman politeknik sahaja, dan kami terpanggil untuk berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana dalam beramal dan berkongsi kepayahan dengan masyarakat.
Utk maklumat lanjut: beberapa program CSR dijalankan di rumah anak yatim ini oleh institusi lain di link berikut:
http://amalbaktiramadhan.wordpress.com/tag/ziarah-ramadhan/
BEN : Pada rakan rakan yang sudi panjangkan di FB atau blog memasing atau juga menderma , jutaan terima kasih dari saya …
Waaahh .. Tu diaaaa .. Haahaha .. aku terkejut bila tengok dia buat skill di luar jangkaan aku .. Aku ingatkan dia nak buat apa .. Sekali .. tu diaaa ..
Hahaha .. dia nak gigit menda tu pastu angkat .. kira cam mengongong je la .. Bukan mudah untuk melakukan bagi dia .. Hanya sekali tu je dia berjaya. Dia cuba dan cuba lagi selepas itu . Tapi dia semakin tak nak buat bila dia nampak aku halakan kamera kat dia .. Hahaha .. Nak posing cun la pulakkk ..
Ada sekali tu .. dia putus asa dan main tipu ! Hahahaha .. Tau apa dia buat ?
Dia baring .. dan …
Dia angkat , dan letakkan kat mulut dia ! Hahahaha .. Tak payah dah nak susah susah ! Selesai kegeraman dia .. Adoiyai.. banyak akal tul la dak ni ..
Malam tadi , bawah Qhaliff g ronda kat Masjid Putra memandangkan hari ni Qhaliff tak keluar rumah langsung . Biasanya , setiap petang aku bawak dia jalan jalan kat taman .. Tapi petang tadi tak sbb hujan.
Nak tau camana Qhaliff boring ? Ahaa .. senang jer ..
Tuuuu .. Mak dia antar gambar melalui WhatsApp sewaktu aku g bank untuk tranfer duit bagi renew domain aku yang nak nak lupus tu haa .. hehe ..
Aku bagitau kat wife , siap .. Balik , kita keluar jenjalan .. Tu dia .. Ceria terus Qhaliff ..
Dalam setengah jam gak la bawak dia jenjalan. Dia dapat keluar jap pon dah cukup .. Tak lama kemudian , aku dapat mesej dari blogger KAKISEMBANG.COM .. ajak main futsal kat Presint 8 .. Hurm.. Lama gak aku tak main futsal .. Aku on je la.. Dan wife pon kasi lampu hijau memandangkan aku skang ni jarang nak bersenam sbb jaga Qhaliff.. Risau gak kesihatan memandangkan aku ada darah tinggi .. huhu ..
Tinggalkan Qhaliff ngan mak dia .. Kasi mak dia uruskan .. Tapi mak dia kata .. hahaha .. Tamo tidur la pulak.. Liattt ..Hehe.. Ada cara sebenarnya iaitu main ngan dia sampai dia penat .. Pastu susukan dia .. LENAAA ..
Dan aku .. setelah lama tak main futsal dengan padang pun yang pertama kali aku sentuh , tak sampai seminit .. tersungkur bodoh ! Hahahahha .. Bikin malu kaum laaa .. Tapi diorang sempoi .. Tak lama kemudian , baru dapat rentak .. Maklumlah , lama tak sentuh bola .. Asyik gigit Qhaliff je .. hehe ..
Pastu g minum .. Dalam kul 11 lebih baru balik.. Tak berani nak balik terus sbb.. hehehe .. Ada la sebabnyaaaa …
Serius .. baru rasa ringan badan ! Puas giler dapat lari .. Ingat tak mampu dah berlari .. hehe ..
Aku layan dah movie ni kat panggung ari tu .. Seperti biasa , filem begini mmg berbaloi untuk dibazirkan duit.. Lawak dan aksi adalah kombinasi dalam filem ni tetapi paling utama adalah penampilan hero hero pujaan sejak aku kecik dulu ..
Hari tu , jiran aku tanya samada movie ni dah ada dalam koleksi aku atau tak lagi ? Bila dia kata begitu , baru aku teringat nak downloadnya. Dan kebetulan , dah terbit pulak kat laman sesawang download tak berbayar ni .. hehehe ..
Dan sekali lagi , semalam aku tonton melalui HTC ONE X aku .. Berbaloi aku download. Sound sedap , gambar clear tapi sayangnya cetak rompak dari Rusia. Hehehe .. Ok laaa .. Free je kan .. hehe ..
Ok , nak download .. sila ke SINI .. Tunggu copy blu ray kuar .. baru mabeles ! hehehe ..
Dia ubah fesyen kepala dia tu . Walaupun ada yang kata , asalkan tutup aurat .. dah la kan ? Bagi aku , dia patut lebih berpenampilan sederhana kerana secara tidak langsung , peminat dia akan turut sama ‘bersederhana’ . Bukankah itu dah bagus ?
Aku tak kisah la sangat kat US tu diterima ke tak .. Kat sana lagu entah apa apa pun leh meletup asalkan lain dari yang lain .. Seni la sangat eh ? Tu yang jadi mengarut jer ..
Lagu Yuna bagi aku , ok .. Ringan .. Leh layan .. Takde masalah dengan lagu dia . Tapi untuk aku kagum dengan pencapaian dia , aku rasa tak la .. Hanya kerana penampilan dia .. Yup .. Hanya kerana penampilan dia yang memberi kesan pada peminat dia ..
Kolot ? Mungkin la kot .. Dengki ? Takde sebab pon .. Aku bukan selebriti cuma peminat seni tanahair je aku ni .. Pada masa sama , aku mintak para selebriti yang benar-benar berpengaruh , didik dalam diam peminat mereka. Kecualilah mereka sendiri dah ternyata senget maka , peminat la pulak kena doakan agar mereka diberi hidayah.
Buat YUNA .. Semoga terus sukses. Harapnya fesyen kain basahan atas kepala tu digunakan masa mandi saja .. Jangan pelikkan diri kita yang sudah pelik itu ..
Sekadar pendapat seorang peminat seni tanahair ..
Teringat lagi kata kawan kawan pembaca yang meninggalkan komen di blo aku dulu .. Kata mereka , baby bila dah cecah 6 bulan , masa ni la seronok bermain ngan mereka . Mereka tau apa yang sedang berlaku pada mereka .. Hahaha ..
Itulah yang berlaku pada Qhaliff.. Bila aku mengecilkan mata seolah olah nak menyerang dia , dia awal awal dah menjerit kuat ! Bila aku mula mengigit badan dia termasuk kaki , hilai tawa dia memenuhi ruang rumah aku. Ada sekali tu wife ingat dia menangis kuat padahal dok ketawa ngan aku .. huhuh..
Ada kawan pesan , mainlah sepuashati bila mereka umur begini . Nanti bila mereka dah berkawan , kita akan merindui saat itu .. Huhu.. Sekarang pun aku dah leh terasa begitu ..
Berbalik pada Qhaliff , aku tak tau la perkembangan bayi camana bila berusia 6 bulan tapi aku seolah olah sedang bergurau ngan bayi yang dah cukup besar sedangkan bila kita baca akhbar , bayi tersedak susu di usia dia .. Dalam erti kata lain , tak sangka dia dah sebesar ni .. huhu.
Tak lama lagi , bercucu lak .. huwaaa.. tua sudah aku ..
Orang nak kurus tapi diorang nak gemuk .. Heheh .. Macam macam .. Aku ini , macam yoyo .. kalau naik pun .. jadi kat perut .. Nak turunkan balik kena usaha keras non stop action punya style ..
Ada kawan tanya camana aku kasi naik berat aku padahal aku dulu kurus ? Kurus ke ? Memang ponn .. Ada awek tak nak kat aku sbb aku kurus ! Padahal tegap ala ala Micheal Jackson dah aku masa tu haa .. Eh , Micheal Jordan .. haaa ..
Cara aku dulu mudah jer .. Aku banyak amik makanan berprotein .. Tinggi ke rendah ke asal tulis MENGANDUNGI PROTEIN , aku sebat jer kecuali yg haram..
Antaranya adalah ayam panggang (golek , rebus dsbnya ) ,telur ayam yang direbus atau setengah masak ( makan antara 5-10 biji sehari.. Kalau giler , lebih dari tu pon ok.. Pastikan buang kuning telurnya .. Orang kata tinggi kolestrol. Aku pun tak tau la. Ada kata bagus . Jadi untuk selamat , buang je la.. Makan je sebijik dua je kuning . ) , pastu ikan rebus atau bakar .. Susu HL macam kat atas tu , aku amik sekotak sehari .. Tu pun bila ada duit. Takde duit , biar je .. Hehe ..
Disamping tu , nasi putih tu ada la.. Mana nak datang tenaga kalau takde karbohidrat kan ? Nak rebus ubi , tak larat sehhh .. Semua tu aku buat dalam tempoh 2-3 bulan ..Bila dah naik , baru aku la aku mula memotongnya .. Potong apa ? Ala … sibuk laaa nak tauu ..
Haaa.. Kalau perempuan camana pulak ? Alamak , serius aku tak tau la pulak kesan cara aku tu pada perempuan . Tapi kalau minum susu HL ngan makan telur rebus , ok gak kot ?
Buah ngan sayuran tu , mmg la wajib ada bila makan ngan nasi .. Buah mkn belah malam .. Senang je kan ? Yang penting adalah ongkosnyaaa pak ..
Kalau malam , lain la.. ni siang hari buat kerja ni !! Harap polis dapat dan .. buat je apa yang patut buat !
Dalam Hmetro hari ni ..
“ Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.
“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya. “
Hurmm … camana lagi nak elakkan menda menda ni berlaku ? Bukan tempat gelap pon .. Bukan tersembunyi pon .. Haihhh … Kang kata tak selamat , ada pulak komen kata kat luar negara tu lagi tak selamat .. Adoiyaiii ..
Pelik kan ? Operasi tangkap pendatang asing selalu tapi bersepah je spesis ni kat mana mana kan ?
Terjaga jam hampir 9 pagi .. Memang dalam hati aku suruh dia jaga time tu pastu nak siapkan dia .. Pastu leh sama sama sambung tidur ! Haaha ..
Kebetulan kat tv masa tu ada Halaqah dan aku dok update blog. Qhalif terbaring gitu gitu sambil tengok tv .. Bila ada nasyid , berida dia layan .. Orang cakap , dia tengok seolah macam faham .. Alahai anak aku ni ..
Tak lama kemudian , aku mandikan dia .. Siapkan dia .. Bagi kurma dengan hancurkan dijari aku dan suap ke dalam mulut dia .. Dia ‘tarik’ kurma yang ada di jari aku dengan gusi sebelah kanan mulut dia ! Kira kedudukan geraham la kan .. Kemudian dia kunyah .. Huih ?? Takkan kot kan ?
Pastu kasi susu .. time untuk tidurkan dia semula .. hehe .. Daddy pun nak tidur .. Senang sebenarnya jaga Qhaliff ni … Cuma kena tau tips dan tricknya .. hehehe.. Semua baby sama je .. Sabar atau tidak jer …
Dulu , begini ..
Sekarang , begitu lak ..
Kalau awal pagi , mak dia nak g kerja .. confirm aku berpeluh ketiak nak berjaga dan tidurkan Qhaliff semula. Dengan tak cukup tidur akibat berjaga di sebelah malam untuk update blog bagi entri keesokkan harinya , pasti buat aku tersangatlah geram kat Qhaliff .. Geram sbb tak nak tidur .. huhu..
Tapi , lama kelamaan .. kita tau dan boleh baca dah setiap pergerakkan anak kita. Apa yang dia nak .. Apa yang patut dilakukan bila dia begitu .
Dan perkongsian pengalaman dari rakan rakan pembaca sedikit sebanyak membantu aku dalam mengendalikan Qhaliff .. Mungkin ada yang pantang remeh entri aku pada Qhaliff ni tapi jika diteliti , sebenarnya setiap entri aku tu perlukan pertolongan dari rakan rakan yg berpengalaman ..
Sebab itu aku menulis menceritakan hal Qhaliff.. Setiap ibu bapa , pasti berbeza pengalaman membesarkan anak mereka. Dengan adanya blog , perkongsian dapat dibuat.
Dan , Qhaliff .. dulu tidur atas badan mak dia , sekarang dah boleh tidur atas tilam .. Siang dalam rocker tanpa perlu ada buaian yang mana nyaris aku nak beli hari tu … hehe ..
Tu gunanya bercerita dalam blog. Yang anggap remeh dan poyo akan entri Qhaliff ni , maka dia kolot dan berfikiran singkat sebenarnya.. hehe ..