Hari paling mengembirakan seorang insan beragama Islam ..

by - Selasa, Oktober 23, 2012

 

image

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

Sememangnya berada di rumah ALLAH adalah impian paling besar setiap umat Islam.

 

sumber : Kosmo

You May Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah...

    InsyaAllah, jika niat kita baik tentunya dipermudahkan...

    BalasPadam
  2. Subhanallah...sesungguhnya Allah telah melindunginya.

    BalasPadam
  3. Ini lah buktinya kalau kita lakukan sesuatu kerana Allah, semunya akan diberi kesenangan...=)

    BalasPadam
  4. yg nak diet tu, bole cuba cara org ni :) ngeh3

    BalasPadam