Aku dan darah tinggi ..

by - Oktober 29, 2012

 

Kuat benar aku makan daging kat Kelantan ni .. Sup daging , daging masak kunyit , daging masak kicap dan macam macam lagi resepi .. Kalau dulu la kan , seketul daging je aku makan , pasti terus sakit kepala berdenyut denyut ..

Alhamdulillah skang ni  walaupun sesekali kena sakit kepala dan tekanan naik berbanding dulu setiap minggu aku pasti kena gara gara tekanan kerja ..

Macam macam ubat tradisional aku cuba tapi kebanyakkannya adalah daunan dan skang ni aku amalkan dua jenis je iaitu kulit kayu manis dan daun misai kucing ..

Dan skang ni , selamba je aku makan daging .. Bukan seketul dua tapi banyak wooo .. Alhamdulillah .. Aku rasa punca utama adalah tekanan kerja dan skang ni aku dah buat kerja sendiri , maka tekanan tu berkurangan 80% ! Hehehe .. I loikeee … Terima kasih juga pada wife dan keluarga kerana memahami .. hehe ..

Lega giler .. Walaupun setau aku penyakit darah tinggi ni takkan hilang , tapi sekurang-kurangnya terkawal gak la .. hehe ..

You May Also Like

8 comments

  1. takpe kalau daging tuh freeze kan semalaman pun dh selamat. kalau yg epas sembelih tu mmg agak pening la even yg takde high BP pun boleh pening...

    BalasPadam
  2. tengok banyak gak entry cerita pasal makan daging.. nak tegur takut silap entry.. ;)

    Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya ada perubahan kan.. ;)

    BalasPadam
  3. Tekanan kerja memang punca utama darah tinggi, sakit kepala.. Saya pun dah boleh mkn daging byk2.. hehe

    BalasPadam
  4. kat opis saya pun ada ceramah pasal health screening... so depa check la blood pressure ngan kandungan gula... alhamdulillah semuanya normal....

    BalasPadam
  5. syukurlah...ia dpt dikawal

    BalasPadam
  6. ejam pun sebelum join gomen ni keje dgn swasta tiap2 hari tensen sampaikan tegang2 tengkuk jadinya..

    BalasPadam
  7. Setiap orang ada tekanan dalam hidup masing-masing.bukan kerjalah namanya kalau tiada tekanan.Yang penting cara kita mengawalnya.harap2 tak lari dari topik asal.hehe...aku pun suka makan daging gak tambah2 daging korban ni.

    BalasPadam
  8. abg ben, bg la petua kulit kayu manis ngan misai kucing tu... nuri on meds skrg, tp nak jugak cuba benda2 lain yg boleh turunkan tekanan darah. skrg ni tgh makan oats, nak kurangkan kolesterol pulak...

    BalasPadam