Tunai atau kad debit ?

by - Rabu, Oktober 24, 2012

 

Sedap la shopping pasni kan ? Hehehe .. Bagi kad jer.. Tak payah nak guna tunai.. Sebelum ni , aku suka bawak tunai g mana mana sbb malas nak dedahkan kad emas debit aku tu .. hahaha .. Emas la sangat !

Menurut satu laporan akhbar Malaysia kini mengalami suatu revolusi kad debit dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama sama mereka .

Ok la kan ? Kalau beg kena cilok , cepat cepat call bank untuk batalkan kad tu .. Haa .. Tapi tak sure lak berapa lama nak dapat kad baru .. hehe .. Buat sementara tu , leh la pinjam dari kengkawan yang masyukkk …

Cuma aku harap , ciri-ciri keselamatan dapat dipertingkatkan terutama ketika membeli ditempat terbuka atau ada menurut satu rakan blogger dalam entrinya , kad debit dapat digunakan untuk mengisi minyak tanpa perlu masukkan no pin pada mesin pam tu .. Ahaa.. Ini tak sepatutnya berlaku kan ? Tapi , kad kredit pun gitu gak kan ? Zasss dan guna .. hurmmm.. Tau tau je , sila bayar .. Sapa suh hilangkan kan ?

Bagi aku , kad debit mmg memudahkan tapi mudah jugak rosak. Bayangkan di kala kecemasan atau ketika nak bayar , kad tak leh guna.. Malu beb kat cashier dan jugak kat orang yang dok beratur panjang .. Mesti ingat kad kita 0 simpanan padahal kad rosak . Yup , penah berlaku pada aku tapi kad kredit la .. hehe ..

You May Also Like

14 comments

  1. eka pun skang ni lebih suka guna debit card maybank ni..

    senang..

    tak payah keluar tunai banyak...

    BalasPadam
  2. betol. sekarang ramai buat mcm tu. dulu saya cuma guna card debit ni bila shopping lupa keluarkan duet. So, guna kad debit bila terdesak. hehe.

    BalasPadam
  3. Pernah sekali shopping x hengat dunia kat giant dengan penuh keyakinan, sekali kad debit tak boleh guna. Ramai menunggu kat belakang dah ni. Nasib ade cash sikit dalam wallet. Kalau tidak.... Sumpah x pegi situ lagi dah!

    BalasPadam
  4. kad debit tkde,kad kredit pun takde.lbh selesa guna tunai je.nk beli brg kuarkan duit.senang.

    BalasPadam
  5. Setahu saya kad debit mesti masuk PIN. Kad kredit mmg berisiko sikit sebab tak perlu PIN kat pam minyak.

    BalasPadam
  6. cip pd kad tu ada kalanya sensitif...bila pg bank staff bank ajar cucikan sikit dgn coin...hiks...tapi risiko tu...pernah kena dgn cashier yg x reti guna mesin tu...nasib baik ada ayah dgn cash yg mencukupi utk bayarkan shopping yg x hengat tu...org sekeliling pandang slek jer

    BalasPadam
  7. Kekadang pakai kad debit.. kekadang pakai cash.. :)

    BalasPadam
  8. Yalo...nak pakai juga kad kalau bayar. So tak payah susah2 nak keluarkan duit...tapi takut juga kalau guna kad..kot2 kaunter tercas barang orang sekali...atau macam2..

    BalasPadam
  9. Pakai kad debit ni sama je dgn guna cash.Yg penting tau nak jimat.Tapi pakai kad debit beg duit tak le gemuk sgt.Lebih senang.

    BalasPadam
  10. Salam.
    Bagi yang ada blog
    dijemput untuk menyertai GA kami di:-
    http://homestayskudaijohor.blogspot.com/p/ga-homestay-alya.html

    BalasPadam
  11. MM pun prefer cash compared to debit card.. Risau macam tu lah, dibuatnya rosak plak depan2 kaunter pembayaran tu naya jer.. Malu hado.. Huhu..

    BalasPadam
  12. kad debit ! berlenggang jer..senang tak payah bawak dompet. huhu

    BalasPadam
  13. hehehee.. betul gak tu.dalam pada ada kebaikan dia, ada pulak keburukan dia.hahaha.. tgh2 beratur panjang, kad tak boleh guna.cash pulak tak bawak.memang malu la..hahaha

    BalasPadam
  14. prefer kad debit tapi kene tgk tmpt la..kalo g bercuti sure aja kuarkan tunai siap2 sebab tau kdg2 tmpt kite g ebrcuti xleh pakai debit card..xpernah lg la rosak kad tu so far sonok je.sebab xpayah pikir duet nak kuarkan bape..tapi bahaya kalo xpantau..sebab mcm maybank debit ni xde no pin.so sape2 leh gune..kene jaga betui2 mcm kad kredit

    BalasPadam