Alasan bayi digigit hantu !

by - Ahad, Oktober 28, 2012

 

Boleh gitu ? Apa punya turrrr daaa … Haaaihh … Bayi 5 bulan pon nak didera ! Tensen sangatkah jaga bayi ? Kalau tensen , toksah jaga .. Letak jawatan terus …

Sememangnya menjaga bayi ni perlu kekuatan mental . Nampak mudah terutama bila dia nak bermain ngan kita tetapi kita lak ada hal nak diuruskan . Bila nak main , bayi ni suka didukung .. Bila letak , nangis .. Time ni mmg boleh tekanan perasaan . Jadi sebaiknya , kena bersedia dari segi mental dan fizikal ..

Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini disedari oleh ibu bayi berkenaan ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.

Ibu bayi malang itu ada bertanya pada pengasuh tersebut dan dia bagi jawapan kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.

Hurm.. nasihat buat para ibu bapa .. Setiap kali amik anak , sila check anak anda .. Bukan tak percaya , tapi waspada ..

You May Also Like

3 comments

  1. Kalau tension tak boleh jaga anak tu, baik bagi kat akak je.Apalah punya orang!

    BalasPadam
  2. Kene gigit hantu? Apa punye turrrr la bg alasan cenggitu. Haih!

    BalasPadam