Pada sesiapa yang nak buat amal ..

by - Rabu, Oktober 10, 2012

 

Satu sahabat telah tagged pada aku di FB .. Jadi aku  (copy paste )panjangkan di blog buat rakan rakan pembaca andai ingin membuat sedekah jariah ..

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Makluman kepada semua satu program khidmat masyarakat akan diadakan seperti di butiran berikut:

Program : Program Kasih Disemai Sayang Dibelai - "Hulurkan Bantuan Ringankan Beban, Menderma sambil Beramal"
Tempat : Rumah Anak Yatim Islam Sekendi
Tarikh : 20 Oktober 2012

Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan kelas DPM6C anjuran bersama Kelab DIploma Pengajian Perniagaan (DBS). Seramai 25 pelajar bersama 5 pensyarah pengiring terlibat dalam program ini.

Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman yang berusia lebih 40 tahun dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama yang lain untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 75 orang yang berusia dari 4 tahun hingga 17 tahun. Dianggarkan 70% daripada jumlah penghuninya adalah perempuan.

Kemudahan yang ada amat terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari Karangkraf dan buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan.

Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta. Pendapatan sampingan asrama ini diperolehi dari membela itik, ayam, kambing dan lembu.
Sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan program Lawatan Kebajikan ini adalah dalam bentuk :

  • Buku-buku pelajaran (kanak2, UPSR, PMR & SPM) -baru & terpakai
  • Majalah Ilmiah - baru @ terpakai
  • Pakaian - baru @ terpakai
  • Barang permainan - baru @ terpakai
  • Wang tunai
  • Bahan makanan


Setakat ini pihak kami hanya meminta sumbangan di peringkat dalaman politeknik sahaja, dan kami terpanggil untuk berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana dalam beramal dan berkongsi kepayahan dengan masyarakat.

Utk maklumat lanjut: beberapa program CSR dijalankan di rumah anak yatim ini oleh institusi lain di link berikut:

http://amalbaktiramadhan.wordpress.com/tag/ziarah-ramadhan/

 

BEN : Pada rakan rakan yang sudi panjangkan di FB atau blog memasing atau juga menderma , jutaan terima kasih dari saya …

You May Also Like

0 comments