Kalau letak atas rocker , siap ikat dia .. Dia dah macam ahli silap mata melepaskan diri .. Tadaaaaaa .. Berjaya keluar dari ikatan tu sekelip mata ! Penat kejar dia bila dia gini takut dia tersungkur ke belakang ! Tapi teror la pulak dia imbangkan diri .. Grr .. Tetap tak percayakan dia selagi dia tak ‘kukuh’ .. Terus ubah dia semula ..
Kalau letak di lantai ? Huwaaaaaa … Ni la jadinyaa .. Jap je ilang ! Gambar kat atas ni , dia celik celik je mata , terus ke tv !!! Berkejar aku untuk dapatkan dia ..
Aku nak buat susu untuk dia pun kena dukung .. Dah la pinggang aku pun dok berdenyut sakit .. huhu .. Cer citer camana tu ?
Ni baru sorang , kan ? Huhu ..
Semalam , aku g umah orang tua aku .. Saja bawak Qhaliff g jumpa tok dia .. Di tv , ada rancangan Dilema Wanita kot , kalau tak silap aku .. Ala yang Dr. Fadzilah Kamshah jadi pakar motivasi di akhir rancangan .. Antara kata-katanya yang menarik perhatian aku ialah ..
“ Mak ayah kita bukan pengasuh anak kita .. 'Lepas'kan mereka .. Bagi mereka bebas .. Masa untuk mereka berehat dan beramal dengan tenang .. Malangnya , ada yg amik kesempatan dengan meminta mereka menjaga anak kita dengan alasan tak percaya pada pusat asuhan kanak kanak ..
Tak cukupkah mereka membesarkan kita berbelas tahun , skang kena jaga cucu pulak ? “.
Betul jugak .. Siap ada yang bagi duit kat mak ayah sbg upah jaga anak sedangkan mmg tanggungjawab kita sbg anak bagi duit kat ibu bapa kita walaupun mereka tak mintak .. Huhu ..
Memang sedap la kan pass anak kat orang tua kita dan kita bebas keluar g mana mana tanpa perlu risau sbb mak ayah kita sendiri menjaganya .. Secara tidak langsung , kita relaks ! Sedap laaa woii gitu !! Aku pun nak kawin ramai gitu ! Ada anak , pass kat mak ayah suh jaga.. Cukup bulan bagi duit ! PErghhh ..
Bila kita jaga anak sendiri , terus nak pelempang atau naik tangan .. Haa.. Tu baru beberapa jam je jaga .. Kalau seharian ? Ada gak alasan tak boleh buat apa apa sbb anak buat karenah !
Mak ayah kita jaga kita dulu , ok je pon kan ? Skang , masa kita lak amik segala tekanan tu dari mereka ! Jangan nak menyedap atas katil jer dengan pelbagai posisi !
Qhaliff .. dah mula menguji kesabaran aku .. Yelah , aku bukan sekadar jaga dia .. Aku buat kerja kat rumah woo ..
“ Mula mula dia cabut butang huruf kat keyboard aku .. pastu dia dah start delete email aku ... dan baru jap tadi , dia campak hp aku .. Dan skg , dok ketuk remote !! huwaaaa... ada sapa nak jadi babysitter Qhaliff tak ??? “